Kerajaan belum memutuskan sama ada akan meneruskan atau tidak, pemberian Baucer Buku 1Malaysia kepada pelajar universiti dan pra universiti yang layak pada tahun hadapan.
Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, kementerian masih belum berbincang mengenai status baucer itu yang telah diperkenalkan kerajaan terdahulu.
"Kita (kementerian) belum buat apa-apa perbincangan mengenai perkara ini, ia semua akan bergantung kepada bajet dan sebarang pengumuman berhubung baucer tersebut akan dibuat oleh Menteri Pendidikan (Dr Maszlee Malik) sendiri," katanya kepada pemberita di sini selepas merasmikan Karnival Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di UiTM di sini, hari ini.
Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Ir Dr Abdul Rahman Omar.
Teo berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai status baucer tersebut susulan hasrat kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mahu mengurangkan perbelanjaan negara termasuk mengurangkan bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) seperti diumumkan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad baru-baru ini.
Baucer buku yang diperkenalkan sejak 2012 itu diberikan kepada pelajar yang layak, di mana setiap pelajar menerima baucer bernilai RM200 sebelum bantuan itu dinaikkan kepada RM250 pada 2013.
Sementara itu, Teo dalam ucapannya pada majlis berkenaan menyeru semua pihak termasuk pemain industri pendidikan supaya menguasai bidang sains dan teknologi sebagai usaha menjayakan tranformasi pendidikan negara.
Katanya, langkah itu perlu supaya masyarakat Malaysia menjadi sebuah bangsa yang mampu mencipta, meneroka dan menginovasi produk dan perkhidmatan sekaligus dapat mengharungi cabaran di peringkat gobal.
"Pemikiran lama sebagai bangsa pengguna atau penerima teknologi harus diubah kepada bangsa yang mencipta, meneroka dan menginovasi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 28 2018
Baucer buku yang diperkenalkan sejak 2012 itu diberikan kepada pelajar yang layak, di mana setiap pelajar menerima baucer bernilai RM200 sebelum bantuan itu dinaikkan kepada RM250 pada 2013. - Gambar fail
Papan tanda: tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
AS terus usaha capai genjatan senjata di Lubnan
AS sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai gencatan senjata di Lubnan namun mengingatkan perjanjian masih belum berjaya dicapai.
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
Kerajaan belum putuskan batal atau kekal Baucer Buku 1Malaysia
Kementerian masih belum berbincang mengenai status baucer itu yang telah diperkenalkan kerajaan terdahulu.