KUALA LUMPUR: Semua pihak digesa supaya menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengetepikan undang-undang Syariah Selangor yang menetapkan seks luar tabii sebagai satu kesalahan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Mohamad berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan bersama Penasihat Undang-Undang, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung kesan dan implikasi keputusan tersebut.
Jelas beliau lagi, Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil Jakim juga telah diarahkan untuk bersidang dan berbincang bagi melihat ruang penambahbaikan undang-undang Syariah yang boleh dilaksanakan, khususnya berkenaan dengan kesalahan jenayah Syariah.
"Saya menyeru agar semua umat Islam di negara ini dan seluruh rakyat Malaysia menghormati penghakiman yang diputuskan dan tidak mencetuskan spekulasi dari penghakiman tersebut.
"Semua pihak diminta bertenang dan tidak memberikan ulasan atau pandangan yang boleh mencetuskan suasana yang tidak sihat, serta boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian dalam negara kita yang tercinta ini," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
BACA: Undang-undang syariah seks luar tabii Selangor tidak sah - Mahkamah Persekutuan
Jelas Dr Zulkifli, sudah pasti penghakiman berhubung kes tersebut dibuat berdasarkan pengetahuan, pengalaman dan kebijaksanaan panel hakim berpandukan Perlembagaan Persekutuan.
Katanya lagi, Fasal (1) Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menjunjung Islam sebagai
agama bagi Persekutuan, menjadikan kedudukan agama Islam di negara ini lebih istimewa berbanding agama lain.
"Ini sepertimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan Malaysia dalam kes-kes
terdahulu.
"Sebagai seorang Menteri yang dipertanggungjawabkan menjaga hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan, prinsip Perlembagaan ini akan terus dijunjung dan dipertahankan," katanya.
Pada 25 Februari lalu, barisan panel hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membenarkan cabaran undang-undang seorang lelaki terhadap Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, yang berhubung kesalahan seks luar tabii.
Penghakiman antara lain menyebut seksyen tersebut belum secara sah digubal oleh badan perundangan negeri Selangor, selain perkara yang dibahas dalam seksyen tersebut hanya boleh digubal melalui Parlimen.
Astro Awani
Sat Feb 27 2021
Dr Zulkifli berkata Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil Jakim telah diarahkan untuk bersidang dan berbincang. - Gambar BERNAMA
[TERKINI] GISB: Siasatan kini libatkan 10 peruntukan undang-undang
Siasatan terhadap Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings yang sebelum ini hanya melibatkan empat peruntukan undang-undang kini telah meningkat kepada 10 peruntukan.
Tunggu Majlis Raja-Raja perkenan pandangan muzakarah MKI
Jelas Datuk Mohd Na'im, terma pandangan hukum digunakan berikutan Jawatankuasa Fatwa MKI tiada kuasa mengeluarkan fatwa kerana ia hanya boleh diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri.
Sedia infrastruktur sesuai sokong industri e-sukan - Ahmad Zahid
Latihan dan bimbingan tidak seharusnya tertumpu kepada usaha melahirkan seorang atlet e-sukan semata-mata, tetapi juga sebagai pencipta kandungan digital atau pembangun perisian.
Protes di Pakistan: Polis lepaskan gas pemedih mata suraikan perhimpunan anti-kerajaan
Polis melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan perhimpunan anti-kerajaan oleh penyokong bekas Perdana Menteri Imran Khan yang dipenjara berhampiran kawasan D-Chowk di Islamabad.
Warga emas ditemukan maut di kebun disyaki dipijak gajah
Seorang lelaki warga emas ditemukan mati di kawasan kebunnya disyaki akibat dipijak gajah di Kampung Basung, Hulu Terengganu.
Anwar tekankan keperluan perkukuh hubungan ketenteraan Malaysia-Pakistan
Anwar memuji "peranan Angkatan Tentera Pakistan dalam keamanan dan kestabilan serantau, mengakui profesionalisme dan pengorbanan mereka dalam memerangi keganasan".
Pulangkan semula kekayaan negara
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar bekas pemimpin yang mengaut kekayaan dari hasil negara, agar mengembalikannya semula kepada rakyat dan negara.
Kerajaan tumpu tatakelola basmi kemiskinan
Kerajaan Madani memberi tumpuan kepada tatakelola bagi memastikan bantuan untuk membantu rakyat miskin sampai kepada golongan sasaran.
GISB sesat atau tidak? Pandangan hukum sudah ada, tunggu perkenan Majlis Raja-Raja - Mohd Naím
Selepas Majlis Raja-Raja beri perkenan kepada pandangan hukum terbabit, maka negeri-negeri akan bawa pandangan hukum itu kepada jawatankuasa fatwa negeri dipengerusikan oleh mufti negeri masing-masing
AWANI Ringkas: Kerajaan perluas rangkaian pusat kanser
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Johan MTHQA ke-64 bakal bawa pulang RM52,000
Pemenang tempat pertama bagi Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-64 akan membawa pulang hadiah bernilai RM52,000.
Kes GISB: Sesat atau tidak, diketahui selepas dapat perkenan Majlis Raja-Raja
Sebarang keputusan untuk mendakwa GISB mengamalkan ajaran sesat atau sebaliknya bukan di atas keputusan menteri.
Jawatankuasa Muzakarah MKI bincang isu doktrin fahaman GISB Selasa ini - Mohd Na'im
Doktrin fahaman GISB akan dibincang oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang bersidang dari Selasa hingga Khamis ini.
China mahu bina kilang, mahu produk ada logo halal JAKIM - Ahmad Zahid
Terdapat cadangan daripada beberapa negara untuk menempatkan kilang di Malaysia, bertujuan mendapatkan sijil halal JAKIM sebelum produk terbabit dieksport.
Kajian berhubung isu pensijilan halal sedia dibentang Rabu ini - Mohd Na'im
Beliau berkata pihaknya telah menyediakan draf cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi setiap premis makanan, yang akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet nanti.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 September 2024.
JAKIM bawa isu GISB ke MKI
JAKIM akan membawa isu berkaitan GISB kepada Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).
Kontroversi pensijilan halal berlaku sebab salah faham - Teresa
Teresa menyerahkan kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk memberi penjelasan mengenai isu itu.
Sijil halal: Keputusan kajian tertakluk pada Majlis Raja-Raja - Ahmad Zahid
Tegasnya, isu berkenaan tidak wajar dijadikan polemik kerana ia masih di peringkat kajian dan belum menjadi dasar yang tetap.
Kos sijil halal tidak tinggi, serendah RM100 setahun bagi perniagaan kecil - HDC
Ketua Perundingan Halal, HDC Berhad, Dhaliff G. Anuar berkata yuran untuk mendapatkan sijil halal adalah serendah RM100 sahaja bagi perniagaan kecil.