KUALA LUMPUR: Kerajaan mengambil pendekatan berhati-hati terhadap perkembangan global terkini khususnya isu bekalan makanan dan kenaikan harga bahan makanan yang menjejaskan kesejahteraan Keluarga Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata bagi menangani krisis ekonomi yang berlaku akibat pandemik dan konflik Rusia-Ukraine, kerajaan telah merangka tindakan jangka pendek, sederhana dan panjang untuk menstabilkan bekalan dan harga makanan.
Ismail Sabri berkata krisis berkenaan mengakibatkan Malaysia, rantau Asia serta rantau lain di dunia mendapat bahananya, dengan rantaian bekalan global terjejas akibat fenomena itu menyebabkan harga bahan makanan dunia meningkat melebihi 30 peratus.
Menurutnya menerusi tindakan jangka pendek, kerajaan mengumumkan untuk membatalkan kelulusan kuota import (AP) barangan makanan dari luar negara serta merta dan menyekat pengeksportan ayam ke luar negara.
"(Selain itu) memperkenalkan bantuan kewangan secara terus kepada rakyat terutamanya golongan B40 mulai 1 Julai ini, mewujudkan Tabung Agromakanan dengan dana berjumlah RM500 juta melalui pemberian pinjaman mudah kepada pemain-pemain industri agromakanan dan mewujudkan stok penimbal untuk ayam, daging dan ikan bagi memastikan bekalan makanan mencukupi," katanya.
Perdana Menteri berkata demikian ketika merafak sembah ucapan tahniah sempena Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan yang berlangsung di Istana Negara, di sini hari ini.
Istiadat berkenaan bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Ismail Sabri berkata lima langkah jangka pendek itu merupakan pendekatan kerajaan dalam melindungi seluruh Keluarga Malaysia daripada beban kenaikan harga barangan, selain pelbagai subsidi yang dijangka mencecah RM71 bilion tahun ini.
Beliau berkata langkah itu disusuli beberapa langkah jangka masa sederhana dan panjang untuk menstabilkan bekalan dan harga makanan.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata Malaysia akan terus menyuarakan pendirian dalam menjaga kepentingan dan kedaulatan negara serta membawa suara keamanan sejagat di arena antarabangsa.
Beliau berkata beberapa siri lawatannya ke luar negara baru-baru ini jelas membuktikan jalinan kerjasama yang baik serta hubungan diplomatik kukuh antara Malaysia dengan negara-negara luar.
Selain itu, kerajaan akan terus bekerja dalam semangat keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran sebagai Keluarga Malaysia yang merentasi fahaman politik dan ideologi demi kesejahteraan semua.
Katanya, segala cabaran akan terus didepani bersama secara kolektif, dengan mencari titik persamaan dan mengenepikan perbezaan.
Sementara itu, bagi memastikan setiap Keluarga Malaysia tidak tercicir dalam arus pembangunan negara, Perdana Menteri berkata kerajaan sentiasa menambah baik program agenda perlindungan sosial di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Beliau berkata kerajaan telah melaksanakan fasa pertama Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia pada bulan lepas, melibatkan 80 lokaliti bandar dan luar bandar termasuk perkampungan Orang Asli bagi membawa mereka keluar dari kepompong kemiskinan.
"Kehidupan rakyat miskin dan berpendapatan rendah terus dibela, supaya mereka dapat menikmati kehidupan yang selesa," katanya.
Mengenai fasa peralihan ke endemik di negara ini, Ismail Sabri berkata bermula 1 Mei lepas, pelbagai kelonggaran diperkenalkan bagi mengembalikan kehidupan dan meningkatkan semula semangat rakyat.
Bagaimanapun, beliau berkata pada masa sama, Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus memantau situasi semasa jangkitan COVID-19 dan bekerjasama dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk memastikan kestabilan kesihatan awam berada pada tahap memuaskan serta berfungsi dengan baik.
Perdana Menteri dalam ucapannya bagi mewakili pihak kerajaan, perkhidmatan awam dan rakyat turut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka.
"Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, Raja Permaisuri Agong dan seluruh ahli keluarga sentiasa dikurniakan Allah SWT kesihatan, dilanjutkan usia dan dianugerahkan dengan setinggi-tinggi kemuliaan.
"Tuanku payung kepada rakyat dan patik serta sekalian rakyat tumpang berteduh. Semoga Tuanku berdua terus bersemayam di atas singgahsana dengan kedaulatan, dengan segala kehormatan serta kebesaran dan sentiasa dalam perlindungan Allah SWT jua," katanya mengakhiri ucapan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 06 2022
![Kerajaan berhati-hati perkembangan global khususnya isu bekalan makanan - PM Kerajaan berhati-hati perkembangan global khususnya isu bekalan makanan - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41654494211_TBagong.jpg)
Yang di-Pertuan Agong (kanan) berkenan berbual bersama Perdana Menteri pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara hari ini. - Foto BERNAMA
![Perodua tingkat perbelanjaan modal kepada RM1.6 bilion pada 2025 Perodua tingkat perbelanjaan modal kepada RM1.6 bilion pada 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81613713139_PERODUALOGO.jpg)
Perodua tingkat perbelanjaan modal kepada RM1.6 bilion pada 2025
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) meningkatkan perbelanjaan modal (capex) kepada RM1.6 bilion tahun ini.
