KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia menafikan telah mengambil alih pemegangan saham United Engineers Malaysia Bhd (UEM) dan Renong Berhad milik bekas Pengerusi Eksekutif Renong Berhad, Tan Sri Halim Saad secara paksa, 23 tahun lepas.
Menerusi pernyataan pembelaan, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Menteri Kewangan II, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan kerajaan selaku defendan menyatakan bahawa pengambilalihan itu dipersetujui oleh Halim sendiri dengan pampasan sebanyak RM165 juta.
"Pengambilalihan oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dibuat dengan persetujuan plaintif (Halim) sendiri. Hal ini diakui oleh plaintif melalui surat plaintif kepada Khazanah bertarikh 13 Mei 2003.
"Lanjutan daripada surat tersebut, plaintif telah dibayar dengan pampasan berjumlah RM165 juta oleh Khazanah yang dibuat dalam dua bahagian iaitu bayaran pertama sebanyak RM45 juta pada 22 Mei 2003 dan bayaran kedua sebanyak RM120 juta pada 26 Mei 2003," kata tiga defendan itu bagi menjawab saman yang difailkan Halim yang juga bekas Pengarah Renong Berhad pada 2 Ogos lepas.
Menurut tiga defendan, keseluruhan kumpulan syarikat-syarikat Renong-UEM adalah sebahagian besar daripada Indeks Komposit Kuala Lumpur dan apabila prestasi saham Renong serta UEM lemah dan harga saham tidak pulih, keadaan tersebut telah memberi impak buruk dan membebankan pasaran saham secara keseluruhannya.
"Di bawah kelolaan plaintif, permodalan pasaran Kumpulan Renong telah merudum sebanyak 41 peratus daripada RM7.2 bilion pada 1997 kepada RM4.2 bilion pada 2000.
"Semasa kemuncak krisis kewangan Asia 1997/1998, Renong mempunyai hutang berjumlah RM26 bilion, yang merangkumi tujuh peratus daripada keseluruhan sistem perbankan di Malaysia pada ketika itu dan bagi memulihkan keadaan, Dr Mahathir bersetuju dengan cadangan Nor Mohamed bahawa cara terbaik adalah untuk menstruktur semula kedua-dua Renong dan UEM.
"Cadangan ini dapat dilaksanakan dengan menjadikan UEM "private" (dijadikan persendirian) dengan suatu tawaran am kepada semua pemegang saham UEM. Nor Mohamed diberi mandat oleh Dr Mahathir untuk melaksanakan penstrukturan semula tersebut," kata defendan-defendan itu.
Menurut defendan, memandangkan plaintif memegang saham kawalan Renong dan memiliki pula 37.92 peratus daripada pemegangan saham UEM, sokongan daripada plaintif diperlukan untuk menjayakan pengambilalihan itu.
Berdasarkan pernyataan tuntutan, Halim berkata beliau berniat membuat tawaran am bagi menswastakan UEM sebagai anak syarikat Renong sekali gus membolehkannya memperoleh kawalan serta milikan penuh ke atas UEM.
Bagaimanapun, plaintif mendakwa beliau diarahkan Dr Mahathir dan Nor Mohamed supaya tidak meneruskan tawaran am itu kerana kerajaan ingin mengambil semua saham dalam UEM melalui entiti yang ditetapkan iaitu Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) atau pihak yang akan dicalonkan Khazanah.
"Saya juga diarahkan agar keluar daripada UEM dan Renong sebagai pemegang saham, dan juga pengarah termasuk anak-anak syarikat dua syarikat itu. Ini mewajibkan saya untuk menyerahkan kawalan ke atas Renong dan UEM kepada kerajaan, dan selanjutnya melupuskan saham Renong milik saya dengan kerugian," dakwanya dalam pernyataan tuntutan itu.
Halim mendakwa Khazanah telah memperoleh keseluruhan saham UEM melalui anak syarikatnya, Danasaham Sdn Bhd sekali gus memperoleh kawalan terhadap UEM yang ketika itu memiliki 32.6 peratus saham Renong.
Oleh itu, Halim, antaranya, memohon deklarasi dan pampasan berhubung pengambilan saham secara paksa oleh kerajaan bagi tempoh antara Julai dan Oktober 2001 selain memohon deklarasi bahawa beliau pemegang saham Renong.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 18 2023

Kerajaan Malaysia menafikan telah mengambil alih pemegangan saham United Engineers Malaysia Bhd (UEM) dan Renong Berhad milik bekas Pengerusi Eksekutif Renong Berhad, Tan Sri Halim Saad secara paksa, 23 tahun lepas. - Gambar hiasan

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kerajaan nafi ambil alih saham UEM, Renong Berhad secara paksa 23 tahun lepas
Kerajaan Malaysia menafikan telah mengambil alih pemegangan saham UEM dan Renong Berhad milik bekas Pengerusi Eksekutif Renong Berhad, Tan Sri Halim Saad secara paksa, 23 tahun lepas.