KUALA LUMPUR: Kerajaan berhasrat untuk menubuhkan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) dengan secepat mungkin, bagi menambah baik perlindungan sosial serta kebajikan penggiat industri berkenaan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan mengemukakan satu memorandum kepada Kabinet, bagi mendapatkan persetujuan serta kelulusan untuk penubuhan suruhanjaya tersebut.
Ahmad Zahid menjelaskan penggiat industri ini atau pekerja tidak formal di Malaysia ini, tidak mendapat sebarang perlindungan melainkan jika mereka mencarum dengan Perkeso.
"Yang paling penting sekali di sini selama beberapa tahun kegiatan penggiat ekonomi gig ini berjalan di negara ini, namun ketidakpedulian telah dialami oleh mereka.
"Syarikat penyedia perkhidmatan tidak menganggap mereka sebagai pekerja dan syarikat juga tidak menganggap sebagai majikan kepada penggiat industri ini. Kelompangan sebegini yang memerlukan keprihatinan kerajaan," katanya pada sidang media selepas menghadiri Forum Nasional Kerangka Kerjaya Industri Gig pada Isnin.
Jelas beliau kelompangan sebegini memerlukan keprihatinan dan usaha yang dilakukan ini merupakan tanda kepedulian kerajaan perpaduan terhadap pengiat ekonomi gig.
Ahmad Zahid berharap pengumuman penubuhan suruhanjaya ini dapat dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2024.
"Saya yakin Perdana Menteri dan Kabinet akan meluluskannya selepas KSM membawa memorandum mengenai penubuhan suruhanjaya ini," katanya yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu.
Dalam ucapannya, Ahmad Zahid berkata SEGiM, merupakan satu badan yang berfungsi untuk mengatasi setiap isu berkaitan dan melahirkan inisiatif yang mampu menjaga kebajikan pengguna, peniaga, vendor, penghantar, pemandu dan penyedia platform, dalam industri gig.
"Antara peranan SEGiM adalah untuk membantu menyelaraskan dan mengatur industri gig dengan regulasi yang jelas, agar dapat memastikan pematuhan peraturan, melindungi hak penggiat dan mempromosikan persekitaran yang adil dalam industri gig.
"Membantu melindungi pekerja gig dengan menyediakan perlindungan sosial, keselamatan kerja dan hak-hak penggiat gig dan memainkan peranan penting, dalam memajukan kemahiran penggiat gig dengan menyediakan program latihan dan pendidikan khusus, yang akan membantu meningkatkan daya saing penggiat gig," katanya lagi.
Astro Awani
Mon Jul 17 2023
Ahmad Zahid bersama Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar ketika hadir program Forum Kerangka Kerjaya Industri Gig bertemakan 'Mengorak Ekonomi Gig, Mengukuh Ekonomi Negara' di ibu negara hari ini. - Foto BERNAMA
Bayi dihanyut ombak tsunami jadi detik mendebarkan sehingga saat ini
Mengimbau detik itu, ibu Thulaashi, Annalmary berkata dia sedang berpantang ketika kejadian dan ombak tsunami menerjah kafe yang diusahakan bersama suaminya Suppiah.
Tiga maut dalam insiden tembak di pembukaan hospital Haiti
Tiga orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera pada Selasa apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sekumpulan wartawan sebelum sidang akhbar kerajaan pembukaan semula hospital awam terbesar di Haiti.
Mogok pekerja: lebih 300 kedai Starbucks di A.S mogok, libat 5,000 pekerja
Mogok pekerja Starbucks di Amerika Syarikat dijangka meluas ke lebih 300 kedai pada Selasa, dengan lebih 5,000 pekerja dijangka mogok lima hari dan berakhir pada malam Krismas.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Anak sulung jalani pembedahan, tujuh masih terima rawatan
Datuk Ngwe Hee Sem berkata, dua daripada mereka masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.
Gagal yakin penaja punca sukar dapat tajaan - Hannah
Beliau berkata kegagalan itu antaranya berpunca daripada cadangan yang dihantar kepada pihak berkenaan turut memasukkan perkara-perkara tidak perlu.
Kaca mata akan jadi platform perkomputeran utama seterusnya - Mark Zuckerberg
Meta dilihat menerajui arena ini buat masa ini, sementara yang lain masih jauh di belakang.
Tiga maut, lelaki lepaskan tembakan di hospital Haiti
Tiga orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera pada Selasa apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sekumpulan wartawan sebelum sidang akhbar kerajaan pembukaan semula hospital awam.
Tular lelaki lari dari polis, rupanya bawa syabu
Suspek turut didapati memiliki 18 rekod jenayah lampau selain pemeriksaan menemui paket plastik dipercayai dadah jenis syabu.
Jual Saham MAHB: Langkah tidak adil, bertentangan kepentingan negara - Hamzah
Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Hamzah Zainudin, hari ini menyatakan bantahan tegas terhadap cadangan penjualan saham Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) kepada pihak luar.
Dua maut motosikal terbabas di lebuh raya
Setiba di lokasi, motosikal ditunggang lelaki warga tempatan itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya.
Belanjawan 2025: Kerajaan diharap percepatkan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia
Mohd Sharkar berharap perkara tersebut termasuk dalam pengumuman yang bakal dibuat Perdana Menteri semasa pembentangan Belanjawan 2025.
SEGiM beri perlindungan jangka panjang kepada pekerja ekonomi gig - Ahmad Zahid
Pelaksanaan suruhanjaya itu perlu disegerakan untuk memberikan perlindungan jangka panjang serta latihan upskilling dan reskilling kepada kumpulan pekerja berkenaan.
Fahmi setuju cadangan UMNO minta kerajaan wujud Suruhanjaya Gig Ekonomi Malaysia
Fahmi bersetuju dengan cadangan MT UMNO untuk meminta kerajaan menubuhkan segera Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia.
Kerajaan jamin tubuh SEGiM secepat mungkin - Ahmad Zahid
Kerajaan memberi jaminan untuk menubuhkan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) dengan secepat mungkin, bagi menambah baik perlindungan sosial serta kebajikan penggiat industri berkenaan.