Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini menegaskan beliau tidak membuat keputusan untuk melakukan pendakwaan secara sendiri dan "sesuka hati" tetapi berlandaskan undang-undang.
Katanya kuasa pendakwaan dijalankan secara berkira dengan mengambil kira laporan polis yang dibuat dan budi bicara yang meletakkan hak pada Peguam Negara di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.
"Keputusan pendakwaan dibuat secara bersama. Saya tidak ambil keputusan sendiri. Saya tidak boleh tuduh orang sesuka hati. Sama ada orang suka atau tidak ia bukan isu. Tetapi ia berlandaskan undang-undang," katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Peguam Negara di sini.
Bercakap kepada Bernama selepas perhimpunan bulanan itu, Abdul Gani berkata beliau bersedia untuk disoal siasat sekiranya terdapat sebarang aduan rasmi dan bukti bahawa beliau menyalahgunakan kuasa dalam kes pendakwaan.
Beliau berkata mereka yang tidak berpuas hati boleh membuat laporan kepada polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Jika benar-benar saya ada salah guna kuasa, boleh laporkan. Saya tiada masalah," kata Abdul Gani.
Dalam laporan media sebelum ini, Abdul Gani dikritik kerana didakwa diskriminasi, silap dan gagal dalam perjalanan budi bicara pendakwaan serta berlaku pertambahan dalam pertuduhan membabitkan Akta Hasutan 1948.
Bagi mengekalkan Jabatan Peguam Negara sebagai jabatan yang telus, Abdul Gani berkata tindakan tegas akan dikenakan ke atas pegawainya yang didapati terlibat dalam sebarang kesalahan undang-undang dan menimbulkan isu yang negatif.
"Kita tidak menunggu masa yang lama untuk mengambil tindakan. Apabila sesuatu isu timbul, kita akan keluarkan dulu pegawai itu dari tempatnya berkhidmat. Bersalah atau tidak itu perkara kedua, kita tidak tunggu keadaan jadi bertambah buruk. Dalam tempoh dua bulan sahaja kita akan ambil tindakan buang kerja atau tahan gaji," katanya.
Beliau berkata demikian selepas ditanya mengenai bentuk tindakan yang akan diambil bagi mencerminkan ketegasan jabatan terbabit terhadap kakitangannya.
Pada 2009, seorang Timbalan Pendakwa Raya Md Azar Irwan Mohd Arifin didakwa atas kesalahan meminda minit arahan kertas siasatan terhadap tiga suspek kes dadah.
Bernama
Thu Oct 30 2014
![Keputusan mendakwa seseorang tidak dilakukan sesuka hati - Peguam Negara Keputusan mendakwa seseorang tidak dilakukan sesuka hati - Peguam Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/61373956658_295x200.jpg)
ABDUL GANI: Saya tidak membuat keputusan untuk melakukan pendakwaan secara sendiri dan "sesuka hati" tetapi berlandaskan undang-undang.
Tujuh orang maut, empat hilang dalam insiden letupan gas
Anggaran seramai tujuh orang maut manakala empat orang lagi dikhuatiri hilang dalam insiden letupan gas di Venezuela pada Selasa.
Suspek bertopeng cederakan orang awam diberkas
Seorang lelaki berusia 18 tahun berjaya diberkas oleh pihak polis pada selasa.
Suspek dipercayai adalah dalang utama dalam kejadian serangan bersenjatakan pisau yang berlaku di Bandar Eskisehir.
Suspek dipercayai adalah dalang utama dalam kejadian serangan bersenjatakan pisau yang berlaku di Bandar Eskisehir.
Mahkamah failkan siasatan pembunuhan terhadap Sheikh Hasina
Sebuah mahkamah di Bangladesh hari ini membuka siasatan berkaitan pembunuhan terhadap bekas Perdana Menteri yang digulingkan, Sheikh Hasina dan enam lagi tokoh tertinggi dalam pentadbirannya berhubung insiden seorang lelaki yang ditembak mati anggota polis dalam satu demonstrasi bulan lalu.
1,200 pendatang Yahudi serbu Masjid Al-Aqsa
Pendatang Yahudi menyerbu kawasan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis yang diduduki di bawah perlindungan polis Israel pada pagi Selasa.
PBB kutuk keras serangan Israel ke atas Sekolah al-Tabin
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin,mengutuk tindakan regim Israel yang menyerang sekolah Al-Tabin di bandar Gaza pada 10 Ogos lepas.
Menerap peranan teknologi, AI dalam aspek kelestarian
Cabaran iklim saban hari yang membimbangkan memerlukan usaha holistik pelbagai pihak termasuk memastikan kecanggihan teknologi yang ada diguna pakai.
Bekas KPN sahkan anak saya tidak ditahan pihak berkuasa Singapura - Guan Eng
Lim Guan Eng berkata, dakwaan anak lelakinya ditahan di Lapangan Terbang Changi di Singapura empat tahun lepas, yang disebarkan oleh penulis blog "Papagomo" dinafikan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.
![Polis tahan lelaki mengamuk, bawa pisau pemotong daging Polis tahan lelaki mengamuk, bawa pisau pemotong daging](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722940302_handcuff.jpg)
Polis tahan lelaki mengamuk, bawa pisau pemotong daging
Polis hari ini menahan seorang lelaki yang mengamuk dan membawa sebilah pisau pemotong daging di Dataran Keretapi Tanah Melayu Berhad.
Tipu jual beli lot tanah, 'Siti Aisyah' ditahan lagi
Kegiatan seorang wanita melakukan penipuan jual beli lot tanah dengan mengiklankannya secara pecah lot hingga membabitkan kerugian RM547,650 terbongkar selepas ditahan polis.
Tahap pengurusan akan dipertingkat - PM Anwar
Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) Ke-6 Tahun 2024 hari ini bersetuju dengan beberapa langkah bagi meningkatkan tahap pengurusan rantaian bekalan yang kukuh, berdaya tahan dan responsif kepada gangguan.
![Keputusan mendakwa seseorang tidak dilakukan sesuka hati - Peguam Negara Keputusan mendakwa seseorang tidak dilakukan sesuka hati - Peguam Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/61373956658_295x200.jpg)
Keputusan mendakwa seseorang tidak dilakukan sesuka hati - Peguam Negara
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini menegaskan beliau tidak membuat keputusan untuk melakukan pendakwaan secara sendiri dan "sesuka hati" tetapi berlandaskan undang-undang.