Kerajaan meluluskan pembukaan sebuah pusat pemprosesan visa di Xiamen di China dalam usaha menggalakkan kemasukan sekurang-kurangnya sejuta pelancong dari daerah Fujian tahun ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan mengarahkan Jabatan Imigresen dan vendor berkaitan untuk menguruskan pembukaan pusat berkenaan.
"Saya harap apabila usaha ini dilakukan ia tak disalahgunakan. Kita tak akan kompromi dari segi keselamatan dan kesejahteraan sosial di Malaysia," katanya pada perasmian pameran pelancongan anjuran Persatuan Pelancongan Dalam Negeri Malaysia (MITA) di sini, hari ini.
Menteri Dalam Negeri itu memberi jaminan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mereka yang didapati menyalahgunakan visa.
Sementara itu, Ahmad Zahid mencabar penganjur acara itu untuk menarik sekurang-kurangnya 1,000 pempamer pada tahun depan.
"Kerajaan mahu menyumbang RM1 juta bagi pameran MITA tahun depan tetapi anda perlu memanfaatkan bajet itu (dengan baik) dan mendapatkan lebih banyak pempamer untuk turut serta," katanya.
Ahmad Zahid seterusnya berkata beliau sedia membantu mendapatkan peruntukan khas bagi menggalakkan pemandu pelancong mengambil kursus bahasa.
"Ini kerana kita terima pelancong dari pelbagai negara seperti China dan India selain pasaran-pasaran baharu di Eropah Timur," katanya.
Dalam pada itu, Presiden MITA Uzaidi Udanis yakin jumlah pelancong yang disasarkan timbalan perdana menteri mampu dicapai berdasarkan bilangan penduduk Fujian yang berjumlah lebih 30 juta orang.
Uzaidi memberitahu pemberita bahawa kemasukan pelancong dari Fujian akan membantu kerajaan mencapai sasaran kemasukan empat juta pelancong China tahun ini.
Menurutnya, pusat pemprosesan visa yang bakal diwujudkan itu yang kelima di China selain Guangzhou, Kunming, Shanghai dan Beijing. -- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 25 2017
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merasmikan MITA Travel Fair di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa MINES hari ini. -BERNAMA
Suspek bakar wanita hidup-hidup berdepan tuduhan membunuh
Zapeta- Calil telah didakwa atas tuduhan membunuh darjah pertama dan kedua serta pembakaran darjah pertama, menurut Jabatan Polis New York City.
Pelepasan abu di gunung berapi Kanlaon meningkat
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer (km) dikesan di Gunung Berapi Kanlaon dengan letusan abu bermula pada 11:45 pagi diikuti gempa gunung berapi berfrekuensi rendah.
[Data & Statistik] Dividen ASB
Tertinggi dalam lima tahun.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, PNB mahu menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menyimpan dan kemudian melabur, untuk menggandakan wang mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, PNB mahu menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menyimpan dan kemudian melabur, untuk menggandakan wang mereka.
Polis Singapura bimbang peningkatan kes pemandu mabuk
Polis Singapura bimbang berikutan peningkatan kes memandu dalam keadaan mabuk, dengan 180 kes direkodkan pada tahun 2023 iaitu angka tahunan tertinggi sejak 2014.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah tempatan ditutup bercampur-campur pada Selasa sejajar dengan pasaran niaga hadapan getah serantau.
Agenda AWANI: Keselamatan Jalan Raya | Jaga Nyawa
Apa sebab utama yang menyebabkan kemalangan jalan raya khususnya semasa musim perayaan, dan bagaimana penguatkuasaan undang-undang boleh diperketatkan bagi menangani isu ini? Diskusi 8.30 malam
Dua lelaki ditangkap bantu siasatan pergaduhan bola sepak
Polis tahan dua lelaki disyaki terbabit pergaduhan antara kumpulan penyokong skuad Harimau Malaya dan Singapura di LRT Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, hari ini.
Nahas Ayer Keroh: Perkembangan dua mangsa di Hospital Melaka
Dua kanak-kanak yang merupakan anak sulung dan kedua kepada pasangan suami isteri yang maut dalam nahas ngeri di kilometer 204 lebuhraya PLUS arah utara, Melaka, malam tadi masih menerima rawatan di Hospital Melaka.
Difahamkan anak sulung mereka yang berusia tujuh tahun kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), akibat beberapa kecederaan parah manakala adik perempuannya berusia empat tahun berada di wad biasa hospital sama.
Bersama wakil Astro AWANI Melaka, Shuhada Kadir.
Difahamkan anak sulung mereka yang berusia tujuh tahun kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), akibat beberapa kecederaan parah manakala adik perempuannya berusia empat tahun berada di wad biasa hospital sama.
Bersama wakil Astro AWANI Melaka, Shuhada Kadir.
Sebarang usaha tanam bibit pertentangan kaum mesti dielakkan - PM Anwar
Sebarang usaha menanam bibit dan gejala memicu pertentangan kaum di negara ini mesti dielakkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
[INFOGRAFIK] 10 Nahas Ngeri Di Malaysia
Berikut adalah info berkenaan dengan sepuluh nahas ngeri di Malaysia.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada pesilat Thamaraj raih juara dunia
Beliau berkata Thamaraj mencipta sejarah tersendiri menewaskan pesilat Uzbekistan untuk bawa pulang pingat emas dan muncul juara dunia.
UMNO dan BN akan terus bersama Kerajaan Perpaduan hingga PRU16 - Ahmad Zahid
Kerajaan Perpaduan juga berpeluang terus mengekalkan kemenangan jika aspek kesetiaan pada parti dan usaha menyantuni rakyat terus diberi keutamaan.
RISDA diminta memperbanyak pusat pengumpulan getah - Ahmad Zahid
RISDA telah diminta untuk memperbanyak pusat pengumpulan getah di seluruh negara antara lain bagi menambah pendapatan pekebun kecil.
Hormati keputusan mahkamah bebas Rosmah - Ahmad Zahid
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta semua pihak menghormati keputusan Mahkamah Tinggi yang membebas dan melepaskan isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada Khamis.
'Lebih baik Tengku Zafrul sertai PKR daripada pilih pembangkang' - MB Selangor
Reaksi Tengku Zafrul yang didakwa menunjukkan minat untuk menyertai PKR disifatkan lebih baik berbanding beliau memilih untuk menyertai pembangkang.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
UMNO tidak terima pemakluman Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Parti yang dibentuk dalam Kerajaan Perpaduan tidak seharusnyaambil mana-mana ahli parti lain dalam gabungan itu bagi menjaga hati parti masing-masing.