Kerajaan akan terus memperkenal dan melaksanakan pelbagai program bagi menghasilkan satu kelompok atau kelas usahawan bumiputera yang lebih teguh dan mantap terutama apabila negara mencapai status negara maju pada 2020, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata walaupun pelbagai usaha untuk merealisasikan matlamat itu telah dilaksana dan ada sedikit kejayaannya, namun ia tidak menampakkan kejayaan sepenuhnya terutama dari segi bilangan dan kedudukannya untuk bersaing dalam pasaran.
"Kita telah berjaya selama ini untuk mewujudkan kelas menengah bumiputera, melalui dasar-dasar kerajaan yang telah mencetuskan apa yang disifatkan sebagai 'social mobility' iaitu mereka yang terdiri daripada kumpulan-kumpulan profesional, mereka yang mendapat tempat di institusi pengajian tinggi, yang mendapat kelulusan akademik.
"Namun satu lagi usaha kita ialah untuk mewujudkan satu lagi kelompok dalam komuniti bumiputera iaitu dalam kalangan para usahawan," katanya semasa berucap melancarkan BAHTERA Bumipreneurs of Tomorrow, di sini hari ini.
Perdana Menteri berkata dalam 'langkah terakhir' sebelum mencapai Negara maju, kerajaan telah melakukan pelbagai usaha untuk mencapai hasrat itu termasuk mewujudkan badan-badan seperti Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) yang bertujuan menggariskan usaha-usaha untuk pemerkasaan ekonomi bumiputera.
Katanya, selain itu kerajaan juga memperkasakan peranan badan-badan atau agensi sedia ada seperti Majlis Amanah Rakyat dan TEKUN serta memperkenalkan dasar-dasar baharu bagi membantu usahawan bumiputera.
"Inilah antara yang kita laksanakan terkini termasuk juga iaitu syarikat berkaitan kerajaan yang mempunyai non core business (perniagaan bukan teras) yang boleh dijual kepada usahawan bumiputera dan melakukan partnership dalam perniagaan tertentu, kita lakukan kerana pada akhirnya kita mahu usahawan bumiputera yang mampu bersaing," kata beliau.
Mengenai BAHTERA pula, Najib berkata ia merupakan satu lagi inisiatif baharu yang juga satu platfom mengumpul data mengenai usahawan bumiputera dan boleh digunakan untuk pemerkasaan mereka.
Katanya, dengan adanya data itu nanti, maka kerajaan boleh menyampaikan maklumat secara lebih fokus kepada komuniti usahawan bumiputera tentang bagaimana mereka boleh mengembangkan aktiviti keusahawanan mereka.
"BAHTERA ini juga membolehkan usahawan menjalin hubungan dalam perniagaan dan menyokong supply chain (rangkaian bekalan) antara satu usahawan dengan usahawan lain, dan untuk mereka
Perdana Menteri bagaimana pun menekankan, di sebalik pelbagai usaha dan dasar yang dilaksanakan, jalinan kerjasama dan sokongan antara kalangan usahawan juga merupakan satu perkara yang harus diamalkan untuk memperkasakan komuniti usahawan bumiputera.
"Kalau kita boleh melihat dimensi tambahan ini, maka saya percaya bahawa ia akan merupakan satu lagi impetus kepada peningkatan pemerkasaan komuniti usahawan bumiputera," kata beliau.
BAHTERA merupakan program kesedaran untuk menyediakan usahawan bumiputera menghadapi alam perniagaan dengan menggunakan teknologi, model perniagaan baharu dan rangkaian niaga untuk memastikan daya kemampanan.
Program dua hari itu bermula hari ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini menyediakan pelbagai agenda yang memfokuskan untuk membangun dan mengembangkan perniagaan.
Ia merupakan inisiatif Kementerian Kewangan dan Unit Strategi Nasional yang turut disertai oleh agensi-agensi kerajaan yang berkaitan selain syarikat-syarikat dari komuniti usahawan bumiputera yang turut menyediakan perkongsian ilmu dan bengkel keusahawanan.
Bernama
Wed Aug 19 2015
NAJIB: Kerajaan juga memperkasakan peranan badan-badan atau agensi sedia ada seperti Majlis Amanah Rakyat dan TEKUN serta memperkenalkan dasar-dasar baharu bagi membantu usahawan bumiputera. -Foto BERNAMA
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Kerajaan masih tanggung perbelanjaan subsidi diesel - Rafizi Ramli
Walaupun harga diesel diapungkan, masih terdapat sektor-sektor yang harganya diberikan subsidi kepada golongan tertentu seperti nelayan.
PM Thailand gariskan dasar komprehensif untuk majukan negara
Paetongtarn menegaskan bahawa kerajaan akan segera menangani isu-isu seperti hutang isi rumah, kos sara hidup dan pendapatan yang ketinggalan.
Peruntukan pembangkang: Jemput pihak ketiga mulakan rundingan MoU
Antara nama yang boleh dipertimbangkan ialah bekas perdana menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, badan buka kerajaan seperti Bersih atau institusi rasmi seperti SPRM.
Kerajaan Thailand percepat usaha pemulihan di kawasan terjejas banjir
Terdapat enam wilayah yang masih terjejas akibat banjir termasuk Chiang Rai, Phayao, Nan, Phrae, Phetchabun dan Sukhothai.
Kematian dalam tahanan: Kerajaan, polis dapat kebenaran merayu keputusan bayar RM197,600
Terdapat isu mengenai ganti rugi dan liabiliti di bawah undang-undang berkaitan yang masih belum diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.
Kerajaan belum terima maklumat tepat punca Meta turunkan kandungan media sosial PM
Fahmi berkata Meta bagaimanapun menyatakan komitmen untuk terus mengadakan perbincangan dan menerima maklum balas serta input daripada kerajaan.
Kontraktor bertanggungjawab perlu menyiapkan projek kerajaan dengan baik - TPM Fadillah
Kontraktor perlu tandatangan ikrar bagi memastikan projek siap dalam tempoh yang ditentukan serta mengikut spesifikasi, standard dan bajet ditetapkan.
Perkemas semula polisi berkaitan keselamatan siber - Siraj Jalil
Menurut Siraj Jalil, dengan adanya kesedaran tentang isu ini, ia dapat mengurangkan rasa cemas dalam kalangan masyarakat.
Usaha bersepadu kerajaan pacu prestasi ringgit terus mengukuh - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata, prestasi ringgit bertambah baik dalam tempoh enam bulan kebelakangan ini susulan strategi bersepadu kerajaan.
Pengendali media sosial rasmi kerajaan perlu cakna perubahan corak pemikiran, penerimaan mesej oleh rakyat
Pengendali akaun media sosial rasmi kerajaan perlu didedahkan dengan pelbagai pengetahuan digital.