PUTRAJAYA: Peningkatan tenaga kerja profesional dan kompeten golongan bumiputera berasaskan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) adalah antara fokus kerajaan ke arah usaha memperkasakan TVET, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata fokus berkenaan termasuk meningkatkan penglibatan bumiputera dalam kerjaya berkemahiran, selain merancakkan pembangunan teknousahawan bumiputera dan melonjakkan penghasilan Huffaz berkemahiran.
"Pemerkasaan TVET sebagai pilihan kerjaya utama adalah penting untuk memenuhi keperluan pasaran tenaga kerja semasa dan masa depan.
"Ketika ini terdapat 1,345 penyedia TVET awam, dan swasta yang dikawal selia oleh 12 kementerian, termasuk 24 instistusi TVET kerajaan negeri yang menyediakan pengajian serta latihan peringkat sijil dan diploma," katanya kepada Bernama sempena Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 yang dijadualkan berlangsung pada 29 Feb hingga 2 Mac ini.
Ahmad Zahid berkata beliau percaya bahawa institusi TVET dalam negara ketika ini mencukupi untuk menampung kemasukan pelajar semasa, dan keperluan penambahan institusi TVET adalah bergantung kepada enrolmen kemasukan pelajar dari semasa ke semasa.
Ditanya mengenai bidang baharu TVET yang perlu dipelopori memandangkan saban hari terdapat pelbagai teknologi baharu yang diperkenalkan, beliau berkata sistem pendidikan TVET negara akan memberi tumpuan kepada bidang baharu antaranya kenderaan elektrik (EV), kecerdasan buatan (AI), komunikasi dan digital serta tenaga solar.
"Antara pendekatan yang akan diambil adalah dengan menjalin kerjasama antara negara luar yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkaitan seperti China, Jepun dan Jerman.
"Kerjasama ini bakal memberi manfaat kepada pelajar tempatan untuk mendapat pendedahan kemahiran dalam bidang baharu daripada syarikat luar yang beroperasi di Malaysia," katanya.
TVET kini mendapat perhatian serius daripada kerajaan dengan Dasar TVET Negara dijangka dibentang di Kabinet pada Mac depan sebelum dilancarkan pada 2 Jun bersempena Hari TVET Negara.
Ahmad Zahid sebelum ini juga dilaporkan berkata kerajaan berhasrat menghantar pelajar Malaysia mengikuti pengajian dalam bidang TVET di China selaras dengan Dasar Pandang Ke Timur 2.0.
Menurutnya perancangan itu adalah antara usaha kerajaan memperkasa TVET negara, dan kerajaan berhasrat menghantar lebih ramai pelajar Malaysia mengambil jurusan itu di Jepun dan Korea Selatan.
Pada 14 Feb lepas ketika Majlis Prapeluncuran KEB 2024, Ahmad Zahid berkata 10 kumpulan meliputi 10 sektor akan diwujudkan pada KEB 2024 iaitu Reformasi Pendidikan dan Modal Insan; Institusi TVET Pilihan Kerjaya Utama dan Pengukuhan Industri Halal.
Kumpulan lain ialah Pembangunan Desa dan Pemerkasaan Masyarakat Orang Asli; Penciptaan Kekayaan dan Penguasaan Korporat; Daya Saing Perusahaan Bumiputera; Penguasaan Teknologi Baharu; Felda dan Tanah Wilayah; Sosioekonomi Bumiputera Sabah serta Sosioekonomi Bumiputera Sarawak.
Bertemakan "Positif, Progresif, Inovatif", KEB 2024 ialah landasan penting dalam mencari jalan lebih serius bagi memperkasakan ekonomi bumiputera khususnya dalam aspek teknologi baharu dan pelan futuristik untuk generasi akan datang.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam berkata KEB 2024 menjadi antara agenda penting Kerajaan MADANI bagi merombak serta melonjak pembangunan sosioekonomi bumiputera secara menyeluruh supaya berkembang maju secara progresif dan inovatif.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 27 2024

AHMAD ZAHID: Pemerkasaan TVET sebagai pilihan kerjaya utama adalah penting untuk memenuhi keperluan pasaran tenaga kerja semasa dan masa depan. - Gambar fail/BERNAMA

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.

Peluang bidang TVET terbuka luas untuk pelajar lepasan SPM - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata sebanyak 402,956 calon berdaftar telah menamatkan peperiksaan SPM hari ini.

Pelan Kemajuan Negeri Johor 2030 dilancar Mac ini - Exco
Kerajaan negeri akan melancarkan Pelan Kemajuan Halal Negeri Johor 2030 pada Mac ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid.

Kerjasama institusi pengajian tinggi dengan industri, elak ketidaksepadanan dalam pasaran kerja
Kerjasama antara institusi pengajian tinggi di Malaysia dengan syarikat industri sangat diperlukan dalam usaha melahirkan modal insan yang mampu memenuhi keperluan dan permintaan industri.

TVET mampu atasi pengangguran belia
Permintaan tinggi terhadap tenaga kerja mahir menjadikan graduan TVET pilihan utama majikan.

Syarat ujian asas fardu ain akan diperluas ke institusi MARA yang lain - TPM Zahid
Ujian asas fardu ain sebagai syarat wajib memasuki institusi TVET GiatMARA, akan diperluas ke institusi pendidikan MARA yang lain.

Khazanah peruntuk RM200 juta untuk latih 11,000 belia melalui K-Youth
Khazanah peruntuk RM200 juta bagi Program Pembangunan Belia Khazanah (K-Youth) tahun ini bertujuan melatih dan membangunkan 11,000 belia Malaysia dalam sektor utama.

TPM arah KEMAS kemuka cadangan tambah baik skim perjawatan kepada JPA
KEMAS diarah untuk mengemukakan cadangan penambahbaikan skim perjawatan kakitangan KEMAS kepada JPA sebagai penyelesian kepada 9,719 kakitangan KEMAS yang masih berstatus kontrak.