Kerajaan sedang mengkaji idea mengenai mata wang kripto, khususnya berhubung fungsi yang mungkin digantikannya, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Itu adalah pendapat beliau (tetapi) kami akan memulakannya (pertimbang)," katanya ketika ditanya mengenai kenyataan Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa, Christine Lagarde bahawa kemungkinan bank pusat di seluruh dunia mempertimbangkan bagi mengeluarkan mata wang digital.
Pelbagai bank pusat di seluruh dunia sedang meneliti idea itu secara serius, termasuk Kanada, China, Sweden dan Uruguay.
"Secara umumnya, kami memikirkan perkara itu malah kerajaan juga meneliti mengenainya, untuk mengenal pasti fungsi yang ia (akan) gantikan," katanya pada hari terakhir lawatan beliau ke Singapura pada Khamis.
Mengenai Harapan Coin, Dr Mahathir berkata ia belum lagi difikirkan secara mendalam.
"Kami mungkin menerimanya...bagaimanapun bergantung kepada sebaik mana ia berfungsi," katanya.
Ketika ditanya sama ada Bank Negara Malaysia (BNM) akan bersetuju dengan cadangan mengenai Harapan Coin itu, beliau berkata: "saya belum berbincang dengan BNM."
Mata wang kripto atau mata wang digital merupakan wang tidak sah di Malaysia.
Dr Mahathir juga mengatakan bahawa perkara yang lebih menarik berbanding mata wang kripto adalah masyarakat tanpa tunai.
"Lebih menarik adalah masyarakat tanpa tunai India. Mereka tidak menggunakan sebarang wang.
"Apabila wang tidak digunakan, rasuah dapat dikekang," katanya, dengan menambah, beliau telah berbincang dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi, mengenainya.
Dr Mahathir juga berkata beliau telah memberi idea mengenai Mata Wang Asia Timur yang sama, namun hanya terhad untuk tujuan perdagangan dan bukan bagi penggunaan domestik semasa Sidang Kemuncak ASEAN+3 (China, Jepun dan Korea Selatan).
"Ini merupakan idea lama saya. Saya memberitahu bahawa kita perlu mempunyai Mata Wang Asia Timur untuk perdagangan bukan untuk digunakan di peringkat domestik.
"Itu adalah cadangan lama saya. Saya berpandangan bahawa ini merupakan sesuatu yang akan membolehkan, malah negara asing, menangani masalah tidak mempunyai tukaran asing yang mencukupi," katanya.
Mengenai perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China, beliau berkata negara ASEAN bimbang berhubung kemelut itu.
"China sendiri tidak mahu perang perdagangan itu (memandangkan) ia merasakan kemelut tersebut tidak menyumbang kepada pembangunan keamanan di rantau ini," katanya ketika ditanya sama ada isu berkenaan telah dibincangkan dalam pertemuan pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-33 dan mesyuarat berkaitan yang baru berakhir. -- Bernama
Bernama
Thu Nov 15 2018

Dr Mahathir berpendapat, apabila wang tidak digunakan, rasuah dapat dikekang. - BERNAMA/Fail

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.