![Visi perpaduan Tunku Abdul Rahman kekal relevan - Aaron Visi perpaduan Tunku Abdul Rahman kekal relevan - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738940860_AaronAgo.jpg)
Visi perpaduan Tunku Abdul Rahman kekal relevan - Aaron
Visi perpaduan dalam kepelbagaian yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj masih relevan sehingga ke hari ini.
![Keganasan lebih buruk akan berlaku di timur Congo - Ketua Hak Asasi Manusia PBB Keganasan lebih buruk akan berlaku di timur Congo - Ketua Hak Asasi Manusia PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738939880_congo.jpg)
Keganasan lebih buruk akan berlaku di timur Congo - Ketua Hak Asasi Manusia PBB
Aktivis hak asasi manusia melaporkan penganiayaan oleh pemberontak dan tentera Rwanda.
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
![Program Pemimpin Masa Depan JSJ uji ketahanan mental, fizikal anggota polis Program Pemimpin Masa Depan JSJ uji ketahanan mental, fizikal anggota polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735466794_AyobKhanMydinPitc.jpg)
Program Pemimpin Masa Depan JSJ uji ketahanan mental, fizikal anggota polis
Seramai 30 pegawai dan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menyertai Program Pemimpin Masa Depan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) PDRM 2024 yang diadakan dari 16 Dis hingga hari ini.
![Kebuluran semakin tenat di Gaza - WFP Kebuluran semakin tenat di Gaza - WFP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735359581_Palestinians.jpg)
Kebuluran semakin tenat di Gaza - WFP
Menurut WFP, pihaknya hanya dapat membawa masuk kira-kira satu pertiga daripada bekalan makanan yang diperlukan.
![Bekalan makanan mencukupi sepanjang Monsun Timur Laut - Mohamad Sabu Bekalan makanan mencukupi sepanjang Monsun Timur Laut - Mohamad Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723461785_tbMohamadSabu.jpg)
Bekalan makanan mencukupi sepanjang Monsun Timur Laut - Mohamad Sabu
Bekalan makanan dijangka mencukupi untuk menampung keperluan rakyat sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL), kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
![KPKM jamin bekalan makanan keperluan Aidilfitri mencukupi KPKM jamin bekalan makanan keperluan Aidilfitri mencukupi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712370744_MohamadSabu.jpg)
KPKM jamin bekalan makanan keperluan Aidilfitri mencukupi
Pihak kementerian memberi jaminan bekalan daging, ayam dan sayur sayuran cukup sepanjang sambutan Aidilfitri.
![ICJ arah Israel ambil tindakan atasi kebuluran di Gaza ICJ arah Israel ambil tindakan atasi kebuluran di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710934693_Palestinians.jpg)
ICJ arah Israel ambil tindakan atasi kebuluran di Gaza
ICJ berkata, rakyat Palestin di Gaza menghadapi keadaan hidup yang teruk, kelaparan dan kebuluran semakin meruncing.
![UAE umum ketibaan kapal pertama bawa bantuan di Gaza UAE umum ketibaan kapal pertama bawa bantuan di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710586385_cargoship.jpg)
UAE umum ketibaan kapal pertama bawa bantuan di Gaza
Bantuan itu dihantar melalui koridor maritim yang dilancar dari Pelabuhan Larnaca di Cyprus ke Gaza dengan kerjasama UAE, World Central Kitchen (WCK) dan Cyprus.
![KPKM bersedia hadapi kesan El Nino terhadap sektor agromakanan KPKM bersedia hadapi kesan El Nino terhadap sektor agromakanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710147771_MalaysiaPadi.jpg)
KPKM bersedia hadapi kesan El Nino terhadap sektor agromakanan
Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, persediaan untuk menghadapi fenomena itu dilakukan oleh agensi di bawah KPKM antaranya MADA, KADA dan IADA.
![Anggota keselamatan hantar bantuan banjir di utara Bolivia Anggota keselamatan hantar bantuan banjir di utara Bolivia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709517481_Bolivia.jpg)
Anggota keselamatan hantar bantuan banjir di utara Bolivia
Pihak berkuasa tiba di lokasi yang terputus akses akibat banjir dengan menggunakan perahu dan berjaya mengagihkan bekalan.
![Amnesty International, OIC desak siasatan segera terhadap serangan bantuan di Gaza Amnesty International, OIC desak siasatan segera terhadap serangan bantuan di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709246264_Palestinians.jpg)
Amnesty International, OIC desak siasatan segera terhadap serangan bantuan di Gaza
Amnesty International menggesa siasatan segera terhadap pembunuhan lebih 100 rakyat Palestin yang menunggu bekalan makanan di Gaza oleh tentera Israel.
![Tiada konvoi bantuan PBB sampai ke utara Gaza sejak 23 Januari Tiada konvoi bantuan PBB sampai ke utara Gaza sejak 23 Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81709103722_TBPalestinianchil.jpg)
Tiada konvoi bantuan PBB sampai ke utara Gaza sejak 23 Januari
UNRWA mempunyai bekalan makanan di sempadan dengan Gaza yang mampu memenuhi keperluan sehingga 2.2 juta penduduk di seluruh Semenanjung Gaza.