Kerajaan memandang serius keputusan mahkamah berhubung kes sivil berkaitan kematian Allahyarham Syed Mohd Azlan ketika berada di dalam tahanan pihak polis beberapa tahun lalu.
Menteri di Jatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong menerusi satu kenyataan berkata, terdapat keperluan akauntabiliti serta jaminan keselamatan bagi seseorang individu yang berada di bawah tahanan mana-mana agensi penguatkuasaan.
“Kerajaan memandang keputusan kehakiman ini dengan kebimbangan yang serius. Terdapat keperluan untuk akauntabiliti dan setiap orang dalam jagaan mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang mesti dijamin keselamatan mereka.
“Kerajaan akan teruskan dengan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) yang akan mempunyai kuasa untuk menyiasat kes-kes seperti ini dan memastikan terdapat akauntabiliti”, katanya menerusi kenyataan berkenaan.
Ujarnya lagi, kerajaan akan turut mengadakan pertemuan bersama pihak terlibat antaranya Polis Diraja Malaysia agar kepentingan kesemua pihak dapat didengar.
Pada 25 November 2014, Polis Johor menyatakan kematian seorang lelaki selepas ditahan dalam satu serbuan di Pengerang adalah sebagai kematian mengejut.
Bagaimanapun hasil bedah siasat mendapati kematian Syed Mohd Azlan, 26 tahun, disebabkan trauma hentakan tumpul di dada.
Pemeriksaan terhadap mayatnya turut menemui 61 jenis kecederaan di bahagian muka, badan dan kedua-dua kaki yang sebahagiannya dikatakan konsisten dengan pergerakan mempertahankan diri ketika menerima serangan fizikal.
Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada Khamis telah mengarahkan pihak polis membayar RM448,000 terhadap waris sebagai nilai pampasan ekoran kekarasan fizikal yang dilakukan oleh pihak polis.
Hilmi Malik
Thu Dec 19 2019
![Keputusan kes sivil kematian arwah Syed Mohd Azlan bimbangkan kerajaan Keputusan kes sivil kematian arwah Syed Mohd Azlan bimbangkan kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/61576767696_kenyetaanmedia.jpg)
Kerajaan memandang keputusan kehakiman ini dengan kebimbangan yang serius.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Usaha bersepadu kerajaan pacu prestasi ringgit terus mengukuh - Amir Hamzah Usaha bersepadu kerajaan pacu prestasi ringgit terus mengukuh - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718188753_AmirHamzahAzizan.jpg)
Usaha bersepadu kerajaan pacu prestasi ringgit terus mengukuh - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata, prestasi ringgit bertambah baik dalam tempoh enam bulan kebelakangan ini susulan strategi bersepadu kerajaan.
![Pengendali media sosial rasmi kerajaan perlu cakna perubahan corak pemikiran, penerimaan mesej oleh rakyat Pengendali media sosial rasmi kerajaan perlu cakna perubahan corak pemikiran, penerimaan mesej oleh rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719398119_tbMohdAliHanafiah.jpg)
Pengendali media sosial rasmi kerajaan perlu cakna perubahan corak pemikiran, penerimaan mesej oleh rakyat
Pengendali akaun media sosial rasmi kerajaan perlu didedahkan dengan pelbagai pengetahuan digital.
![Kerajaan laksana beberapa acara sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Kerajaan laksana beberapa acara sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719328068_TBAgong.jpg)
Kerajaan laksana beberapa acara sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17
Kerajaan akan melaksanakan beberapa acara lain bersempena dengan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim, yang dijadual berlangsung di Istana Negara pada 20 Julai.
![[KOLUMNIS] Kejatuhan daya saing negara: 'Jangan panik tetapi mesti risau' [KOLUMNIS] Kejatuhan daya saing negara: 'Jangan panik tetapi mesti risau'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719028574_tbKualaLumpurGener.jpg)
[KOLUMNIS] Kejatuhan daya saing negara: 'Jangan panik tetapi mesti risau'
Kedudukan daya saing Malaysia umumnya menurun dari tahun ke tahun sejak bertahun yang lalu.
![Mahkamah tolak permohonan Rosmah masukkan kerajaan, polis sebagai pihak ketiga Mahkamah tolak permohonan Rosmah masukkan kerajaan, polis sebagai pihak ketiga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705309353_RosmahMansor.jpg)
Mahkamah tolak permohonan Rosmah masukkan kerajaan, polis sebagai pihak ketiga
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Rosmah untuk memasukkan kerajaan dan polis sebagai pihak ketiga dalam kes saman syarikat barangan kemas.
![UiTM: Kerajaan tidak pernah bincang buka kepada bukan Bumiputera UiTM: Kerajaan tidak pernah bincang buka kepada bukan Bumiputera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713881859_TBDATUKSERIDRZ.jpg)
UiTM: Kerajaan tidak pernah bincang buka kepada bukan Bumiputera
Menurut Zambry, perkara itu tidak dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat di peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mahupun Kabinet.
![Mahkamah tolak rayuan untuk ketepi ganti rugi RM450,000 kepada balu tahanan mati dalam lokap Mahkamah tolak rayuan untuk ketepi ganti rugi RM450,000 kepada balu tahanan mati dalam lokap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690187975_CourtGavel.jpg)
Mahkamah tolak rayuan untuk ketepi ganti rugi RM450,000 kepada balu tahanan mati dalam lokap
Panel tiga hakim memutuskan bahawa tiada alasan kukuh untuk mengganggu penemuan fakta yang dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman dalam kes itu.
![KPT bantu urus bawa pulang jenazah dua pelajar Malaysia maut di New Zealand KPT bantu urus bawa pulang jenazah dua pelajar Malaysia maut di New Zealand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41697079572_TBZambryAbdKadir.jpg)
KPT bantu urus bawa pulang jenazah dua pelajar Malaysia maut di New Zealand
Zambry berkata pihaknya sedang mendapatkan maklum balas dan maklumat lengkap berhubung pelajar terlibat daripada Kementerian Luar (Wisma Putra).
![Kerajaan tanggung RM2 bilion subsidi petrol sebulan, jika tangguh pelaksanaan subsidi bersasar Kerajaan tanggung RM2 bilion subsidi petrol sebulan, jika tangguh pelaksanaan subsidi bersasar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710324462_RON.jpg)
Kerajaan tanggung RM2 bilion subsidi petrol sebulan, jika tangguh pelaksanaan subsidi bersasar
Kerajaan perlu mematuhi jadual pelaksanaan penstrukturan semula subsidi pukal kepada subsidi bersasar tahun ini.
![Program Repatriasi Migran: Lebih RM9 juta kompaun dikutip setakat ini Program Repatriasi Migran: Lebih RM9 juta kompaun dikutip setakat ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711014567_TBSAIFUDDINPARLIMEN.jpg)
Program Repatriasi Migran: Lebih RM9 juta kompaun dikutip setakat ini
Program berkenaan dilaksanakan pada 1 Mac hingga 31 Disember depan.