PUTRAJAYA: Kerajaan memberi jaminan akan terus menyediakan ruang yang seluas-luasnya kepada pihak media untuk melaporkan berita selari dengan peruntukan yang sedia ada di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kerajaan Malaysia sentiasa komited dalam menyokong dan menegakkan kebebasan media di negara ini.
"Pendirian kerajaan ini juga telah dinyatakan dengan jelas dan mengiktiraf peranan penting para pengamal media dalam menjalankan fungsi dan menunaikan tanggungjawab mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mengambil maklum tentang Indeks Kebebasan Media 2021 yang dikeluarkan oleh Reporters Without Borders (Reporters Sans Frontieres, RSF) pada 17 April (2021), yang mana Malaysia mencatat kedudukan ke-119.
Saifuddin berkata, usaha mencegah penyebaran maklumat palsu bukan bermakna menyekat kebebasan media.
Dalam era teknologi maklumat abad ke-21, media bukan sahaja berperanan menyebarkan maklumat yang telus tetapi juga melindungi masyarakat daripada penularan maklumat palsu yang boleh menggugat kestabilan dan keharmonian negara, katanya.
Malah, katanya, media di negara ini telah sekian lama menjalin usaha sama dengan kerajaan dan sentiasa proaktif membantu menyangkal maklumat palsu.
"Ketika kita sedang berjuang menghentikan pandemik COVID-19, kerajaan di serata dunia juga berhadapan dengan cabaran menangani penyebaran maklumat palsu dan memastikan berita serta informasi yang sahih dan tepat disalurkan kepada rakyat. Perkara ini amat penting terutamanya bagi usaha menyelamatkan nyawa dan menjaga keselamatan sejagat dalam krisis kesihatan yang melanda ini," katanya.
Beliau berkata penguatkuasaan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No.2) 2021 mulai 12 Mac 2021 adalah khusus bagi menangani maklumat tidak benar berkaitan COVID-19 dan Proklamasi Darurat. - BERNAMA
Bernama
Thu Apr 22 2021
Kerajaan Malaysia sentiasa komited dalam menyokong dan menegakkan kebebasan media di negara ini, kata Datuk Saifuddin Abdullah. - Gambar fail
Amaran hujan berterusan di Sabah, Kelantan, Terengganu, Pahang
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) bagi beberapa kawasan di Sabah sehingga 30 Dis 2024.
Kategori baharu buat Aniq Kasdan mulai 2025
Jaguh angkat berat negara Mohamad Aniq Kasdan mengesahkan akan beraksi dalam kategori baharu, iaitu 60 kilogram (kg) bermula 2025.
Polis tahan dua lelaki miliki senjata api, dadah di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menahan dua lelaki berusia 19 dan 34 tahun yang disyaki memiliki senjata api dan dadah di Kampung Degong, Pasir Mas, semalam.
Lebih 1,400 kematian akibat kemalangan babit lori
Sebanyak 1,457 kematian dicatatkan dalam 3,500 kemalangan membabitkan lori di seluruh negara sejak Januari 2019 hingga November lepas.
Trump minta Mahkamah Agung tangguhkan tarikh akhir larangan TikTok
Trump, yang lantang mengkritik TikTok semasa penggal pertamanya, menyuarakan kebimbangan terhadap isu keselamatan negara.
CEO FAM: Tokoh korporat paling layak, Tony Fernandes calon sesuai - Penganalisis
Tokoh korporat dilihat sebagai individu paling layak untuk mengisi kerusi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pertama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Ronaldo pertimbang ambil alih Manchester United
Bintang bola sepak Cristiano Ronaldo menyatakan minat untuk kembali ke Old Trafford, namun kali ini sebagai pemilik Manchester United, dengan harapan dapat mengembalikan kegemilangan bekas kelabnya itu.
Pemain berusia 39 tahun itu yakin mampu menangani isu yang melanda United ketika ini.
Pemain berusia 39 tahun itu yakin mampu menangani isu yang melanda United ketika ini.
Samenta gesa Kelantan pertimbang semula keperluan pensijilan halal bagi pengusaha F&B
Katanya, kerajaan Kelantan perlu bekerjasama dengan pengusaha F&B untuk promosi sijil halal dan dengan pihak berkuasa untuk kurangkan beban mereka.
7 laporan dibuat terhadap Hannah Yeoh
Polis setakat ini menerima tujuh laporan terhadap Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berhubung penerbit buku berjudul Becoming Hannah yang dipercayai mengandungi unsur penyebaran agama Kristian secara halus.
Bayi di Gaza meninggal dunia akibat cuaca sejuk, kekurangan tempat perlindungan - UNRWA
Selimut, tilam dan bekalan musim sejuk lain tersekat selama beberapa bulan sementara menunggu kelulusan untuk dibawa masuk ke Gaza.
Wujud trend sekat kebebasan bersuara dalam kalangan negara di Asia Tenggara - Penganalisis
Ini pemerhatian yang dibuat Penyelaras Projek Asia Tenggara Persekutuan Antarabangsa Wartawan Asia Pasifik Ratna Ariyanti berhubung keadaan kebebasan media di beberapa negara di kawasan ini.