Kerajaan digesa membina lebih banyak rumah kos rendah yang berharga antara RM100,000 dan RM120,000 untuk golongan miskin bandar di ibu kota.
Pengerusi Majlis Perunding Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Bandar Tun Razak, Azman Abidin berkata ramai pemohon Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) masih dalam senarai menunggu kerana bilangan unit rumah yang terhad.
"Ada yang terpaksa menjadi gelandangan, tumpang tidur di rumah-rumah kedai dan ada juga dalam kalangan mereka hanya berpendapatan RM600 sahaja setiap bulan," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di sini, pada Selasa.
Katanya berdasarkan statistik DBKL, terdapat 27,000 pemohon PPR dan PA namun setakat 2018, hanya 6,000 pemohon yang layak menduduki kediaman itu.
"Malangnya rumah-rumah tersebut hanya mempunyai 300 unit sahaja untuk disewa dan selebihnya mereka terpaksa diletakkan dalam senarai menunggu untuk mengisi kekosongan.
Azman berkata meskipun kerajaan telah berusaha membina lebih banyak rumah mampu milik seperti Residensi Wilayah di ibu kota, namun harganya masih mahal iaitu bermula dari RM250,000 ke atas.
"Harga rumah mampu milik sepatutnya terletak di median harga antara RM100,000 dan RM150,000. Jika seorang pekerja kerajaan kelulusan ijazah, itu sahaja rumah mampu milik. Sekarang kebanyakan projek perumahan mampu milik semua bermula dari RM300,000 ke atas.
Buat kecil-kecil, tidak perlu kawasan yang luas, mungkin dalam 700 hingga 900 kaki persegi agar golongan B40 boleh membelinya, tetapi sekarang banyak pemaju yang bina kondominium mewah daripada membina rumah mampu milik," katanya.
Azman turut mencadangkan agar pembinaan rumah mampu milik itu turut dilengkapi dengan kemudahan parkir yang mencukupi.
"Selalunya setiap unit rumah akan dibekalkan satu lot parkir, namun saya mencadangkan agar dibina juga lot-lot parkir yang diselenggarakan oleh JMB (Badan Pengurusan) dengan harga sewa bulanan yang berpatutan," katanya.
Katanya meskipun kerajaan pusat telah membina parkir bertingkat untuk penghuni-penghuni PPR dan PA, namun harga sewa parkir yang mencecah RM60 sebulan masih lagi mahal bagi golongan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 19 2019

Harga rumah mampu milik sepatutnya terletak di median harga antara RM100,000 dan RM150,000. - Gambar hiasan/Bernama

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

KPDN rampas 5,500 barangan tiruan bernilai RM360,000 di Petaling Street
KPDN merampas 6,500 unit barangan yang disyaki tiruan bernilai RM360,000 daripada 20 premis di sekitar Jalan Petaling di sini hari ini.

Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan - Fadhlina
Kementerian Pendidikan menerima baik cadangan DBKL untuk membina sekolah 17 tingkat di sekitar pusat bandar raya namun perlu diteliti dari aspek keselamatan dan kesesuaiannya.

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

Pemberian lesen bazar Ramadan telus - Dr Zaliha
Kaedah pemberian lesen bazar Ramadan di ibu negara tahun ini akan dijalankan secara telus termasuk cabutan undi petak dilaksanakan DBKL.

DBKL sita barang perniagaan di laluan awam
Sebanyak tiga kes tindakan sita dijalankan menerusi peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur
DBKL telah diberikan tanggungjawab untuk menganggotai Jawatankuasa Kecil Kesejahteraan Awam di peringkat nasional.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Februari 2025.

Perkembangan siasatan dalaman salah laku projek DBKL diketahui minggu ini
Perkembangan siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat DBKL yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta akan diketahui minggu ini.

Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha
Dr Zaliha minta DBKL menyegerakan bancian bagi memuktamadkan bilangan peniaga di kawasan Pasar Dato Keramat dalam tempoh dua minggu.

DBKL diminta selesaikan kerja naik taraf Jalan Melayu sebelum Ramadan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta memastikan kerja-kerja menaik taraf Jalan Melayu di sini, dapat diselesaikan sebelum Ramadan pada awal Mac ini.