Kerajaan akan terus melaksanakan dasar transformasi yang telah ditetapkan bagi memastikan Malaysia menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kerajaan perlu terus bergerak di atas landasan sedia ada kerana tempoh untuk mencapai wawasan itu semakin hampir.
Jelasnya, segala perubahan struktur serta dasar yang diputuskan perlu dilaksana bagi memastikan ekonomi negara dapat terus berkembang pada kadar diantara enam dan tujuh peratus .
Tambah perdana menteri lagi langkah penyelarasan subsidi umpamanya tidak akan dibuat secara mengejut bagi mengurangkan kesannya ke atas rakyat.
Najib berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri 2014 di Putrajaya pagi tadi.
Tegas beliau lagi kerajaan turut komited untuk terus membela nasib golongan berpendapatan rendah, sederhana rendah dan penjawat awam.
Kerajaan juga menurutnya sedia melaksanakan lebih banyak projek pembangunan disamping pemberian insentif kepada golongan berkenaan apabila ekonomi negara semakin kukuh.
Harris Hardy Hakim
Mon Jan 06 2014
![Kerajaan akan terus laksanakan dasar transformasi - Najib Kerajaan akan terus laksanakan dasar transformasi - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-01/51388981010_295x200.jpg)
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Kerajaan akan terus laksanakan dasar transformasi - Najib Kerajaan akan terus laksanakan dasar transformasi - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-01/51388981010_295x200.jpg)
Kerajaan akan terus laksanakan dasar transformasi - Najib
PM turut berkata bahawa langkah penyelarasan subsidi tidak akan dibuat secara mengejut bagi mengurangkan kesannya ke atas rakyat.