KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 1 Julai bagi keputusan permohonan Ketua Polis Negara (KPN) dan tiga pihak lain untuk membatalkan saman guru tadika, M. Indira Gandhi berhubung dakwaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) gagal menangkap bekas suaminya dan memulangkan anak perempuan yang dilarikan lelaki itu, 12 tahun lepas.
Peguam Rajesh Nagarajan, yang mewakili Indira semasa dihubungi Bernama berkata tarikh itu ditetapkan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali selepas mendengar hujah kedua-dua pihak semasa prosiding dalam talian hari ini.
KPN, PDRM, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga keempat, memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu pada 14 Jan lepas.
Menurut salinan hujahan bertulis defendan, mereka mendakwa saman Indira adalah remeh dan menyusahkan atau suatu penyalahgunaan proses mahkamah.
Defendan juga berhujah bahawa saman tersebut membawa kepada pelbagai prosiding setelah tindakan perundangan yang sama telah difailkan wanita itu di Mahkamah Tinggi Ipoh yang masih belum selesai.
Mereka mendakwa plaintif (Indira) secara salah memfailkan saman semasa pelaksanaan waran komital bagi menangkap bekas suaminya K. Pathmanathan yang kini dikenali sebagai Muhammad Riduan Abdullah di bawah permohonan semakan kehakimannya di Ipoh masih belum selesai.
Oleh itu, defendan berhujah bahawa remedi yang dimohon dalam saman semasa perlu dibuat dalam proses semakan kehakiman tersebut dan meminta agar saman itu dibatalkan.
Bagaimanapun, Indira melalui penghujahan bertulisnya berkata remedi yang dicarinya dalam tuntutan saman ini berbeza dengan proses semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Ipoh.
Dalam samannya yang difailkan pada 28 Okt tahun lepas, Indira, 46, mendakwa KPN telah dengan sengaja dan cuai tidak menghiraukan perintah mandamus daripada Mahkamah Persekutuan, kerana gagal membuat siasatan atau mengambil tindakan sewajarnya, untuk mengembalikan anaknya, Prasana Diksa, 13, kepadanya.
Dakwa wanita itu, kesemua defendan mempunyai peranan dalam membuat keputusan atau memberi arahan kepada PDRM, bagi melaksanakan waran komital terhadap bekas suaminya seperti yang diperintahkan Mahkamah Persekutuan, pada 29 April 2016.
Plaintif juga mendakwa kelakuan kesemua defendan secara langsung, menyebabkan perpisahan antara beliau dengan anak bongsunya itu berlanjutan sehingga hari ini dan Muhammad Riduan berjaya melarikan diri.
Indira menuntut RM100 juta antara lain bagi ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan serta faedah, selain memohon deklarasi bahawa defendan pertama telah melakukan 'tort nonfeasance' di pejabat awam dan defendan kedua, ketiga dan keempat, bertanggungjawab secara vikarius bagi tort nonfeasance yang dilakukan defendan pertama.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 22 2021
Defendan berhujah bahawa remedi yang dimohon dalam saman semasa perlu dibuat dalam proses semakan kehakiman tersebut. - Gambar hiasan
Seorang maut, 25 cedera insiden tembakan di Ohio
Polis menerima beberapa panggilan lewat tengah malam yang melaporkan kejadian itu berlaku di Kelly Street dan 8th Avenue.
Penggiat industri teknologi perlu pergiat usaha pastikan graduan bersedia untuk AI
Penggiat industri teknologi perlu meningkatkan usaha bagi memastikan graduan bersedia untuk memenuhi lonjakan permintaan terhadap bakat kecerdasan buatan (AI).
423 kes jenayah komersial di Johor sepanjang Mei, rugi RM15.6 juta
Sebanyak 423 kes melibatkan jenayah komersial dengan jumlah kerugian mencecah RM15.6 juta direkodkan di Johor sepanjang bulan lepas.
