Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi pendirian Kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk terus komited memastikan hak-hak bagi Sabah dan Sarawak seperti yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan terpelihara.
Perdana Menteri berkata, di peringkat awal pembentukan Kabinet PN, beliau mewujudkan satu portfolio khusus mengenai Hal Ehwal Sabah dan Sarawak di Jabatan Perdana Menteri.
"Selain itu, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 9 September lalu telah bersetuju untuk menubuhkan Majlis Khas mengenai MA63 yang akan dipengerusikan oleh saya sendiri sebagai Perdana Menteri.
"Majlis Khas ini akan turut dianggotai Ketua Menteri Sarawak, Ketua Menteri Sabah, Menteri-Menteri Persekutuan dan ahli-ahli lain yang akan dilantik mengikut kesesuaian, kelayakan dan bidang kepakaran masing-masing," katanya ketika berucap pada majlis sambutan Hari Malaysia di Sibu, Sarawak pada Rabu.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, Majlis Khas berkenaan akan membincangkan isu-isu berkaitan hak-hak Sabah dan Sarawak.
Antaranya, jelas beliau, kedudukan kedua-dua negeri itu sebagai Rakan Sekutu, hak negeri di bawah Perkara 112 Perlembagaan Persekutuan, MA63 dan Laporan Intergovernmental Committee, keselamatan negeri dan pendidikan.
"Majlis Khas ini akan dibantu oleh jawatankuasa sedia ada yang telah ditubuhkan di peringkat kementerian dan agensi persekutuan berdasarkan isu-isu yang berkaitan.
"Saya berharap agar penubuhan Majlis Khas ini akan dapat merungkaikan beberapa isu yang masih tertangguh berhubung hak dan kedudukan Sabah dan Sarawak selaras dengan semangat MA63 dan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Yang penting ialah usaha-usaha untuk membangun dan memajukan kedua-dua negeri ini dapat diteruskan dan dipertingkatkan lagi dengan kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri," ujarnya.
Fauzi Suhaimi
Wed Sep 16 2020
![Kerajaan komited pastikan hak Sabah, Sarawak dipelihara, tubuh Majlis Khas - Perdana Menteri Kerajaan komited pastikan hak Sabah, Sarawak dipelihara, tubuh Majlis Khas - Perdana Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/81598687960_MUHYIDDINYASSIN.jpg)
Muhyiddin berharap penubuhan Majlis Khas dapat merungkaikan beberapa isu yang masih tertangguh berhubung hak dan kedudukan Sabah dan Sarawak.
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Kibar Jalur Gemilang sepanjang tahun, jangan tunggu hari tertentu - TPM Fadillah Kibar Jalur Gemilang sepanjang tahun, jangan tunggu hari tertentu - TPM Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61722681853_FadillahYusof.jpg)
Kibar Jalur Gemilang sepanjang tahun, jangan tunggu hari tertentu - TPM Fadillah
Rakyat Malaysia perlu berasa bangga untuk terus mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang tahun tanpa mengira musim, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
![Rakyat Pulau Pinang diseru kibar Jalur Gemilang Rakyat Pulau Pinang diseru kibar Jalur Gemilang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722587711_ChowKonYeow.jpg)
Rakyat Pulau Pinang diseru kibar Jalur Gemilang
Ini bagi menunjukkan bahawa rakyat negeri Pulau Mutiara turut memberikan sokongan kepada sambutan yang amat bermakna itu sempena ulang tahun kemerdekaan ke-67 tahun negara.
![Malaysia Madani: Jiwa Merdeka, tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 Malaysia Madani: Jiwa Merdeka, tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717577304_tbFahmiFadzil.jpg)
Malaysia Madani: Jiwa Merdeka, tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024
Kerajaan Perpaduan hari ini mengumumkan tema Malaysia Madani: Jiwa Merdeka' bagi sambutan Hari Kebangsaan untuk edisi 2024.
![Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Putrajaya, Hari Malaysia di Sabah Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Putrajaya, Hari Malaysia di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716283684_FahmiFadzil.jpg)
Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Putrajaya, Hari Malaysia di Sabah
Putrajaya sekali lagi menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan ke-67, sama seperti edisi 2023, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
![Libatkan diri dalam keusahawanan satu bentuk patriotisme yang tinggi - Ewon Libatkan diri dalam keusahawanan satu bentuk patriotisme yang tinggi - Ewon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716118422_TBEWON.jpg)
Libatkan diri dalam keusahawanan satu bentuk patriotisme yang tinggi - Ewon
Menceburi bidang perniagaan dan koperasi merupakan satu bentuk patriotisme yang tinggi, menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.
![Sarawak mampu jadi rakan niaga yang baik - Duta Turkiye Sarawak mampu jadi rakan niaga yang baik - Duta Turkiye](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713442568_WanJunaidiEmirSa.jpg)
Sarawak mampu jadi rakan niaga yang baik - Duta Turkiye
Sarawak mampu menjadi rakan niaga yang baik untuk Turkiye mengembangkan perniagaan, kata Duta Turkiye ke Malaysia Emir Salim Yuksel.
![Penganjur sedia bekerjasama dengan KKD jadikan 'Keretapi Sarong' acara Bulan Kebangsaan Penganjur sedia bekerjasama dengan KKD jadikan 'Keretapi Sarong' acara Bulan Kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694929788_TBKERETAPISARONG.jpg)
Penganjur sedia bekerjasama dengan KKD jadikan 'Keretapi Sarong' acara Bulan Kebangsaan
Penganjur program Keretapi Sarong sedia bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Digital bagi menjadikan program itu sebahagian aktiviti Bulan Kebangsaan.
![Sambutan Hari Malaysia 2023 berjaya zahir semangat 'Segulai Sejalai' Sambutan Hari Malaysia 2023 berjaya zahir semangat 'Segulai Sejalai'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694915285_AnwarIbrahim.jpg)
Sambutan Hari Malaysia 2023 berjaya zahir semangat 'Segulai Sejalai'
Sambutan kali ini bertepatan dengan aspirasi Malaysia MADANI yang mengangkat perpaduan sebagai kunci utama kestabilan negara.
![Teater muzikal 'Segulai Sejalai' mempesona, terima tepukan gemuruh Teater muzikal 'Segulai Sejalai' mempesona, terima tepukan gemuruh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41694903017_SambutanHariMalays.jpg)
Teater muzikal 'Segulai Sejalai' mempesona, terima tepukan gemuruh
Persembahan 20 minit itu mengisahkan perjalanan sejarah di Semenanjung, Sabah, Sarawak dalam usaha menuntut kemerdekaan hingga kini.
![Perhimpunan guna sentimen patriotisme palsu boleh cetus ideologi tidak sihat - Ahli akademik Perhimpunan guna sentimen patriotisme palsu boleh cetus ideologi tidak sihat - Ahli akademik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61694864898_HimpunanSelamatkan.jpg)
Perhimpunan guna sentimen patriotisme palsu boleh cetus ideologi tidak sihat - Ahli akademik
Hari Malaysia sewajarnya diraikan dengan penuh semangat perpaduan serta kebersamaan, bukannya dicemari dengan perhimpunan yang boleh mengganggu-gugat keselamatan negara.