Keputusan kerajaan untuk tidak menaikkan kadar tol di 12 lebuh raya pada tahun ini dan tahun depan kerana Bajet 2017 memperuntukkan amaun tertentu bagi subsidi caj tol, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau menegaskan keputusan itu dibuat bukan kerana desakan orang ramai seperti didakwa Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
"Dalam Bajet 2017 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memperuntukkan amaun tertentu bagi subsidi caj tol.
"Jika YAB Lim tidak keluar (Dewan Rakyat) lebih awal dan jika (anggota Parlimen) pembangkang tidak mencetuskan kekecohan dan keluar untuk mempamerkan plakad ketika ucapan bajet sedang dibacakan oleh YAB Perdana Menteri, mereka pasti ambil maklum tentang perkara 115 yang menyatakan RM10 bilion diperuntukkan untuk meringankan beban hidup rakyat Malaysia dengan subsidi bagi caj tol dinyatakan dengan jelas.
"YAB Lim dan pembangkang dinasihati untuk kekal duduk dalam dewan dan mengikuti serta memahami ucapan bajet sepenuhnya di masa depan untuk tidak membuat kesilapan sama seperti ini yang hanya memalukan diri mereka sendiri," kata Fadillah dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Fadillah mencadangkan Lim mendapatkan petisyen daripada semua pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menyokong dakwaannya bahawa semua ahli KWSP bersedia mengorbankan simpanan mereka untuk menjadikan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bebas tol, dan mula menjalankan petisyennya di Sabah dan Sarawak terlebih dahulu.
"Mulanya, YAB Lim mendakwa bahawa 14.55 juta ahli KWSP seluruh Malaysia ialah kroni. Kini beliau mahu mereka mengorbankan simpanan dan dividen di masa depan supaya pengguna jalan raya di pantai barat Malaysia tidak lagi perlu membayar tol di Lebuhraya Utara-Selatan," katanya.
Fadillah berkata ketua menteri Pulau Pinang itu amat mementingkan diri sendiri apabila mencadangkan agar pencarum KWSP di Sabah, Sarawak dan pantai timur Semenanjung Malaysia yang tidak menggunakan PLUS untuk membuat pengorbanan itu.
Berhubung sejarah PLUS yang 'menyedihkan" seperti didakwa LIM, Fadillah berkata PLUS dan konsesi tol lebuh raya lain di masa lalu telah distruktur semasa pentadbiran perdana menteri terdahulu, dan mencadangkan Lim memeriksa perkara itu dengan perdana menteri terdahulu.
"Kerajaan kita ketika ini berusaha untuk membetulkan masalah yang diwarisi daripada masa lalu ini. Pengambilalihan PLUS Highways Berhad pada 2011 merupakan satu contoh di mana caj tol lebuhraya Utara-Selatan tidak dinaikkan sejak 2005 dan manfaat daripada kutipan tol kini disalurkan kepada semua rakyat Malaysia dan pencarum KWSP, daripada hanya kepada kepentingan persendirian seperti di masa lalu," katanya.
Pada 2011, kerajaan menswastakan PLUS Expressways Berhad untuk merasionalisasikan keseluruhan struktur tol bagi semua konsesi lebuh raya dalam Kumpulan PLUS dan untuk mencegah sebarang kenaikan kadar tol yang tidak perlu. Sejak itu, 51 peratus daripadanya kini milik kerajaan dan 49 peratus oleh KWSP.
"Kerajaan kita terus berusaha melakukan yang terbaik untuk membetulkan isu lain yang diwarisi, yang turut termasuk menstruktur semula perjanjian-perjanjian Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) pada tahun 2012 untuk lebih adil kepada semua," kata Fadillah. --BERNAMA
Bernama
Sat Nov 05 2016
Keputusan kerajaan untuk tidak menaikkan kadar tol di 12 lebuh raya pada tahun ini dan tahun depan kerana Bajet 2017 memperuntukkan amaun tertentu bagi subsidi caj tol. -Gambar hiasan
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Keputusan tidak naik tol kerana Bajet 2017 peruntukkan subsidi - Fadillah
Beliau menegaskan keputusan itu dibuat bukan kerana desakan orang ramai seperti didakwa Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.