Kerajaan mensasarkan peningkatan pendapatan nelayan di dalam negara dari RM1,500 sebulan sekarang kepada RM2,000 hingga RM5,000 sebulan pada 2020 melalui program akuakultur.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata perkara ini dilihat dapat membantu nelayan menangani ketidakstabilan punca pendapatan terutamanya pada musim tengkujuh.
"Menurut kajian Jabatan Perikanan Malaysia, terdapat lebih 100,000 ribu nelayan yang berdaftar dengan 70 peratus daripada mereka ini mempunyai pendapatan lebih RM1,500 sebulan.
"Tetapi pada pendapat saya jumlah pendapatan tersebut masih sedikit dan tidak benar-benar menjamin mereka telah keluar dari kepompong kemiskinan.
"Sebab itu kerajaan memberikan jalan keluar ini kerana kita tidak mahu nelayan bergantung kepada sumber tangkapan sahaja tetapi turut meluaskan skop sumber pendapatan mereka dengan menceburi industri lain seperti ternakan ikan dalam sangkar atau ternakan ikan kolam," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Projek Ternakan Ikan Sangkar Marin di Perairan Muara Sungai Pendas, di sini hari ini.
Menurut Ahmad Shabery, kerajaan telah banyak memberikan bantuan kepada golongan nelayan namun apa yang penting katanya adalah cara untuk memastikan nelayan pada hari ini mampu terus bersaing terutamanya dalam bidang keusahawanan.
"Kalau kita lihat nelayan pada masa kini sudah mempunyai bot-bot sendiri dan hanya perlu mencari lokasi untuk memasarkan hasil tangkapan mereka, dan mereka juga tidak perlu lagi menjual hasil tangkapan mereka kepada orang tengah pada harga yang rendah.
"Kita perlu membentuk nelayan hari ini menjadi usahawan yang mampu memberikan hasil keluaran yang mempunyai harga yang kompetitif, boleh mencari pasaran, mempunyai hubungan dengan rantaian nilai lain seperti logistik dan pelanggan," jelasnya.
Untuk itu katanya, kerajaan akan terus memberikan fokus kepada nelayan-nelayan dengan memberikan bantuan-bantuan yang sewajarnya kepada mereka seperti sangkar ikan, benih-benih ikan bagi menjayakan hasrat ini.
Sementara itu, beliau berkata tinjauan di kawasan selatan Johor hari ini bertujuan melihat potensi perkembangan industri ikan ternakan di negeri ini berikutan kedudukan pusat ternakan yang hampir dengan bandar.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 22 2017
![Kerajaan mahu tingkatkan pendapatan nelayan sehingga RM5,000 sebulan Kerajaan mahu tingkatkan pendapatan nelayan sehingga RM5,000 sebulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/51492869038_ikan.jpg)
Usaha meningkatkan pendapatan ini dilihat dapat membantu nelayan menangani ketidakstabilan punca pendapatan terutamanya pada musim tengkujuh. - Bernama
![Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720776307_UkraineCrisis.jpg)
Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut
Mahkamah itu dalam penghakiman memutuskan bahawa mahkamah tidak meragui sama sekali bahawa MH17 telah terkena sebutir peluru berpandu BUK yang ditembak dari padang di ladang di timur Ukraine.
Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang
Menurut, Pensyarah Kanan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya, Dr. Safiah Omar hutang boleh menjadi alat untuk memperoleh dana yang diperlukan tetapi pergantungan yang berlebihan boleh membawa kepada masalah kewangan jangka panjang, termasuk beban hutang yang tinggi serta mendorong kepada ketidakstabilan ekonomi
![Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704603925_TBMAYBANK.jpg)
Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang
Langkah ini dilakukan dalam usaha mengekang penipuan perbankan dalam talian, serta mencegah penipuan yang cuba meningkatkan had pemindahan transaksi.
![Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721188868_HBREAKHUTANG.jpg)
Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar
Negara-negara yang mempunyai hutang yang tinggi sering menghadapi kesukaran untuk membayar semula hutang.
Prabayar Siswa: KPT sambut baik pengumuman pakej rahmah
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyambut baik pengumuman Kementerian Komunikasi yang menawarkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa pada harga tidak melebihi RM30 dengan permulaan data minimum sebanyak 30GB untuk tempoh sah laku selama 180 hari.
![George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712139037_Beca.jpg)
George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong
George Town telah dikenali seluruh rakyat Malaysia dan dunia sekian lama, justeru tiada keperluan untuk menukar nama ibu negeri Pulau Pinang itu.
Generatif AI berpotensi besar dalam sektor kewangan negara - Pakar
Generatif AI meningkatkan kecekapan dan keselamatan sektor kewangan Malaysia melalui analisis data yang cepat dan pengesanan penipuan. Namun, menurut pakar, pelaburan dalam teknologi dan keselamatan siber adalah kunci untuk kejayaan ini.
Aerotrain KLIA beroperasi semula awal tahun depan
Kementerian Pengangkutan berkata, langkah itu selaras dengan pelan penggantian Aerotrain di Terminal 1, KLIA yang dijadual siap sepenuhnya pada 31 Januari 2025.
Pemberian insentif, anak pokok Musang King perkukuh penanaman durian
Pemberian insentif kepada petani bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran buah-buahan tempatan bagi tujuan eksport dan mengurangkan kebergantungan import buah-buahan.
