Kerajaan meluluskan peruntukan RM30 juta bagi membina sebuah asrama untuk Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Baru, di sini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pembinaan asrama itu akan membolehkan pelajar di sekolah berkenaan mendapat tempat tinggal yang lebih selesa dan selamat.
"Masa depan anak-anak sekolah ini mengambil kira keadaan yang agak unik dan mencabar. Maka kerajaan mengambil keputusan bahawa sebuah asrama perlu dibangunkan di sekolah ini.
"Saya percaya (dengan) usaha mewujudkan asrama ini, maka masa depan anak-anak ini akan lebih terjamin lagi," katanya kepada pemberita selepas melawat sekolah berkenaan di sini, hari ini.
SBJK yang menyediakan pembelajaran percuma untuk kanak-kanak berusia empat hingga 19 tahun, diwujudkan atas inisiatif Kementerian Pendidikan untuk memberikan akses pendidikan kepada kanak-kanak jalanan di sekitar Kuala Lumpur.
Najib turut melahirkan rasa kagum dengan kesungguhan pengetua sekolah itu, Zulkernai Fauzi serta guru-guru atas usaha mereka dalam memberi pendidikan kepada para pelajar.
"Mereka melakukan usaha yang luar daripada batas kerja dan amalan biasa supaya anak-anak ini dapat terus belajar di sekolah ini," katanya.
Beliau turut memuji usaha guru-guru yang turun padang untuk mencari kanak-kanak jalanan supaya belajar di sekolah berkenaan.
Terdahulu, Najib dalam ucapannya menyifatkan sekolah yang mempunyai 143 pelajar itu sebagai sekolah paling unik di Malaysia dan mungkin satu-satunya sekolah seumpama itu di dunia.
Beliau berkata dengan kewujudan sekolah berkenaan, kanak-kanak berkenaan berpeluang mendapat pendidikan yang lebih sempurna untuk mengubah masa depan mereka.
Najib dalam ucapannya secara santai itu, turut menasihatkan para pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita.
"Saya berharap adik-adik dapat belajar bersungguh-sungguh kerana untuk mencapai cita-cita peribadi kita mesti belajar dengan tekun. Jangan tidak pergi sekolah. Jangan ponteng sekolah.
"Tadi isteri saya (Datin Seri Rosmah Mansor) tanya nak jadi apa bila sudah besar nanti. Ada yang nak jadi doktor, pegawai bank, guru dan pemain bola sepak.
Ada juga cakap nak jadi perdana menteri. Tetapi apa juga impian dan cita-cita, kita mesti belajar bersungguh-sungguh," katanya.
Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada para pelajar.
Beliau turut mengumumkan pelantikan pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi sebagai ikon dan mentor sekolah itu bagi membimbing perkembangan pelajar.
Hadir sama pada majlis berkenaan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani yang juga Anggota Parlimen Titiwangsa dan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tan Sri Dr Madinah Mohamad.
Bernama
Fri Jun 17 2016

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (duduk,dua, kanan) dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor (duduk,tiga,kanan) beramah mesra dengan para pelajar ketika melawat Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Kampung Baru hari ini. - Foto BERNAMA
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

35 calon SPM di Raub telah ditempatkan di asrama
Sebanyak 35 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di daerah Raub yang terkesan dengan banjir telah ditempatkan di asrama sejak petang semalam.

12 calon SPM terkandas banjir diselamatkan PDRM
Polis Daerah Tanah Merah melakukan operasi menyelamat pelajar SMU Arab Darul Ulum Jedok yang terkandas selepas pulang dari asrama.

Bangunan asrama lelaki MRSM Besut terbakar, 58 pelajar terselamat
Kebakaran sekitar jam 10.44 malam itu melibatkan empat buah bilik di tingkat satu asrama terbabit.

'Naluri saya kuat mengatakan itu rangka Hafiz Fauzan' - Bapa
Abdul Halid merupakan ayah kepada Hafiz Fauzan yang merupakan pelajar tingkatan 5, Sekolah Menengah Agama Parit Raja yang dilaporkan hilang pada 25 Mei lalu.

Polis selamatkan 17 wanita Indonesia disyaki mangsa pemerdagangan manusia
Polis berjaya menyelamatkan 17 wanita warga Indonesia yang disyaki menjadi mangsa pemerdagangan manusia dalam serbuan di sebuah asrama syarikat perkhidmatan pembantu rumah di Shah Alam.

Hilang wang punca selisih faham pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu - Polis
Dua pelajar kolej vokasional itu masing-masing kehilangan wang RM50 serta RM35, dan mangsa pula kemudian dituduh sebagai pencuri.

PATI jadikan kondominium di Putrajaya sebagai asrama diserbu
Seramai 127 individu telah diperiksa di 47 unit rumah di empat blok berketinggian 21 tingkat.

Kebakaran di asrama Kazakhstan ragut 13 nyawa
Tiga belas orang maut dalam kebakaran di sebuah asrama di Almaty Kazakhstan pada Khamis.

Pelajar Tingkatan Empat cedera mata didakwa dipukul di asrama
Kejadian dipercayai berpunca apabila rakannya telah mengejek mangsa dan mengajaknya untuk berlawan dengan seorang lagi rakannya.

Enam maut asrama pekerja hospital terbakar
Pasukan bomba bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan dan berjaya menyelamatkan 52 orang.