KUALA LUMPUR:Kerajaan mengharapkan kerjasama sektor swasta untuk bersama dalam membawa ekonomi negara ke jalan pemulihan yang mantap, lestari dan inklusif serta tidak meminggirkan sesiapa.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia sekali gus komitmen kerajaan dalam memastikan rakyat menjadi fokus utama dalam pelan pemulihan ekonomi negara.
"Oleh kerana mereka (rakyat) yang paling banyak terkesan akibat pandemik COVID-19 sekali gus cenderung menjadi yang paling rentan, saya yakin bahawa usaha tersebut hanya akan bermanfaat jika mereka membawa manfaat dan kesejahteraan lebih besar bagi setiap warga negara kita," katanya.
Beliau berkata demikian semasa ucap tama Sidang Kemuncak Ekonomi China Sedunia (WCES) 2020 pada Isnin.
Dalam pada itu, katanya, langkah perkongsian dan idea sektor awam serta swasta diharap dapat mengatasi krisis ekonomi akibat pandemik.
"Oleh itu, kita mesti menerokai semua kemungkinan supaya dapat dengan cepat mewujudkan sistem yang membolehkan kita mencapai keseimbangan antara keutamaan kesihatan dan keperluan ekonomi.
"Dalam usaha bersama kita mencapai keseimbangan, paling penting kerajaan terus pada peraturan asas yang mengatur perdagangan antarabangsa dan memberi jaminan serta ramalan untuk perniagaan.
"Oleh itu, kita mesti menentang proteksionisme dan unilateralisme, membenarkan aliran barang dan perkhidmatan rentas sempadan serta memastikan gangguan minimum pada rantaian bekalan serantau dan global," jelasnya.
Katanya lagi, kerajaan juga sentiasa sedar usaha China yang telah menjalankan peranan dalam memastikan negara-negara yang terkesan dengan pandemik dapat mengurangkan risiko sekali gus tidak mempengaruhi aliran perdagangan serta pelaburan.
Jelas Muhyiddin lagi, kerajaan juga akan terus memastikan kelangsungan sumbangan hampir 98 peratus Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana daripada semua entiti perniagaan berdaftar dan 40 peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) membela lebih 60 peratus tenaga kerja negara.
Astro Awani
Mon Dec 21 2020
MUHYIDDIN: Kita mesti menerokai semua kemungkinan supaya dapat dengan cepat mewujudkan sistem yang membolehkan kita mencapai keseimbangan antara keutamaan kesihatan dan keperluan ekonomi. - Astro AWANI
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Malaysia raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Trend kematian akibat lemas membimbangkan
Trend kematian akibat lemas masih berada pada tahap membimbangkan, malah tidak menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun.
PM tetap sokong Hyundai masuk Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya untuk membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.
Polis kesan sekumpulan lelaki samun barang kemas lebih RM1.5 juta
Polis giat mengesan sekumpulan lelaki disyaki melakukan samun bersenjata terhadap dua lelaki dan melarikan barang kemas dianggar bernilai RM1.54 juta di sini hari ini.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Bursa Malaysia melantun semula disokong aktiviti membeli saham berharga rendah
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 11.60 mata untuk ditutup kepada 1,604.04 daripada paras 1,592.44 pada Jumaat minggu lepas.
Pertumbuhan KDNK negara dijangka melebihi 5% pada 2024 - Maybank IB
Walaupun berhadapan dengan ketidaktentuan luaran tetapi permintaan dalam negeri yang kukuh akan mengimbangi risiko.
Inflasi Malaysia diunjur cecah purata antara 2.0 hingga 3.5 peratus pada 2025
Inflasi Malaysia diunjurkan mencecah purata antara 2.0 hingga 3.5 peratus pada 2025, dengan mengambil kira langkah dasar domestik yang ditetapkan dalam Belanjawan 2025.
Pelaburan, eksport kukuh pacu pertumbuhan KDNK suku ketiga Malaysia kepada 5.3 peratus
Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.3 peratus pada suku ketiga 2024, didorong oleh aktiviti pelaburan yang kukuh dan peningkatan eksport yang berterusan.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit berada di bawah paras 1,600
Bursa Malaysia mencatatkan penurunan hari ini dengan indeks utama ditutup pada paras terendah intra hari berikutan ketiadaan pemangkin belian di tengah-tengah kelemahan pasaran serantau ekoran.
Pengukuhan ekonomi Suku-3 letak Malaysia di landasan pertumbuhan 4.8-5.3 peratus pada 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata prestasi kukuh ekonomi Malaysia pada Suku Ketiga (S3) 2024 mencerminkan keyakinan perniagaan dan juga pengguna terhadap ekonomi Malaysia.
MIDF Amanah unjur pertumbuhan KDNK suku ketiga Malaysia pada 5.3 peratus
KDNK Malaysia bagi suku ketiga 2024 dijangka berkembang pada 5.3 peratus tahun ke tahun dipacu oleh pertumbuhan berterusan penggunaan domestik.
Tema APEC 2024 selaras dengan tema 'Keterangkuman dan Kelestarian' ASEAN 2025
Tema AELW 2024, "Empower, Include, Grow", selaras dengan tema ASEAN 2025 iaitu "Keterangkuman dan Kelestarian" yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan.
Bursa Malaysia ditutup rendah, cerminkan sentimen serantau lemah
Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis walaupun mencatatkan kenaikan semasa sesi dagangan awal.