Kebebasan beragama di negara ini adalah selaras dengan prinsip agama Islam di mana tidak wujud unsur paksaan.
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kerajaan Barisan Nasional (BN) berpegang teguh kepada prinsip ini.
Katanya, sekiranya berlaku paksaan maka pihak yang terlibat harus membuat aduan dan ianya tidak menggambarkan pendekatan serta dasar kerajaan.
“Kita dari segi kerajaan, kita pegang pada prinsip dalam Islam tidak ada paksaan. Dalam Islam, ada ayat bermaksud tiada paksaan jika seseorang hendak memeluk Islam
“Kita berpegang pada prinsip ini. Kalau ada berlaku (paksaan), buat aduan kepada ketua menteri kepada kita semua,” kata Najib pada ucapan Persidangan Perwakilan Tahunan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) di sini hari ini.
Tegas beliau, jika ianya tetap berlaku, ia bukanlah dasar kerajaan tetapi sebaliknya datang dari individu-individu tertentu.
Beliau menjawab aduan daripada Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup yang meminta pihak kerajaan agar campur tangan dalam soal kebebasan hak beragama di negeri Sabah.
Dalam pada itu Najib turut menekankan bahawa kerajaan BN akan tetap memperjuangkan nasib penduduk kawasan luar bandar dan ia dibuktikan dalam pembentangan bajet 2016.
"Tan Sri Joseph Kurup adalah antara menteri dalam kabinet yang selalu mengingatkan saya dan anggota kabinet bahawa kekuatan kita ialah di luar bandar, dan sebab itulah kita perlu memastikan pembangunan luar bandar harus diberi keutamaan tinggi.
“Kita mesti pastikan setiap kelompok yang berada di luar bandar merasai bahawa kerajaan Barisan Nasional memberi perhatian berat kepada kesejahteraan mereka dan sebab itulah dalam Bajet 2016, saya telah masukkan penekanan kepada pembangunan luar bandar," katanya lagi.
Najib yang dalam rangka lawatan ke Sabah, tiba di Kota Kinabalu pada Sabtu dan turut merasmikan bendera serta logo baru parti PBRS.
Ridzal Abdullah
Sun Nov 01 2015

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama pemimpin BN Sabah dan penyokong PBRS melaungkan Hidup BN selepas selesai menyampaikan ucapan perasmian pada Persidangan Tri-Tahunan parti PBRS. - Foto BERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kerajaan berpegang kepada prinsip kebebasan beragama - Najib
Kebebasan beragama di negara ini adalah selaras dengan prinsip agama Islam di mana tidak wujud unsur paksaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.