PUTRAJAYA: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2021 akan diumumkan pada Khamis depan.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi kenyataannya memaklumkan, calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan STAM daripada sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi.
"Bagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan STAM akan dihantar melalui pos pada 30 Jun," katanya pada Khamis.
KPM berkata, calon sekolah dan persendirian juga boleh membuat semakan keputusan melalui dalam talian di pautan myresultstam.moe.gov.my mulai jam 10 pagi, 30 Jun sehingga jam 6 petang pada 6 Julai.
"Semakan keputusan peperiksaan juga boleh dibuat menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STAMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888," katanya.
Seramai 5,089 calon menduduki peperiksaan STAM di 132 pusat peperiksaan di seluruh negara.
*Berita asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jun 23 2022

Calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan STAM daripada sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi pada 30 Jun ini. -Foto Sinar Harian

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

Peperiksaan STAM 2024 bermula 3 Feb - KPM
STAM akan dijalankan di 132 pusat peperiksaan di seluruh negara, dengan 926 petugas peperiksaan telah dilantik.

Keputusan peperiksaan STAM tahun 2023 pada 26 Mac - KPM
Sebanyak 4,058 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM tahun lepas di 131 pusat peperiksaan seluruh negara.

Peperiksaan STAM 2023 bermula 2 Jan ini
Peperiksaan STAM akan dijalankan di 131 pusat peperiksaan di seluruh negara.

STAM: Anak peniaga pasar malam cemerlang, balas pengorbanan abang
Anak kedua daripada lima beradik itu meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Keputusan STAM diumum 18 April ini
Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan diumumkan pada 18 April ini.

Keputusan STAM diumum Khamis depan
KPM menerusi kenyataannya memaklumkan, calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan STAM daripada sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi.

Tambah baik STAM: KPM, Al-Azhar Al-Sharif dalam peringkat akhir muktamad pindaan perjanjian - Radzi
Kementerian Pendidikan (KPM) dan Al-Azhar Al-Sharif, Mesir sedang dalam peringkat akhir untuk memuktamadkan pindaan terhadap perjanjian sedia ada.

Pelajar SPM, STAM, UBPA boleh semak jadual waktu peperiksaan - KPM
KPM telah menyediakan jadual waktu peperiksaan bagi SPM, STAM dan UBPA tahun 2021.

STAM 2020: 27 daripada 5,574 calon peroleh gred Mumtaz
Indeks Gred Purata Nasional (GPN) yang direkodkan adalah 3.04.

Calon duduki SPM 2020 cipta sejarah tersendiri
Seramai 401,105 calon sekolah yang menduduki SPM 2020 cipta sejarah mengikuti sesi kelas SPM tahunan terpanjang iaitu hampir 14 bulan.