KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata beliau berbesar hati menerima cadangan daripada penyokong hak kanak-kanak dan pertubuhan masyarakat sivil untuk mewujudkan sebuah badan bebas bagi menegakkan hak kanak-kanak di Malaysia.
Azalina berkata cadangan itu menggambarkan bagaimana masyarakat sivil menyokong usaha perundangan kerajaan.
"Menjaga perlindungan dan kesejahteraan kanak-kanak adalah tanggungjawab bersama dalam kalangan rakyat Malaysia. Meraikan 66 tahun kemerdekaan negara, kita mesti mewujudkan integriti nasional kita dengan memperjuangkan hak setiap kanak-kanak," katanya.
"Kerajaan MADANI komited untuk menegakkan hak kanak-kanak dan mengiktiraf kepentingan ketelusan dan badan pengawasan bebas, seperti Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak (OCC)," katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini.
Selain itu, beliau berkata usaha sedemikian meyumbang ke arah melindungi masa depan dengan memastikan keselamatan kanak-kanak.
Justeru, Azalina berharap Rang Undang-Undang Suruhanjaya Kanak-Kanak Malaysia yang telah dirangka selepas pelbagai sesi libat urus dengan pihak berkepentingan utama, sesi pertukaran ilmu dan kajian mendalam, dapat dibentang di Parlimen pada Oktober ini.
"Saya mengharapkan hasil yang positif dan akan terus melibatkan semua pihak berkepentingan dalam memastikan penubuhan OCC Bebas yang akan berfungsi untuk menegakkan hak semua kanak-kanak di Malaysia," katanya.
Antara cadangan yang diketengahkan oleh 12 penyokong hak kanak-kanak dan pertubuhan masyarakat sivil ialah Suruhanjaya Kanak-Kanak mesti bebas, meliputi semua bidang isu kritikal berkaitan kanak-kanak, menambah baik penyampaian dan perlindungan perkhidmatan kesihatan asas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 01 2023
![Kerajaan komited tegakkan hak kanak-kanak - Azalina Kerajaan komited tegakkan hak kanak-kanak - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692397164_AzalinaOthmanSaid.jpg)
Azalina berkata cadangan itu menggambarkan bagaimana masyarakat sivil menyokong usaha perundangan kerajaan. - Gambar fail/Bernama
AWANI Borneo [16/07/2024] – SUKMA 2024 | Sentiasa berwaspada | Pintu sempadan
AWANI Borneo Selasa, 16 Julai 2024 bersama Fauzi Zin.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Malaysia-Brunei adakan rundingan mudahkan urusan Imigresen
Malaysia dan Brunei akan mengadakan rundingan bagi memudahkan proses keluar masuk rakyat kedua-dua negara.
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses Projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
Sentiasa berhati-hati, ribut petir diramal berlaku di Sabah
Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko di Sabah disaran agar bersiap siaga terutama dari segi perubahan cuaca yang tidak menentu yang seterusnya akan mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Kerajaan komited tegakkan hak kanak-kanak - Azalina Kerajaan komited tegakkan hak kanak-kanak - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692397164_AzalinaOthmanSaid.jpg)
Kerajaan komited tegakkan hak kanak-kanak - Azalina
Azalina berkata beliau berbesar hati menerima cadangan penyokong hak kanak-kanak dan pertubuhan masyarakat sivil untuk mewujudkan sebuah badan bebas bagi menegakkan hak kanak-kanak di Malaysia.