Keputusan peperiksaan Sijil Rendah Agama Islam Perak (SRAI) tahun ini meningkat jika dibandingkan dengan keputusan tahun lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah Negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata, seramai 11,299 calon menduduki SRAI daripada 11,621 yang berdaftar di 247 pusat peperiksaan.
Menurut beliau, Gred Purata Keseluruhan tahun ini meningkatkan 1 mata atau 0.3% kepada 1.74, berbanding 1.75 tahun lalu.
"Jumlah calon yang mendapat keputusan tertinggi iaitu A dalam semua 6 mata pelajaran adalah seramai 2,041 atau 18.1%, meningkat sebanyak 3% berbanding 1,701 calon tahun 2016,” katanya pada sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Rabu.
Hadir sama Ketua Penolong Pangarah Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islan Perak (JAIPk), Mohamad Nasar Kurdi.
Mohd Nizar memberitahu, seramai 1,194 calon atau 10.6 peratus memperolehi 5A; 1,277 (11.3%) memperolehi 4A; 1,447 (12.8%) memperolehi 3A; 1,847 (16.3%) mendapat 2A dan 2,213 (19.6%) memperolehi 1A.
Di samping itu, katanya, seramai 1,280 atau 11.3% calon tidak memperolehi sebarang A manakala 876 (7.8%) lagi tidak mencapai tahap minima dalam semua mata pelajaran.
Beliau turut mengumumkan Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) At-Taufiqiah Kampung Melayu Bali, Tronoh muncul sebagai sekolah cemerlang dan Ahmad Sya’rawawi Ahmad Shukri dari SRAR Nurul Khairiah, Taman Lela, Kamunting sebagai calon cemerlang.
“Berdasarkan perbandingan gred purata pencapaian mengikut daerah pula, pencapaian terbaik adalah Daerah Parit Buntar dengan gred purata keseluruhan 1.62 mata."
Menurutnya, calon-calon yang layak boleh memohon untuk memasuki Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan (SMTDR) di negeri ini, selepas keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) diumumkan.
Tarikh tutup permohonan adalah dua minggu selepas keputusan UPSR dan permohonan boleh dibuat secara dalam talian di laman sesawang, jaipk.perak.gov.my atau jaipk.edu.my atau egerbang.perak.gov.my/smanjaipk
Di samping disyaratkan menduduki SRAI tahun ini, pemohon juga mesti memperolehi sekurang-kurangnya 4A 2B dalam UPSR 2017 dan sekurang-kurangnya 5A 3B dalam UPKK 2016.
Sementara itu, Pengetua SRAR At-Taufiqiah, Zubaidah Abd Ghafar berkata, ini kali pertama sekolahnya yang mempunyai 159 murid, muncul cemerlang dalam SRAI, di samping pernah menjadi sekolah terbaik UPKK beberapa tahun lalu.
Walaupun mengalami kekurangan bilik darjah dengan hanya empat orang guru, mereka mengambil beberapa langkah untuk berusaha meningkatkan prestasi murid, termasuk dengan mengadakan kelas malam.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Nov 08 2017

Mohd Nizar (dua kanan) menyampaikan slip keputusan SRAI kepada Zubaidah pada satu majlis hari ini. Turut kelihatan, Mohd Nasar (tiga kanan). - Astro AWANI

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Keputusan SRAI Perak meningkat tahun ini
Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata, seramai 11,299 calon menduduki SRAI daripada 11,621 yang berdaftar di 247 pusat peperiksaan.