IPOH: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 25 Okt depan untuk memutuskan permohonan kerakyatan seorang kanak-kanak perempuan berumur lima tahun yang dilahirkan seorang wanita warga China di negara ini dan kini memegang status 'tidak bernegara.'
Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed membuat keputusan itu selepas mendengar hujah peguam Ong Yu Shin, Ooi Keng Liang dan Datuk Nicholas Kow yang mewakili kanak-kanak tersebut.
Terdahulu, Ong memaklumkan mahkamah bahawa saman pemula difailkan pada Disember 2019 berikutan status tidak bernegara kanak-kanak itu yang dilahirkan di Ipoh pada 24 Jun 2016.
Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, beliau berkata Mahkamah Tinggi pada 4 Sept 2019 telah mengisytiharkan bahawa kanak-kanak itu adalah anak sah taraf kepada seorang lelaki warga Malaysia dan seorang wanita warga China.
Ong berkata ini susulan bapanya yang berusia 38 tahun telah mendaftarkan perkahwinan dengan ibunya yang berusia 39 tahun di Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia, Putrajaya pada 5 Sept 2016 iaitu kira-kira tiga bulan selepas kanak-kanak tersebut dilahirkan malah adik lelakinya, yang lahir pada 19 Sept 2018, telah memperoleh kewarganegaraan Malaysia.
Beliau berkata kebajikan kanak-kanak itu sebagai bukan warganegara terbatas kerana tidak dapat menikmati hak yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan terutama apabila menjejakkan kaki ke alam persekolahan selain bakal berdepan kesukaran meneruskan pengajian kerana syarat kemasukan adalah berbeza.
"Kanak-Kanak itu telah dilahirkan di Malaysia dan prinsip 'jus soli' mengatakan sesiapa yang lahir di tanah negara ini patut dikenali sebagai rakyat Malaysia dan tidak perlu menjadi tidak bernegara."
"Jadi kami cuba yang terbaik bagi membolehkan kanak-kanak perempuan itu memperoleh hak sebagai warganegara kerana hanya dia seorang yang tidak mempunyai kerakyatan Malaysia dalam keluarga manakala adik lelakinya memperoleh hak berkenaan berikutan ibu bapa mereka telah berkahwin secara sah," katanya.
Jus soli atau kewarganegaraan hak lahir bermaksud hak kerakyatan sama rata iaitu taraf kerakyatan yang diberi berdasarkan tempat kelahiran tanpa mengira bangsa dan keturunan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 10 2021

Mahkamah Tinggi pada 4 Sept 2019 telah mengisytiharkan bahawa kanak-kanak itu adalah anak sah taraf kepada seorang lelaki warga Malaysia dan seorang wanita warga China. - Gambar hiasan
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Video tular konon pendatang China mohon kerakyatan diulang siar - JPN
Video tular di media sosial kononnya pendatang China memohon kerakyatan negara ini, merupakan video pada 2018 yang diulang siar, kata Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Ribuan rakyat New Zealand mohon jadi warga Australia
Beribu-ribu warga New Zealand telah memohon kewarganegaraan Australia pada minggu pertama peraturan baharu permohonan kerakyatan itu dibuka, lapor Xinhua.

Keputusan permohonan kerakyatan kanak-kanak 'tidak bernegara' lahir di Malaysia 25 Okt
Mahkamah Tinggi pada 4 Sept 2019 telah mengisytiharkan bahawa kanak-kanak itu adalah anak sah taraf kepada seorang lelaki warga Malaysia dan seorang wanita warga China.

Isu kerakyatan bayi baru lahir: Mahkamah tolak rayuan kerajaan
Mahkamah mendapati saman pemula itu tidak remeh seperti yang dinyatakan kerajaan dan melibatkan isu penting menjurus kepada tafsiran Perkara 8 dan Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan.