Kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk mengguna pakai program deradikalisasi ke atas tahanan warga asing yang dipercayai terlibat dengan gerakan ektremis sebagai antara usaha untuk mengekang keganasan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun menegaskan untuk melaksanakan program itu ke atas warga asing ia perlu mendapat kebenaran daripada negara terlibat terlebih dahulu.
"Deradikalisasi lazimnya untuk orang Malaysia yang ditahan kerana terlibat dalam aktiviti yang boleh memberi konotasi terhadap masalah penyebaran aktiviti keganasan.
"Tetapi jika warga asing yang menjadi pengganas dan sembunyi di negara ini atas apa juga jawatan dan nama pekerjaan, kita masih boleh hantar mereka pulang ke negara asal, jika perlu deradikalisasi, kita akan laksanakan bergantung kepada persetujuan negara berkenaan," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis ramah mesra pemimpin bersama komuniti India Kampung Tradisional India Jalan Feri Simpang Empat Hutan Melintang di sini pada Sabtu.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam mengenai penahanan tiga warga Turki beberapa hari lepas kerana dipercayai terlibat dengan aktiviti keganasan.
Menjelas lanjut, Ahmad Zahid berkata ketiga-tiga individu berkenaan terdiri daripada dua ahli akademik dan seorang ahli perniagaan kini sedang disiasat untuk mengetahui sama ada mereka terlibat dengan sebarang rangkaian pengganas antarabangsa atau bertindak secara individu.
"Kita tidak mahu ada warga asing di Malaysia sama ada yang mengikuti program ekspatriat atau pekerja mahir, separuh mahir atau menjadi pelancong mempunyai agenda tertentu di Malaysia.
"Kita harap langkah-langkah yang dilaksanakan seterusnya dapat menjadikan Malaysia bebas sepenuhnya daripada anasir keganasan dan elemen yang boleh merosakkan keharmonian negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya," katanya.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata Jabatan Pendaftaran Negara telah menerima 4,300 permohonan mendapatkan kad pengenalan daripada masyarakat India yang tidak mempunyai dokumen itu khususnya yang lahir sebelum kemerdekaan negara.
"Kita kumpulkan semua dokumen bagi yang tiada kad pengenalan yang berada di Malaysia sebelum 31 Ogos 1957 atau yang dilahirkan di Malaysia selepas tahun berkenaan dan mempunyai semua butiran kelayakan mengikut di bawah Perkara 15(1) Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 19(1) Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Ahmad Zahid berkata di Bagan Datuk, sebuah unit bergerak diwujudkan dengan kerjasama parti politik, badan bukan kerajaan (NGO), persatuan penduduk serta kuil supaya dapat menyelesaikan masalah kewarganegaraan supaya tidak timbul masalah terutama mereka yang layak diberikan kad pengenalan.
Terdahulu, dalam ucapannya Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk mengumumkan beberapa berita gembira buat penduduk kampung tersebut termasuk menghapuskan tunggakan cukai pintu dan meluluskan pemasangan 20 tiang lampu.
Selain itu, beliau juga mahu kampung tersebut dikeluarkan daripada pentadbiran Majlis Daerah Teluk Intan dan diletakkan di bawah Majlis Daerah Bagan Datuk dan menurap jalan di kawasan sekitar.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 06 2017
![Kerajaan mungkin guna program deradikalisasi untuk warga asing - Ahmad Zahid Kerajaan mungkin guna program deradikalisasi untuk warga asing - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/51485493107_ZahidHamidi.jpg)
Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis ramah mesra pemimpin bersama komuniti India Kampung Tradisional India Jalan Feri Simpang Empat Hutan Melintang di sini pada Sabtu.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Kerajaan mungkin guna program deradikalisasi untuk warga asing - Ahmad Zahid Kerajaan mungkin guna program deradikalisasi untuk warga asing - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/51485493107_ZahidHamidi.jpg)
Kerajaan mungkin guna program deradikalisasi untuk warga asing - Ahmad Zahid
Kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk mengguna pakai program deradikalisasi ke atas tahanan warga asing.