KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Dalam Negeri dalam masa terdekat susulan keputusan kerajaan Indonesia untuk membekukan kemasukan pekerja negara itu ke Malaysia.
“Perbincangan ini bertujuan untuk menangani isu-isu yang berkaitan dengan kemasukan pekerja warga Indonesia ke dalam negara dengan kadar yang segera,” menurut kenyataan Kementerian Sumber Manusia pada Rabu.
Indonesia dilaporkan membeku penghantaran semua pekerja ke Malaysia serta-merta berikutan pelanggaran syarat-syarat dalam memorandum persefahaman (MoU) bagi pengambilan dan perlindungan pekhidmat domestik Indonesia (PDI) di Malaysia.
Duta Besar Indonesia ke Malaysia Hermono mengesahkan bahawa surat rasmi berhubung keputusan ini telah diserahkan kepada Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan pada Selasa.
BACA: Indonesia beku penghantaran pekerja ke Malaysia serta-merta - Laporan
Antara lain, langkah itu diambil berikutan penggunaan Sistem Maid Online (MOS) oleh Jabatan Imigresen Malaysia dalam pengambilan pekhidmat domestik Indonesia merupakan pelanggaran MoU yang ditandatangani pada 1 April lalu.
Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, penggunaan MOS dalam pengambilan pekerja domestik digunakan untuk kesemua 15 negara sumber, bukan hanya tenaga kerja Indonesia.
"Saya nak maklumkan permohonan secara atas talian itu dah umumkan kepada dunia, boleh kita gunakan sistem online tak kan ada orang kata tidak boleh sistem online. Kenapa pula, ini sistem yang kita gunakan,” kata Hamzah pada Rabu.
Pada April lalu, MoU bagi pengambilan dan perlindungan pekhidmat domestik Indonesia di Malaysia yang dimeterai di di Jakarta disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Indonesia Joko Widodo.
Menurut Ismail Sabri, MoU itu antara lain memutuskan untuk menggunakan sistem saluran tunggal bagi kemasukan pekhidmat domestik Indonesia ke Malaysia bagi memastikan hanya majikan yang layak dapat menggajikan pekerja.
Nailah Huda
Wed Jul 13 2022
Duta Besar Indonesia ke Malaysia Hermono mengesahkan bahawa surat rasmi berhubung keputusan ini telah diserahkan kepada Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan pada Selasa. - BERNAMA
Hanya 12 trak bantuan makanan, air diedar ke utara Gaza dalam tempoh 2 setengah bulan
Bantuan kemanusiaan sering dihalang, dengan beberapa trak yang berjaya menghantar bantuan kemudian diserang.
KPDN Pulau Pinang terima 115 aduan berhubung minyak masak paket sejak Januari
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menerima 115 aduan berkaitan minyak masak bersubsidi dalam tempoh Januari sehingga 22 Dis lepas.
AWANI Borneo [23/12/2024] - Mangsa angin kencang | Musim perayaan | Hujung minggu ini
AWANI Borneo Isnin, 23 Disember 2024 bersama Dzulfitri Yusop.
Penduduk penempatan atas air perlukan penempatan lebih sistematik dan kukuh.
Utamakan keselamatan, rai Krismas dengan keceriaan.
Rock In The Jungle bakal gegarkan Gunung Santubong.
Penduduk penempatan atas air perlukan penempatan lebih sistematik dan kukuh.
Utamakan keselamatan, rai Krismas dengan keceriaan.
Rock In The Jungle bakal gegarkan Gunung Santubong.
Rock In The Jungle bakal gegarkan Gunung Santubong
Berlangsung hujung minggu ini, acara Rock In The Jungle bakal menghimpunkan kumpulan-kumpulan rock terkemuka bukan sahaja dari Malaysia, juga negara jiran Singapura dan Indonesia.
TH larang syarikat haji, umrah promosi visa mujamalah, furada
Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang dilesen di bawah Lembaga Tabung Haji tidak dibenarkan mempromosikan pakej visa mujamalah atau furada.
