SEREMBAN: Kerajaan akan mengumumkan kelonggaran tiga prosedur operasi standard (SOP) utama yang diguna pakai sejak negara dilanda COVID-19.
Ia melibatkan pemakaian pelitup muka di tempat awam, mengimbas kod QR MySejahtera dan keperluan menjalani Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) di lapangan terbang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiga perkara itu sedang dibincangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan akan diumumkan selepas meneliti kebaikan dan keburukannya.
"Saya tak pasti bila ia akan diumumkan tapi KKM sedang berbincang, bermesyuarat tentang pelitup muka, MySejahtera dan sama ada perlu melakukan ujian PCR-RTK sebaik tiba di lapangan terbang.
"Ada tiga perkara besar, tunggulah kita akan umum. Kita doakan berita gembira," katanya pada sidang akhbar selepas melawat sebuah pusat jagaan kanak-kanak di daerah ini pada Sabtu.
Hadir sama, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dan Senator Datuk Ras Adiba Radzi.
Menurutnya, sebagaimana dimaklumkan sebelum ini kerajaan tidak akan kembali mengetatkan SOP dan kelonggaran akan diberi dari semasa ke semasa.
Jelas beliau, kelonggaran diberi sememangnya menggembirakan rakyat tetapi pada masa sama ada yang bimbang jika terlampau diberi kebebasan.
"Itu sebabnya kena seimbangkan. Jika kita terlampau bebas, rakyat takut tapi seperti saya kata, kerajaan tidak akan mengundur ke belakang dan beri kelonggaran dari semasa ke semasa.
"Sekarang ini kita dah boleh balik kampung beraya dan sebagainya tapi masih perlu memakai pelitup muka, walaupun tiada lagi penjarakan fizikal seperti dulu yang menyebabkan tindakan boleh diambil jika ada melanggarnya " katanya.
Sebelum ini, media melaporkan lebih banyak kelonggaran SOP yang diguna pakai sejak negara dilanda COVID-19 dijangka diumumkan dalam beberapa minggu akan datang.
Difahamkan, antara lain ia membabitkan kelonggaran terhadap arahan mewajibkan pemakaian pelitup muka ketika berada di tempat awam yang dikuatkuasakan sejak 1 Ogos 2020.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, berikutan kejayaan pengurusan COVID-19 dalam negara yang kini menyaksikan jangkitan semakin terkawal selain penurunan kes kemasukan ke hospital, KKM dijangka mengumumkan sedikit kelonggaran dari semasa ke semasa.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN
Sinar Harian
Sat Apr 23 2022
Ismail Sabri pada sidang akhbar selepas melawat sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Seremban. - Foto Sinar Harian
Dr Wan Azizah cadang wujudkan 'rumah kucing'
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan supaya 'rumah kucing' diwujudkan bagi menjaga kebajikan kucing gelandangan, terutama di kawasan perumahan kos rendah.
Sami Malaysia ditahan di Thailand, disyaki mencuri di kuil
Pihak polis Chang Phueak di Chiang Mai menerima laporan mengenai kehilangan barangan berharga daripada wat itu.
Pendapatan Selangor tidak hanya bergantung kepada hasil tanah - Amirudin
Amirudin berkata pentadbirannya tidak hanya bergantung kepada hasil tanah dan sumbangan kerajaan Persekutuan dalam menambah hasil negeri.
Keputusan ceburi bidang sukan bawa tuah buat 'Pocket Rocketman'
Biarpun keputusan yang diambil ketika beliau berusia 15 tahun itu amat berat, Azizulhasni nekad demi mengejar impiannya.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
AWANI 7:45 [20/11/2024] – Delegasi perniagaan bayar RM4.5 juta | Perolehan aset luar negara | Penjenayah perang | Polis 'curi tulang'
Kerajaan jimat hampir RM1 juta, PM ke lima negara.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Kerajaan akan umum kelonggaran tiga SOP utama - PM
Melibatkan pemakaian pelitup muka di tempat awam, mengimbas kod QR MySejahtera dan keperluan menjalani Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) di lapangan terbang.
Individu lengkap divaksin di negeri Fasa Dua dan seterusnya dibenar 'dine-in' - Muhyiddin
Muhyiddin menyampaikan pengumuman khas berkaitan kemudahan-kemudahan untuk individu yang telah menerima vaksin lengkap, pada petang Ahad.
COVID-19: Jika terkawal, KKM cadang longgar SOP - Dr Noor Hisham
KKM akan mengesyorkan kerajaan supaya prosedur operasi standard (SOP) dilonggarkan di beberapa sektor termasuk sektor pendidikan, sukan dan sosial.