KUALA LUMPUR: Kerajaan mengambil maklum laporan kaji selidik Merdeka Center berhubung pentadbiran setahun Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan melihatnya daripada sudut pandang positif, iaitu untuk menambah baik usaha menyelesaikan masalah termasuk isu ekonomi.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dalam kenyataan berkata kerajaan mengambil maklum laporan berkenaan walaupun ia bersifat 'snap shot' atau 'keratan rentas' pada ketika itu.
"Seperti yang disebut Perdana Menteri pada majlis sambutan setahun Kerajaan Perpaduan di Putrajaya pada 23 November, tahun hadapan Kerajaan akan memberi fokus kepada pembangunan ekonomi termasuk pendapatan rakyat.
"Insya-Allah, dengan dasar Ekonomi Madani, Pelan Induk Industri Baru (NIMP) 2030, usaha membanteras rasuah dan menambah baik tadbir urus kerajaan termasuk memudah cara perniagaan dan pelaburan, hala tuju pertumbuhan ekonomi berada pada landasan yang betul," katanya.
Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata demikian bagi mengulas laporan media mengenai kaji selidik Merdeka Center berhubung kadar penilaian kelulusan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri merosot kepada 50 peratus daripada 68 peratus pada Dis 2022.
Anwar dalam responsnya hari ini berkata beliau mengambil maklum perkara itu dan menyatakan bahawa maklum balas itu adalah daripada 1,200 orang dan bukannya 32 juta rakyat Malaysia.
Sementara itu, Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata hasil kajian berkenaan tidak menggambarkan pandangan keseluruhan rakyat Malaysia, sebaliknya hanyalah daripada sekumpulan responden sahaja.
Beliau berkata rating kelulusan yang diterima Anwar itu lebih meyakinkan berbanding kerajaan sebelum ini, misalnya Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu kira-kira 30 peratus dan Tan Sri Muhyiddin Yassin antara 30 hingga 40 peratus.
"Pada saya selepas setahun, kalau betul itu tinjauan mewakili seluruh rakyat Malaysia, kita ada banyak lagi ikhtiar untuk memastikan majoriti rakyat, 32 juta rakyat ini dapat dijaga dengan baik oleh kerajaan," katanya ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV pada malam Jumaat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 24 2023
Fahmi berkata kerajaan mengambil maklum laporan berkenaan walaupun ia bersifat 'snap shot' atau 'keratan rentas' pada ketika itu. - Gambar fail/Bernama
Pemandu mabuk rempuh suami isteri hingga maut didakwa esok
Lelaki disyaki memandu dalam keadaan mabuk dan merempuh pasangan suami isteri hingga maut dalam kemalangan di Jalan Besar/Jalan Mesjid, Pasir Gudang pada 16 Nov lepas akan dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Selasa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
MIMOS akan terus pacu inovasi tenaga lestari
MIMOS Berhad akan terus memacu inovasi dalam bidang tenaga lestari bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi hijau.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
Banjir: Jumlah mangsa di Terengganu berkurang, Johor dan Kelantan tidak berubah
Situasi banjir di Terengganu dilaporkan semakin pulih apabila jumlah mangsa ditempatkan di PPS di negeri itu berkurang manakala jumlah mangsa di Johor dan Kelantan tidak berubah setakat 8 malam ini.
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Kerajaan ambil maklum hasil kaji selidik Merdeka Center, lihat sudut positif - Fahmi
Kerajaan mengambil maklum laporan kaji selidik Merdeka Center berhubung pentadbiran setahun Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan melihatnya daripada sudut pandang positif.
Tinjauan Merdeka Center: Rafizi duduk di kementerian yang salah, rating Anwar jatuh - Penganalisis
Dr. Mohammad Tawfik menambah, rombakan Kabinet perlu disegerakan bagi menyusun semula Kabinet dan melantik menteri yang sesuai.
Isu ekonomi, tingkat pendapatan rakyat jadi tumpuan Kerajaan Perpaduan - Fahmi
Fokus kerajaan bantu golongan berpendapatan rendah dan yang tinggal di kawasan kampung, pedalaman dan luar bandar.