Tunai haji tanpa permit: Arab Saudi mula kuat kuasa hukuman
Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi telah mula menguatkuasakan penalti bagi mereka yang melanggar peraturan dengan memasuki kawasan larangan tanpa permit haji.
Daniel sedia galas tugas bek sayap bagi lebih sengat skuad Harimau Malaya
Daniel Ting bersedia untuk mengambil alih peranan lebih menyerang bagi mengimbangi ketiadaan beberapa pemain sayap pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bulan ini.
Sabah galak lebih ramai penduduk guna pembayaran tanpa tunai - Hajiji
Kerajaan Sabah menggalakkan lebih ramai penduduk Sabah menggunakan dan memanfaatkan pembayaran tanpa tunai bagi memudahkan cara pembayaran.
Indonesia sedia hantar pasukan pengaman ke Gaza - Prabowo
Prabowo Subianto mengesahkan kesediaan Indonesia untuk menghantar pasukan pengaman ke Semenanjung Gaza jika perlu.
Perhilitan tangkap seekor lagi beruang matahari di Tanah Merah
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menangkap seekor lagi beruang matahari di Kampung Air Asahan Hulu.
Atlet menembak dinobat olahragawan, olahragawati TLDM 2023
PAP Mohd Azlan Md Salleh dan Leftenan Nur Suryani Mohamed Taibi dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati TLDM 2023 pada Majlis Apresiasi Kecemerlangan Sukan TLDM.
Wanita wajar dihargai atas jasa, pengorbanan dan pencapaian mereka - Noraini
Golongan wanita yang merupakan tonggak sesebuah institusi kekeluargaan, adalah penting untuk dihargai dan disanjungi atas segala pengorbanan yang dilakukan mereka.
Telefon bimbit ibu bapa Zayn Rayyan dirampas untuk siasatan - Ketua Polis Selangor
Polis merampas telefon bimbit ibu dan bapa kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan.
Bekalkan polis peralatan lebih canggih, banteras jenayah - Ahmad Zahid
PDRM perlu dibekalkan dengan peralatan canggih selari dengan perkembangan teknologi yang pesat.
Kes bunuh Zayn Rayyan: Beri ruang polis siasat - KPN
PDRM meminta semua pihak memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan terperinci berhubung kes bunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.
Skuad Inspektor 1964 rai ulang tahun ke-60 di Pulapol
Skuad Inspektor 1/1964 hari ini meraikan ulang tahun ke-60 dengan melawat lokasi permulaan kerjaya mereka sebelum bergelar pegawai polis.
Polis tubuh pasukan petugas khas jemaah haji terkandas di Mekah
JSJK Bukit Aman menubuhkan pasukan petugas khas yang berperanan melakukan siasatan dan tindakan awal terhadap sebarang aduan jemaah haji negara ini terkandas di Mekah.
PDRM terima laporan OKU dakwa dipukul pengawal peribadi diraja
Polis mengesahkan menerima laporan seorang pemandu e-hailing yang didakwa dipukul pengawal peribadi Tunku Mahkota Johor di sebuah hotel semalam.
PDRM nafi dakwaan polis gagal buat siasatan isu saham RM3.5 juta
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) yang mendakwa PDRM gagal membuat siasatan terhadap satu laporan berhubung isu jual beli dan
Padah jual produk kesihatan palsu guna nama doktor pakar mata
Pasangan suami isteri antara tujuh individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penjualan produk kesihatan palsu dengan menggunakan nama seorang doktor pakar mata berpangkat Datuk.
Pasang, manfaat aplikasi VSP untuk bantu cegah jenayah - PDRM
Wan Hassan berkata PDRM komited memperluas penggunaan VSP kerana penggunaan aplikasi itu kurang popular.
14 lelaki ditahan dalam operasi khas banteras penyeludupan, rampasan bernilai lebih RM35 juta
Tiga daripada serbuan itu dijalankan serentak pada Isnin lepas (20 Mei) manakala satu lagi serbuan pada Khamis (23 Mei).