Mahkamah Rayuan akan memutuskan pada 14 Okt ini sama ada penerbitan mingguan Katolik, The Herald, dibenar menggunakan kalimah 'Allah'.
Peguam Kanan Persekutuan Andi Razalijaya A. Dadi memberitahu Jabatan Peguam Negara baru sahaja menerima surat daripada bahagian pendaftaran Mahkamah Rayuan memaklumkan bahawa keputusan kes itu ditetapkan pada 14 Okt.
Pada 10 Sept lepas, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, yang terdiri daripada Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali serta Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh, menangguhkan keputusan selepas mendengar hujah pihak berkenaan dalam kes itu.
Panel itu akan memutuskan rayuan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan The Herald menggunakan kalimah 'Allah'.
Enam majlis agama Islam negeri iaitu Majlis Agama Islam Terengganu, Selangor, Kedah, Johor, Wilayah Persekutuan serta Melaka dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dibenar menjadi pencelah dalam kes itu.
Sementara itu, peguam Hanif Khatri Abdullah yang mewakili MACMA mengesahkan bahawa Mahkamah Rayuan sudah memaklumkan tarikh berkenaan kepada peguam Tajuddin Razak.
Pada 16 Feb, 2010, gereja itu memfailkan permohonan semakan kehakiman menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden, menuntut antara lain, perisytiharan bahawa keputusan kementerian melarang penggunaan kalimah 'Allah' dalam penerbitan The Herald adalah tidak sah.
Penerbitan mingguan itu yang diterbitkan dalam empat bahasa, telah menggunakan kalimah 'Allah' untuk merujuk kepada "Tuhan" dalam edisi bahasa Malaysia, khusus untuk penduduk di Sabah dan Sarawak.
Pada 31 Dis, 2009, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang The Herald menggunakan kalimah itu adalah salah di sisi undang-undang, tidak sah dan batal.
Kerajaan kemudian membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan.
Bernama
Mon Oct 07 2013
![Keputusan isu kalimah 'Allah' pada 14 Okt Keputusan isu kalimah 'Allah' pada 14 Okt](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-09/81378784596_295x200.jpg)
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Malaysia #QuranHour 2022 ajak masyarakat hayati erti kemerdekaan - WUIF Malaysia #QuranHour 2022 ajak masyarakat hayati erti kemerdekaan - WUIF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41661843003_QuranHour.jpg)
Malaysia #QuranHour 2022 ajak masyarakat hayati erti kemerdekaan - WUIF
Pelakon filem Mat Kilau pula Datuk Adi Putra diberikan penghormatan untuk membacakan ikrar untuk memerdekakan diri dari keburukan di jiwa.
![Kembali kepada Tuhan, hadir sesuatu yang berharga dalam kehidupan - Aliff Aziz Kembali kepada Tuhan, hadir sesuatu yang berharga dalam kehidupan - Aliff Aziz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51638507128_AliffAziz.jpg)
Kembali kepada Tuhan, hadir sesuatu yang berharga dalam kehidupan - Aliff Aziz
Aliff Aziz bercakap tentang kerinduan membuat persembahan, kerinduan pada keluarga dan peluang menebus semula masa lalu.
!['Ayah pesan sempurnakan kerja di sana kerana Allah' - Ebit Lew mohon doakan bapa terlantar sakit 'Ayah pesan sempurnakan kerja di sana kerana Allah' - Ebit Lew mohon doakan bapa terlantar sakit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71624089948_EbitLewAyah.jpg)
'Ayah pesan sempurnakan kerja di sana kerana Allah' - Ebit Lew mohon doakan bapa terlantar sakit
Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew berkongsi di media sosialnya tentang berita terbaharu bapanya.
!['Teruskan dan jangan berundur, kita mampu kembalikan kehidupan normal' - PM 'Teruskan dan jangan berundur, kita mampu kembalikan kehidupan normal' - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51623990108_MuhyiddinYassinPr.jpg)
'Teruskan dan jangan berundur, kita mampu kembalikan kehidupan normal' - PM
Muhyiddin menzahirkan rasa kagum atas semangat yang ditunjukkan oleh semua lapisan masyarakat dalam mengekang wabak penularan COVID-19.
![Ebit Liew masuk Gaza hari ini, serah dua treler ubat dan keperluan asas kepada rakyat Palestin Ebit Liew masuk Gaza hari ini, serah dua treler ubat dan keperluan asas kepada rakyat Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51622273288_EbitLewBantuanP.jpg)
Ebit Liew masuk Gaza hari ini, serah dua treler ubat dan keperluan asas kepada rakyat Palestin
Ebit Lew mengakui air matanya tidak dapat dibendung lagi usia mengaminkan doa sejurus bantuan disampaikan.
![Ustaz Ebit Lew bawa misi kemanusiaan bantu rakyat Palestin Ustaz Ebit Lew bawa misi kemanusiaan bantu rakyat Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/81605441949_ebitlew.jpg)
Ustaz Ebit Lew bawa misi kemanusiaan bantu rakyat Palestin
Ebit Lew dan delegasinya akan menjalani bantuan misi kemanusiaan di Mesir pada 25 - 30 Mei 2021.
![Pengawal peribadi dipukul: Kerajaan perlu wujudkan jawatankuasa khas elak hina agama Pengawal peribadi dipukul: Kerajaan perlu wujudkan jawatankuasa khas elak hina agama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61618553767_PPIMNadzimJohan.jpg)
Pengawal peribadi dipukul: Kerajaan perlu wujudkan jawatankuasa khas elak hina agama
Kerajaan perlu mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi mengukuhkan perpaduan sesama rakyat pelbagai bangsa dan agama di negara ini.
![Ramadan: Jadikan tahun ini sebagai 'reset' beribadah Ramadan: Jadikan tahun ini sebagai 'reset' beribadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41618286345_imammudamizznina.jpg)
Ramadan: Jadikan tahun ini sebagai 'reset' beribadah
Jadikan Ramadan tahun ini sebagai peluang menetapkan semula atau 'reset' kehidupan untuk beribadah kepada Allah SWT.
![Menjelang Ramadan: Apa maksud fidyah? Siapa wajib membayarnya? Menjelang Ramadan: Apa maksud fidyah? Siapa wajib membayarnya?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51618224277_rice.jpg)
Menjelang Ramadan: Apa maksud fidyah? Siapa wajib membayarnya?
Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu.
![Munaqasyah kedua isu kalimah Allah dua minggu lagi Munaqasyah kedua isu kalimah Allah dua minggu lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/61608544233_TBDzulkifliMohamadA.jpg)
Munaqasyah kedua isu kalimah Allah dua minggu lagi
Perbincangan kedua berhubung penggunaan kalimah Allah akan diadakan dalam tempoh kira-kira dua minggu lagi.