KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan akan "membina semula" dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) yang telah digunakan untuk rakyat ketika mendepani COVID-19, apabila keadaan ekonomi kembali pulih.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kerajaan menggunakan dana daripada kumpulan itu untuk tujuan yang betul dan telah membentangkan secara telus bahawa penggunaannya adalah untuk pembelian vaksin kepada rakyat.
"KWAN ditubuhkan pada tahun 1988, kira-kira 30 tahun lepas untuk generasi akan datang. Kalau bukan generasi sekarang, jadi generasi mana lagi? Pada masa ditubuhkan, kita berbalah. Menyimpan ini untuk apabila keadaan sukar.
"Saya percaya bahawa pandemik COVID-19 ini salah satu situasi yang amat sukar bagi negara dan global. Yang penting kita gunakannya untuk tujuan yang betul. Apabila ekonomi kembali pulih, kita akan membina semula KWAN yang kita gunakan untuk rakyat," katanya dalam program Bersama Tengku Zafrul di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai komen sesetengah pihak yang mempersoalkan tindakan kerajaan menggunakan KWAN dalam konteks ekonomi.
Program yang berlangsung kira-kira sejam di semua platform Sinar Harian itu dihoskan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar.
Pada April lepas, kerajaan mewartakan Ordinan Darurat (Kumpulan Wang Amanah Negara) (Pindaan) 2021 (KWAN) yang membolehkannya menggunakan RM5 bilion daripada sejumlah RM19 bilion dana kumpulan wang itu untuk perolehan vaksin dan perbelanjaan berkaitan program imunisasi kebangsaan.
Mengikut Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 1988, dana itu dibayar melalui Kumpulan Wang Disatukan dan Petronas.
Menyentuh mengenai masa depan ekonomi negara dalam era endemik ini, Tengku Zafrul melahirkan keyakinan bahawa "terdapat cahaya di hujung terowong".
"Saya optimis terhadap masa depan ekonomi negara, di mana baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan kebenaran rentas negeri, yang sedikit sebanyak akan menolong sektor pelancongan.
"Kegiatan ekonomi kita juga telah mula dibuka secara berfasa dengan selamat, kadar vaksinasi sudah tinggi, kita sudah mula program vaksinasi kepada golongan remaja. Saya optimistik bahawa bermula tahun 2022, negara kita akan kembali pulih. Kita perlu gerakkan ekonomi. Ia akan menjadi tahun pemulihan," katanya.
Ditanya mengenai perbezaan Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12) dan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11), beliau berpendapat RMKe-12 bersifat lebih menyeluruh berbanding RMKe-11, kerana ia lebih banyak mengandungi isu-isu keterangkuman, kemampanan dan revolusi industri 4.0 (4iR).
"Yang paling penting adalah konsep "Keluarga Malaysia", di mana kita tidak mahu sesiapa ketinggalan menjelang 2025. Kita akan pastikan bahawa rakyat berjaya sampai ke tahap negara berpendapatan tinggi pada tahun 2025.
"Namun, kita tidak boleh berterusan mengharapkan bantuan dari kerajaan. Kebanyakan bantuan yang disediakan kerajaan adalah berbentuk 'start-up', atau membantu perniagaan untuk memulakan semula perniagaan mereka yang telah terjejas kerana pandemik ini. Selepas itu, mereka perlu berusaha untuk naik sendiri," katanya.
Mengenai pemberian subsidi termasuk subsidi minyak, Tengku Zafrul memberi bayangan bahawa kerajaan perlu lebih bersasar pada masa hadapan.
"Kita buat peruntukan pada tahun lepas, subsidi minyak, termasuk minyak masak, adalah lebih kurang RM3.4 bilion. Bagaimanapun, harga minyak sudah meningkat jadi perkiraan subsidi minyak kita meningkat kepada RM8 bilion pada tahun ini.
"Bagi tempoh jangka panjang, kita mesti lebih bersasar. Kerajaan boleh menggunakan (lebihan subsidi) duit itu untuk menolong rakyat yang lebih memerlukan. Dalam krisis (COVID-19), kita lebih banyak fokus kepada semua, tetapi dalam jangka masa sederhana dan panjang, saya rasa kita perlu lebih bersasar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 13 2021

Zafrul berkata kerajaan menggunakan dana daripada kumpulan itu untuk tujuan yang betul dan telah membentangkan secara telus . - Gambar fail

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

RM3 bilion dana KWAN bagi perolehan vaksin, RM2 bilion untuk pelaksanaan PICK- Khairy
Pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di seluruh negara juga memerlukan kos, kata Khairy.

Guna KWAN: Kluster merungut tidak konsisten
Berbagai komen diberikan mengenai keputusan kerajaan membenarkan pengeluaran dana KWAN untuk tujuan menangani COVID-19.