Kerajaan masih berunding dengan penduduk Kampung Chubadak di sini bagi memberikan penempatan baharu susulan cadangan perobohannya untuk tujuan pembangunan termasuk projek River of Life.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada masa sama menggesa Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datuk Dr Tan Kee Kwong membantu kerajaan menasihatkan penduduk mengikut arahan berpindah.
Ia susulan perkampungan berkenaan disifatkan sebagai penempatan haram.
"Saya juga hendak minta Yang Berhormat (YB) boleh minta penghuni ini supaya bekerjasama dengan kerajaan kerana mereka telah duduk di kawasan tersebut sebagai penghuni haram, atas tanah kerajaan yang dimiliki oleh Jabatan Pengairan dan Saliran.
"Kita perlu kepada pembersihan sungai ini oleh kerana kebanyakan penghuni di tepi sungai ini membuang segala kekotoran dalam sungai dan paling menyedihkan ada kumbahan dalam sungai itu, " katanya semasa menjawab soalan Ahli Parlimen Wangsa Maju di Dewan Rakyat.
Jelas Tengku Adnan, penempatan baharu untuk penduduk akan memastikan mereka ditempatkan di kawasan yang lebih selesa.
"Jadi saya rayu YB bantu kerajaan supaya selesaikan masalah ini kerana kita masih lagi dalam rundingan dengan pihak penghuni kampung untuk memberikan penempatan semula dan untuk mereka duduk di kawasan selesa dan lebih aman," ujar beliau.
Dalam pada itu, Tengku Adnan memberitahu, projek River of Life (ROL) yang dilaksanakan bagi mentransformasikan Sungai Gombak dan Sungai Klang berada pada 67 peratus siap.
"Secara keseluruhannya, status pelaksanaan Projek River of Life telah mencatat 67 peratus telah dimajukan dan ia dijangkakan siap pada tahun 2020.
"Projek River of Life (ROL) di bawah NKEA Greater Kuala Lumpur dilaksanakan bagi mentranformasikan Sungai Gombak dan Sungai Klang.
Tambahnya, objektif utama ROL mencapai tahap kualiti sungai kelas dua menjelang 2020, meningkatkan ekonomi dan kualiti hidup rakyat dengan mengubah wajah koridor Sungai Klang dan Sungai Gombak menjadi kawasan yang ceria berdaya huni serta membangunkan tanah kerajaan sekitar untuk mendapatkan pulangan kerajaan sebanyak RM4 bilion.
Beliau dalam pada itu mengakui kerajaan menggunakan konsultan luar negara susulan kepakaran mereka yang mampu mengindahkan sungai di negara asal mereka.
"Hari ini bagaimanapun, kita turut menggunakan konsultan dalaman di sesetengah kawasan seperti projek kolam biru di depan Masjid Jamek KL. Kerajaan putuskan kalau dapat diguna pakai warga tempatan atau dalam kementerian, maka ia memberi pandangan melaksanakan projek ini," katanya lagi.
Rahimah Abdullah
Wed Apr 05 2017
Tengku Adnan (gambar) menggesa Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datuk Dr Tan Kee Kwong membantu kerajaan menasihatkan penduduk mengikut arahan berpindah. - Gambar fail
'Zhuhai Airshow' kembali menemui pencinta aeronautik
Pertunjukan penerbangan dan pameran aeroangkasa antarabangsa terbesar China kembali menemui peminat industri aeronautik yang membuka tirainya pada Selasa. Pertunjukan udara Zhuhai yang kembali bagi tahun ke-15 itu mempamerkan pelbagai jenis pesawat berteknologi tinggi yang dihasilkan oleh China dan pelbagai negara lain, termasuk aset ketenteraan.
Tumpuan Rabu – 13 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
China terus beri tekanan kepada Filipina
Isu laut China Selatan terus memuncak antara Filipina dengan China. Filipina mendakwa China tidak berhenti memberi tekanan untuk menyerahkan hak kedaulatannya di lautan itu.
10 Berita Pilihan - (12 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Aktor Korea Selatan, Song Jae Rim, meninggal dunia
Punca kematian masih disiasat, namun polis memaklumkan tidak menemui sebarang unsur jenayah setakat ini.
New Zealand buat permohonan maaf
New Zealand menawarkan permohonan maaf kepada mangsa dan keluarga ratusan ribu orang muda dan golongan rentan yang mengalami penderaan fizikal dan seksual di institusi jagaan sejak 70 tahun lalu.
Israel bawa bencana alam sekitar di Gaza - Erdogan
Erdogan menuntut agar mereka yang bertanggungjawab dibicarakan di mahkamah antarabangsa dan diberi hukuman setimpal.
Anugerah usaha tegas cungkil bakat kesenian artis muda
Seni bukan hanya sekadar karya perhiasan semata-mata tetapi ia adalah simbol mengungkap banyak mesej tersirat dalam setiap coretan lukisan.
Pengerusi Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas 2024, Henry Tan berkata, penganjuran anugerah berprestij lebih dua dekad itu bagi mengembang bakat pelajar seni tempatan dengan objektif menonjolkan kekayaan warisan negara.
Pengerusi Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas 2024, Henry Tan berkata, penganjuran anugerah berprestij lebih dua dekad itu bagi mengembang bakat pelajar seni tempatan dengan objektif menonjolkan kekayaan warisan negara.
Siasatan kerugian pelaburan diguna tambah baik tatakelola
Dapatan audit dalaman dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dalam FashionValet Sdn Bhd (FashionValet), akan digunakan untuk menambah baik tatakelola Khazanah Nasional Bhd (Khazanah)
Pengamal media bantu bendung elemen negatif di media sosial - Fadillah
Pengamal media sebagai rakan komunikasi strategik kerajaan perlu bersama membantu membendung elemen negatif di media sosial termasuk buli siber dan menangkis berita palsu.
Imigresen Negeri Sembilan gempur penempatan haram warga asing
Seramai 69 warga Indonesia dan Bangladesh termasuk lapan wanita berusia dalam lingkungan 24 hingga 60 tahun diperiksa.
Hamas kecam rancangan Israel halalkan penempatan baharu di Tebing Barat
Hamas pada Jumaat mengecam tindakan Israel untuk menghalalkan penempatan dan unit baharu di Tebing Barat yang diduduki.
AS kecam komen 'melulu, mengapi-apikan' menteri Israel
AS mengecam sekeras-kerasnya komen beberapa menteri Israel yang mendesak untuk mewujudkan semula penempatan haram di Semenanjung Gaza.
Penempatan, kebun PATI digempur
Terdapat warga asing yang cuba bersembunyi hampir 30 minit di kawasan semak sebelum berjaya dijumpai dan merayu agar tindakan tidak diambil.
Imigresen kenal pasti 9 penempatan haram PATI sekitar KL
Jabatan Imigresen Kuala Lumpur telah mengenal pasti sembilan penempatan haram pendatang tanpa izin yang didirikan di sekitar ibu negara.
EU tolak keputusan Israel sahkan 9 penempatan haram di Tebing Barat
Keputusan pihak berkuasa Israel tidak diterima oleh EU, menurut pejabat ketua dasar luar EU Josep Borrell.
Penempatan haram: Pemilik tanah perlu bertanggungjawab - MB
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan pemilik tanah persendirian perlu bertanggungjawab dan mengambil perhatian dengan perkara yang berlaku di kawasan masing-masing.
67 warga Indonesia ditahan, penempatan haram lengkap dengan sekolah dibongkar
Kawasan penempatan itu tidak rata dan berpaya serta dikelilingi besi serpihan jerat dan anjing liar.
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel perluas penempatan haram
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya keputusan Israel baru-baru ini untuk membina lebih 3,000 unit penempatan baharu di wilayah yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
13 rakyat Palestin cedera diserang tentera Israel di Tebing Barat
Sekurang-kurangnya 13 rakyat Palestin yang menyertai protes terhadap penempatan haram, dilaporkan cedera akibat keganasan tentera Israel, di utara Tebing Barat.