Kerani bank rugi lebih RM100,000 terperdaya 'phone scam'
Seorang kerani bank kerugian RM115,950 selepas terperdaya sindiket penipuan melalui telefon atau 'phone scam' yang menyamar sebagai polis dan pendakwa raya.
Kerja pembaikan SMK Lutong akan dilakukan segera
Kerja-kerja pembaikan asas SMK Lutong, Miri yang terjejas akibat ribut pada hujung minggu lalu akan dilakukan dengan segera.
Terus bersatu meraikan kepelbagaian dan kepercayaan - Hajiji
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mahu rakyat di negeri itu terus bersama-sama sebagai satu masyarakat bersatu dalam meraikan kepelbagaian dan kepercayaan
Hujan berterusan di timur Sabah hingga 30 Disember
MetMalaysia keluarkan amaran ramalan cuaca signifikan berdasarkan analisis model-model cuaca terkini, luruan monsun lemah dijangka berlaku pada 28 hingga 30 Disember 2024.
Penduduk perlukan penempatan lebih sistematik dan kukuh
Perancangan jangka panjang sedang dirangka bagi membantu mangsa insiden angin kencang di penempatan atas air di Semporna.
Dua sahabat makan ikan mentah, minum air laut sepanjang hanyut
Mereka berdua berpuasa selama dua hari sebelum mula makan ikan termenung dan cencaru mentah untuk lapik perut pada hari ke empat.
Kerajaan gariskan 5 keutamaan utama penggunaan AI di Indonesia
Kementerian Kesihatan menggunakan AI untuk meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan dan memperbaiki ketepatan diagnosis.
Indonesia umum pembubaran JI di Solo, bekas anggota angkat sumpah taat setia
Badan Nasional Anti-Keganasan (BNPT) Indonesia dan Pasukan Khusus 88 Anti-Pengganas (Densus 88) Polis mengadakan deklarasi pembubaran Jemaah Islamiyah (JI) di Solo, Jawa Tengah.
Piala ASEAN 2024: Vietnam, Filipina mara ke separuh akhir
Kejayaan di Stadium Viet Tri itu menyaksikan pasukan tuan rumah muncul juara kumpulan B dengan mengumpul 10 mata.
91 warga Indonesia dibawa keluar dari Syria, selamat pulang ke tanah air
Mereka yang dibawa pulang berasal dari pelbagai wilayah, tiba di Jakarta menerusi tiga penerbangan pada Jumaat dan Sabtu.
10 cedera akibat banjir kilat di Sumatera Utara, Indonesia
Hujan lebat mencetuskan banjir kira-kira 7 malam waktu tempatan, menjejaskan dua mukim iaitu Batang Angkola dan Tano Tombangan.
Banduan hukuman mati Filipina dihantar pulang selepas rundingan panjang dengan Indonesia
Seorang rakyat Filipina yang dijatuhi hukuman mati di Indonesia, akhirnya kembali ke Manila pada pagi Rabu setelah melalui rundingan panjang selama bertahun-tahun antara kedua-dua negara.
Presiden Indonesia, Prabowo akan hadiri Sidang Kemuncak D-8 di Kaherah
Pada sidang kemuncak itu, Indonesia akan dilantik sebagai Pengerusi D-8 daripada Pengerusi semasa, Mesir, bagi tempoh 2026-2027.
Indonesia bebaskan lima rakyat Australia ahli pengedar dadah ‘Bali Nine’
Pembebasan itu dicapai selepas Canberra mencapai perjanjian dengan Indonesia untuk menamatkan hukuman penjara selama dua dekad di luar negara.
Gunung Semeru di Jawa Timur, Indonesia, meletus
Gunung Semeru, yang terletak di Wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus pada Ahad, memaksa Pusat Kajian Gunung Berapi dan Mitigasi Bencana Geologi republik itu mengeluarkan amaran penerbangan.