KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini gagal dalam permohonan untuk melucut hak 2,435 unit barang kemas, tujuh utas jam tangan dan 29 beg tangan berjenama bernilai RM80 juta yang disita dari sebuah premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd, yang didakwa milik Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Ini berikutan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin yang menolak permohonan pendakwaan selaku pemohon untuk melucut hak barangan tersebut yang disita oleh polis di Pavilion Residence pada 17 Mei 2018.
Dalam penghakimannya, Muhammad Jamil berkata, pemohon gagal membuktikan kesemua barangan yang disita itu adalah hasil daripada penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim itu turut menolak permohonan pihak pendakwaan untuk menggantung pelaksanaan keputusan tersebut sementara menunggu rayuan difailkan dan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.
Najib dan Rosmah merupakan pihak ketiga dalam permohonan itu.
Mana-mana pihak ketiga yang mendakwa mempunyai kepentingan ke atas barangan yang dirampas boleh hadir di mahkamah untuk mengemukakan alasan mengapa barangan itu tidak boleh dilucut hak kepada kerajaan.
Pada 2019, pendakwaan memfailkan permohonan pelucuthakan terhadap Obyu Holdings untuk melucut hak barangan tersebut dan wang tunai berjumlah RM114,164,393.44 yang didakwa milik UMNO dan Najib.
Bagaimanapun kerajaan gagal melucut hak wang itu.
Barangan tersebut didakwa hasil aktiviti haram yang dikaitkan dengan skandal dana 1MDB, disita di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
Barangan kemas dan beg tangan didakwa milik Rosmah manakala jam tangan milik Najib.
Dalam keputusannya, Hakim Muhammad Jamil berkata pegawai penyiasat pengubahan wang haram Supt Foo Wei Min gagal membuktikan bahawa jam tangan yang disita itu hasil daripada pecah amanah atau harta curi.
"Perlakuan kesalahan predikat (aktiviti haram) tidak dibuktikan, maka tidak timbul isu bahawa jam tangan yang disita diperoleh berkaitan dengan perlakuan kesalahan predikat atau menggunakan penyelewengan dana 1MDB," katanya.
Muhammad Jamil berkata wang berjumlah US$247,599,466 telah dibayar oleh Blackstone Asia Real Estate Partners dan beberapa pihak lain kepada 31 syarikat pengeluar dan penjual barangan kemas untuk pembelian barang kemas.
"Perlakuan kesalahan predikat tidak dibuktikan, maka tidak timbul isu bahawa barang kemas yang disita berkaitan dengan perlakuan kesalahan predikat," katanya.
Bagi 29 beg tangan pula, Muhammad Jamil berkata Supt Foo menyatakan ia telah diterima sebagai hadiah, namun tidak mempunyai keterangan yang kukuh untuk pembuktian.
Sehubungan itu, hakim berkata pemohon (pendakwaan) gagal membuktikan permohonannya untuk melucut hak harta yang disita adalah hasil daripada aktiviti haram dengan menyeleweng dana 1MDB.
"Atas imbangan kebarangkalian, pemohon gagal membuktikan bahawa harta yang disita adalah keterangan yang berhubung dengan perlakuan aktiviti haram. Permohonan pemohon untuk melucut hak 2,435 unit barang kemas, tujuh utas jam tangan dan 29 unit jam tangan ditolak," katanya.
Selepas Muhammad Jamil menyampaikan keputusan, Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadni Khairuddin memohon untuk menggantung keputusan itu mengikut Seksyen 311 Kanun Tatacara Jenayah.
"Kami akan mendapatkan arahan lanjut sama ada untuk merayu atau tidak keputusan hari ini, sebab itu kami mohon untuk menangguhkan keputusan sehingga rayuan difailkan. Pihak pendakwaan akan membuat permohonan secara bertulis.
"Kesan daripada keputusan hari ini barangan yang disita perlu dipulangkan, jadi sekiranya keputusan hari ini tidak digantung, rayuan pihak pendakwaan akan menjadi sia-sia," katanya.
Bagaimanapun peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata Seksyen 311 Kanun Prosedur Jenayah tidak terpakai dalam perkara itu untuk saman pelucuthakan sebaliknya ia terpakai dalam prosiding jenayah.
"Oleh itu saya memohon Yang Arif menolak permohonan pihak pendakwaan. Rakan saya telah menyatakan bahawa mereka mengemukakan permohonan untuk Peguam Negara mempertimbangkan sama ada untuk merayu atau tidak. Jadi berdasarkan ketidakpastian, tidak boleh ada perintah untuk penangguhan pelaksanaan," katanya.
Hakim Muhammad Jamil kemudian menolak permohonan pendakwaan untuk menggantung keputusan itu kerana beliau telah memutuskan bahawa harta yang disita bukan diperoleh berkaitan dengan aktiviti haram.
- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 14 2022

Kerajaan gagal dalam permohonan untuk melucut hak 2,435 unit barang kemas, tujuh utas jam tangan dan 29 beg tangan berjenama bernilai RM80 juta yang didakwa milik Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Gambar fail
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.