Kerajaan negeri Kedah sedang merangka pelan kontigensi khusus bagi menghadapi kemungkinan musim kemarau berlanjutan, jika masih tiada hujan di kawasan tadahan air di negeri ini sehingga April.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air dan Tenaga negeri, Datuk Zamri Yusuf berkata persiapan awal perlu dirangka bagi memastikan bekalan air untuk sektor pertanian dapat diteruskan walaupun sumber air semakin terhad.
"Untuk kegunaan domestik masih cukup, sejak 1 Jan kita sudah lepaskan air untuk kegunaan semua loji dari Jeniang ke Pinang Tunggal, termasuk loji yang bekalkan air untuk Pulau Pinang kerana sebanyak 82 peratus penggunaan (air) di Pulau Pinang dibekalkan melalui sumber ini.
"Kerajaan negeri juga telah ambil beberapa langkah untuk meningkatkan paras air di empangan antaranya melakukan pembenihan hujan, namun nampaknya usaha itu kurang berhasil," katanya kepada Bernama dan RTM selepas mengadakan lawatan ke Tasik Beris di sini pada Khamis.
Beliau berkata proses pembenihan awan kurang sesuai dilakukan di Kedah pada masa ini memandangkan keadaan musim panas di negeri ini sangat kering dan cerah, tiada awan yang tersedia untuk hujan.
Zamri berkata pihaknya juga sudah membuat anggaran kerugian jika bekalan air tidak mecukupi untuk sektor pertanian terutama untuk tanaman padi bagi musim hadapan yang akan bermula April ini dan berharap dapat meminimumkan jumlah kerugian dengan pengurusan air yang berhemah.
"Tiada lagi jumlah kerugian yang tepat jika kita tidak dapat melaksanakan keseluruhan tanaman padi musim akan datang, mungkin kita masih boleh lepaskan air untuk kawasan pertanian tertentu dan jumlah kerugian dapat dikurangkan," katanya.
Beliau berkata berdasarkan tinjauannya, akibat ketiadaan hujan di kawasan tadahan air sejak Oktober tahun lalu, paras air di empangan tidak menunjukkan peningkatan walaupun satu milimeter padu.
"Kita masih lepaskan air untuk kegunaan domestik dan pertanian, tapi kita berharap untuk sektor pertanian ia dapat digunakan secara optimum dan 'tidak mewah' seperti sebelum ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 06 2020

Zamri (kanan) berkata persiapan awal perlu dirangka bagi memastikan bekalan air untuk sektor pertanian dapat diteruskan walaupun sumber air semakin terhad.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Hujan berterusan di Sabah dan Sarawak hingga esok
MetMalaysia memaklumkan, daerah yang dijangka terlibat ialah Telupid, Beluran dan Sandakan.

Jumlah kematian akibat kebakaran hutan California meningkat kepada 29
Angka kematian akibat kebakaran hutan yang dahsyat di kawasan Los Angeles meningkat kepada 29.

Hujan berterusan dijangka landa Johor sepanjang hari ini
Kawasan terlibat ialah Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Pahang, Johor hingga Ahad
Kawasan yang terlibat adalah Rompin, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Hujan dijangka turun di Pahang, Terengganu petang ini
Hujan dijangka berlaku di pesisir pantai melibatkan perairan Pahang dan Terengganu pada sebelah petang.

Ribut petir diramal landa utara tanah air esok
Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak diramal akan mengalami hujan dan rebut petir sepanjang hari esok.

Amaran pendakian ke puncak Gunung Kinabalu
Taman-Taman Sabah hari ini mengeluarkan amaran bagi aktiviti pendakian ke puncak Gunung Kinabalu.

Banjir: 405 orang berlindung di enam PPS di Perak
Pada Isnin Jabatan Meterologi Malaysia menjangkakan hampir semua daerah di negeri ini akan hujan pada sebelah petang dan malam.

Sejarawan bimbang mengenai pengabaian Taj Mahal selepas kubah bocor ketika hujan
Kebimbangan dibangkitkan mengenai pengabaian Taj Mahal selepas kubah utama monumen Mughal yang terkenal itu bocor ketika hujan.

Taman Tasik Taiping mulai 'dilimpahi' air, pengunjung lega
Dikenali dengan gelaran bandar tadahan hujan, ramai mata yang tertumpu di sini susulan tular paras air tasiknya yang mengering.