Kerajaan diminta bersikap telus dan jujur terhadap dakwaan peranan membantu CIA demi mengelak imej negara tercalar akibat membantu agensi perisikan Amerika Syarikat itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, sejarah beberapa pengganas yang menggunakan negara sebagai pangkalan operasi dilihat antara faktor dakwaan itu dibuat laporan Senat AS.
"Malaysia (kerajaan) kena telus dalam isu CIA ini. Orang kata kita kerjasama dengan AS dan bantu CIA dalam peranannya menyiksa tahanan.
"Kita tidak mahu imej negara tercalar, sebab itu penjelasan perlu diberi segera untuk maklumat kepada orang ramai," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Nur Jazlan mengulas dakwaan Ketua Angkatan Muda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad mengenai laporan Senat AS yang memperincikan penyeksaan tahanan oleh CIA, yang mendakwa penglibatan Malaysia dalam membantu agensi perisikan itu.
Meskipun usaha memerangi keganasan sangat penting dan menjadi keutamaan, Malaysia tidak patut mengkompromi integriti moral dengan cara ini," kata ketua Pemuda PKR itu hari ini.
Laporan itu antara lain menyenaraikan Malaysia sebagai negara sekutu dalam perang AS melawan keganasan, di mana Malaysia dikatakan menyediakan pusat tahanan rahsia yang menggunakan penyeksaan ke atas tahanan.
Nik Nazmi berkata, seawal Februari tahun lalu, pertubuhan Open Society Justice Initiative mengeluarkan laporannya bertajuk 'Globalising Torture: CIA Secret Detention and Extraordinary Rendition', mendedahkan peranan Malaysia dalam dua kes membantu CIA.
Nik Nazmi turut merujuk bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang lantang bersuara mengkritik polisi Washington.
"Apa yang dilihat ialah – berbeza dengan dakwaan Tun Dr Mahathir (Mohamad) – Malaysia tidak ada masalah bekerjasama dengan Amerika Syarikat dalam hal ini," kata Nik Nazmi.
Laporan yang mengambil masa bertahun-tahun untuk dihasilkan itu mencatatkan sejarah program CIA tentang 'Rendition, Detention and Interrogation', yang diberi kuasa oleh Presiden George Bush selepas serangan 11 September, 2001.
Selepas dilantik pada 2009, pengganti Bush, Barack Obama mengharamkan apa yang dipanggil 'teknik soal siasat yang diperkemaskan," yang dikecam pengkritik sebagai penyeksaan.
Dalam pada itu kata Nur Jazlan, kerajaan juga diharap dapat menjelaskan isu berkenaan dalam tempoh masa singkat.
"Sekarang kerajaan kena telus dalam isu pengganas, kemungkinan kerjasama dengan CIA atau tidak ada apa-apa harus diperjelaskan segera kepada rakyat," jelasnya.
Astro Awani
Wed Dec 10 2014
NUR JAZLAN: Kerajaan diminta telus dakwaan kerjasama dengan CIA - Gambar fail
AWANI 7:45 [26/11/2024] – Risiko banjir besar hujung tahun | Ramai tak bayar bil elektrik | Bunuh, simpan mayat ibu | Tak cukup syarat nikah
- Luruan monsun hingga hujung bulan, hujan sangat lebat, angin kencang, kaut bergelora
- Tunggakan bil elektrik seluruh negara cecah RM1 bilion, lebih 600,00 akaun dipotong
- Pastor didakwa bunuhm simpan mayat ibu dalam peti sejuk sejak tiga tahun lalu
- Perkahwinan bintang sensasi Indonesia, Rizky-Mahalini tidak sah
- Tunggakan bil elektrik seluruh negara cecah RM1 bilion, lebih 600,00 akaun dipotong
- Pastor didakwa bunuhm simpan mayat ibu dalam peti sejuk sejak tiga tahun lalu
- Perkahwinan bintang sensasi Indonesia, Rizky-Mahalini tidak sah
APM Kelantan tangkap ular sawa batik seberat 50 kg
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan menangkap seekor ular sawa batik seberat 50 kilogram di Kampung Baru Star, di sini semalam.
AWANI Ringkas: PAGS | Pemilikan Rumah | Pelaburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Selangor dinamik | Cita sempurna Malaysia MADANI
Apakah fokus dan strategi Kerajaan Negeri Selangor dalam mengurus dan meneruskan pembangunan memacu agenda ekonomi negeri serta meningkat kesejahteraan rakyat? Ikuti temubual mengenai Belanjawan Negeri Selangor 2025 bersama Datuk Seri Amirudun Shari, Menteri Besar Selangor dalam Agenda AWANI 9.00 malam ini.
#AWANIRingkas 26 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 26 November 2024
1️⃣ Fasiliti terbaharu pastikan keselamatan penumpang
2️⃣ Pelaksanaan skim RTO diteruskan - Kor Ming
3️⃣ Lawatan PM ke Korea raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
#awaniringkas
1️⃣ Fasiliti terbaharu pastikan keselamatan penumpang
2️⃣ Pelaksanaan skim RTO diteruskan - Kor Ming
3️⃣ Lawatan PM ke Korea raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
#awaniringkas
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bekas anggota CIA dipenjara, bocor rahsia ke WikiLeaks
Joshua Schulte didapati bersalah atas tuduhan pengintipan dan lain-lain kesalahan pada 2022, dalam tragedi yang digelar 'Pearl Harbor digital.'
Ketua CIA adakan lawatan sulit ke Ukraine
Pengarah CIA William Burns bertemu dengan Presiden Volodymyr Zelenskyy dan pegawai perisikan tertinggi Ukraine pada Jun lalu.
Amerika Syarikat akan keluarkan laporan siasatan pembunuhan Jamal Khashoggi
Ia dijangka akan mengaitkan pembunuhan itu secara langsung dengan Putera Mahkota Arab Saudi.
Dakwaan Kim Jong Un koma meragukan - Penganalisis
Tiada petunjuk jelas bahawa Jong Un sedang koma atau sakit pada masa ini.
Desas-desus adik bakal ganti Kim Jong-un, AS kumpul maklumat mengenai Kim Yo Jong
Untuk rekod, Jong-un tidak muncul di khalayak ramai sejak mempengerusikan mesyuarat bersama Parti Politburo, 11 April lalu.
Ukraine dakwa tangkap komander tertinggi Daish
Badan itu menerusi kenyataan di Facebook pada Jumaat memaklumkan, Al Bar Shishani, yang merupakan warga Georgia, ditahan di wilayah Kyiv.
LTTE antara kumpulan pemberontak paling ganas - Pakar Keselamatan
Pemberontak Tamil Eelam (LTTE) merupakan badan perjuangan pemberontak paling ganas di dunia.
Abang tiri Kim Jong-un pemberi maklumat kepada CIA?
Laporan itu selanjutnya memetik sumber yang rapat dengan siasatan itu sebagai berkata, terdapat rangkaian yang rapat antara Jong Nam yang telah terbunuh di Malaysia pada 2017, dan CIA.
Meskipun sedikit terlewat, CIA umum bakal miliki akaun Instagram
Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS) bakal melancarkan akaun Instagram.
Dakwaan kerjasama Pakatan Harapan dengan IRI perlu disiasat - Najib
Perlu ada siasatan rapi mengenai dakwaan yang mengatakan Pakatan Harapan telah bekerjasama dengan Institut Republikan Antarabangsa di AS.