Keputusan melanjutkan tempoh moratorium perlombongan bauksit di Pahang yang berakhir 15 April ini akan ditentukan pada mesyuarat Kabinet minggu hadapan.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kertas kerja mengenai moratorium sudah disiapkan untuk dibentangkan.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kandungan yang telah disediakan oleh kementeriannya.
"Saya akan bentangkan ke Kabinet untuk memberi nasihat apakah langkah seterusnya yang perlu diambil. Kementerian saya sudah setuju dan kita perlu menyediakan kertas kerja ke Kabinet dengan dua cara iaitu melalui memorandum untuk meminta Kabinet setuju atau tidak mengenai perkara itu kerana ia melibatkan isu kewangan.
''Selain itu, saya boleh memohon ke Kabinet dengan memberi notis bagi perbincangan dilakukan kerana penduduk di Kuantan bimbang dengan isu bauksit," katanya di sini.
Beliau ditemui selepas menyampaikan ucap tama pada Majlis Forum dan Ekspo Sumber Air Asia 2016 (AWARE 16) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Sebelum ini, Kabinet telah menetapkan tempoh tiga bulan moratorium bagi aktiviti perlombongan bauksit di Pahang yang bermula pada 15 Januari lalu.
Keputusan itu dibuat dengan menggariskan beberapa langkah yang perlu diambil oleh pihak industri bagi menyelesaikan masalah pencemaran akibat aktiviti berkenaan, iaitu pengosongan stok simpanan bauksit, mewujudkan sebuah kawasan simpanan bersepadu dan sistem pembersihan sisa bauksit.
Anthea Yap
Wed Apr 06 2016
WAN JUNAIDI: Saya akan bentangkan ke Kabinet untuk memberi nasihat apakah langkah seterusnya yang perlu diambil. -Gambar fail
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Keputusan moratorium bauksit ditentukan minggu depan - Wan Junaidi
Keputusan melanjutkan tempoh moratorium perlombongan bauksit di Pahang yang berakhir 15 April ini akan ditentukan pada mesyuarat Kabinet minggu hadapan.