KKM ingatkan APHM tumpu kepada pay for outcome
Pemilik dan pemain industri kesihatan swasta khususnya Persatuan Hospital Swasta (APHM) mengambil kira menyediakan perkhidmatan untuk menampakkan hasil dan bukan menyediakan perkhidmatan tertumpu kepada kemudahan semata.
![Isu jualan saham KPF akan selesai dalam tempoh enam hingga sembilan bulan - Ahmad Shabery Isu jualan saham KPF akan selesai dalam tempoh enam hingga sembilan bulan - Ahmad Shabery](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51690954959_TBAhmadShaberyChee.jpg)
Isu jualan saham KPF akan selesai dalam tempoh enam hingga sembilan bulan - Ahmad Shabery
Aset pelaburan dan modal koperasi itu yang kini bernilai lebih RM4 bilion sedang distruktur semula dan akan dicairkan.
![Kod etika wartawan baharu bertepatan keperluan dunia kewartawanan - Shabery Kod etika wartawan baharu bertepatan keperluan dunia kewartawanan - Shabery](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/81592906651_Journalist.jpg)
Kod etika wartawan baharu bertepatan keperluan dunia kewartawanan - Shabery
Ia selaras dengan peredaran zaman dan cabaran teknologi serta peranan penting mereka sebagai suara rakyat.
![Polisi mampan ekonomi kitaran perlu dibangunkan - Ahmad Shabery Polisi mampan ekonomi kitaran perlu dibangunkan - Ahmad Shabery](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709225441_ShaberyCheek.jpg)
Polisi mampan ekonomi kitaran perlu dibangunkan - Ahmad Shabery
Ahmad Shabery berkata, sekiranya berjaya, pengaplikasian ekonomi kitaran dijangka memberi keuntungan lebih RM100 bilion.
![Felda beri penekanan amalan ekonomi kitaran dalam KEB 2024 Felda beri penekanan amalan ekonomi kitaran dalam KEB 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708724935_AhmadShaberyCheek.jpg)
Felda beri penekanan amalan ekonomi kitaran dalam KEB 2024
Ahmad Shabery berpendapat Malaysia harus membangunkan peta hala tuju ke arah perlaksanaan ekonomi kitaran yang lebih menyeluruh.
![Peneroka Felda terpaksa tanggung kerugian jika harga gula kekal rendah - Shabery Peneroka Felda terpaksa tanggung kerugian jika harga gula kekal rendah - Shabery](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699580916_TBFeldajpg.jpg)
Peneroka Felda terpaksa tanggung kerugian jika harga gula kekal rendah - Shabery
Kenaikan harga gula mentah berkali ganda sejak 2020 menyebabkan harga gula sebenar jauh melangkaui harga siling yang ditetapkan.
![Shabery Cheek sedia bantu BN rampas kerusi Parlimen Kemaman Shabery Cheek sedia bantu BN rampas kerusi Parlimen Kemaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71693781719_AhmadShaberyCheek.jpg)
Shabery Cheek sedia bantu BN rampas kerusi Parlimen Kemaman
Ahmad Shabery berkata kekalahan BN dengan majoriti lebih 27,000 undi pada PRU15 bukan halangan besar bagi gabungan itu memenangi PRK itu.
![Kekalkan kestabilan Johor sebagai negeri barisan hadapan ekonomi Malaysia Kekalkan kestabilan Johor sebagai negeri barisan hadapan ekonomi Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71693781719_AhmadShaberyCheek.jpg)
Kekalkan kestabilan Johor sebagai negeri barisan hadapan ekonomi Malaysia
Katanya, Johor yang sudah maju di bawah pentadbiran Pakatan Harapan sebelum ini dilihat makin kukuh dan kuat di bawah gandingan BN-PH.
![Isu Felda boleh selesai di bawah pentadbiran kerajaan negeri, pusat yang sama - Ahmad Shabery Isu Felda boleh selesai di bawah pentadbiran kerajaan negeri, pusat yang sama - Ahmad Shabery](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51690954959_TBAhmadShaberyChee.jpg)
Isu Felda boleh selesai di bawah pentadbiran kerajaan negeri, pusat yang sama - Ahmad Shabery
Felda yakin beberapa isu yang menghimpit peneroka di Kelantan akan dapat diselesaikan dengan baik sekiranya kerajaan negeri dan kerajaan pusat bernaung di bawah tampuk pimpinan yang sama.
![Warga Felda berperanan corak landskap politik tanah air - Ahmad Shabery Warga Felda berperanan corak landskap politik tanah air - Ahmad Shabery](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51690954959_TBAhmadShaberyChee.jpg)
Warga Felda berperanan corak landskap politik tanah air - Ahmad Shabery
Warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) memainkan peranan besar dalam mencorakkan landskap dan masa depan politik tanah air.
![Komitmen kerajaan bantu kurangkan beban kewangan Felda - Pengerusi Komitmen kerajaan bantu kurangkan beban kewangan Felda - Pengerusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71689128595_AhmadShaberyCheek.jpg)
Komitmen kerajaan bantu kurangkan beban kewangan Felda - Pengerusi
Jaminan itu memberi makna yang besar kepada Felda dalam usaha melaksanakan transformasi.