MUAR: Keputusan kerajaan Perak untuk tidak meneruskan bekalan air mentah kepada Pulau Pinang dibuat atas kapasiti bidang kuasa negeri berkenaan.
Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata hal itu disebabkan sumber air terletak di bawah urusan kerajaan negeri masing-masing, selain Perak juga telah menjelaskan berhubung keputusan itu.
"Menjelang 2035 dijangka dia (Perak) akan dapat lebih kurang tiga juta rakyat dan oleh itu dia melihat keperluan dalam negeri yang perlu diutamakan dulu," katanya selepas kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram malam tadi.
Menurut Tuan Ibrahim, rundingan telah dibuat dan kerajaan Perak memaklumkan yang negeri itu memerlukan Loji Rawatan Air (LRA) yang besar di utara Perak.
Beliau berkata perjumpaan bersama Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow telah diadakan bagi membincangkan tentang sumber bekalan air.
BACA: Isu air mentah: Pulau Pinang setuju rujuk KASA untuk penyelesaian
BACA: Perak tidak mampu bekalkan air kepada Pulau Pinang - MB
BACA: Bekalan air mentah: Perak, Pulau Pinang akan bincang hari ini
Beliau berkata Pulau Pinang mempunyai rizab simpanan air tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 30 peratus rizab margin berbanding negeri lain.
Tuan Ibrahim berkata terdapat alternatif lain yang boleh dilaksanakan Pulau Pinang, antaranya melakukan penerokaan baharu termasuk sumber air bawah tanah.
Semalam, Perak memuktamadkan tidak mampu membekalkan air mentah dari Sungai Perak seperti yang dicadangkan di bawah Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak (SPRWTS) kepada Pulau Pinang, kerana kajian menunjukkan kegunaan air bagi negeri itu tidak mencukupi sepenuhnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 04 2022

Tuan Ibrahim berucap pada Ceramah Umum DUN Simpang Jeram sempena PRN Johor di Bilik Gerakan PN Simpang Jeram malam tadi. --fotoBERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Perak setuju bekal air kepada Pulau Pinang - PM Anwar
Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai.

Hampir 50 peratus belum daftar, Perak harap tempoh pendaftaran PADU dilanjutkan - Exco
Masih terdapat hampir 50 peratus rakyat di Perak masih belum mendaftar, kebanyakannya dalam kalangan penduduk di kawasan pedalaman.

Perak hantar 50 orang belia jalani latihan kemahiran di China
Kerajaan Negeri Perak akan menghantar 50 orang belia ke China bagi mengikuti latihan kemahiran jangka pendek dan panjang.

Perak kenal pasti lokasi pembangunan industri berteknologi tinggi
Kerajaan negeri Perak sedang mengenal pasti lokasi bersesuaian bagi membangunkan kawasan perindustrian berteknologi tinggi di Kerian, utara negeri itu.

Jual air: Tidak ada kaitan dengan politik, kalau Kelantan nak beli pun boleh - Saarani
Keputusan Kerajaan Perak yang bersedia untuk berbincang dengan Pulau Pinang berhubungan penjualan air terawat ke negeri itu tidak mempunyai kaitan dengan pengaruh politik.

Perak bentang RUU Perladangan Unggas (Pindaan) 2023
Kerajaan Negeri Perak membentangkan RUU Perladangan Unggas (Pindaan) 2023 yang antara lain menaikkan jumlah penalti dan pembatalan lesen kepada penternak yang gagal mematuhi undang-undang.

Sidang DUN: Perak cadang Kerajaan Persekutuan ambil alih sekolah menengah tahfiz
Kerajaan Perak bercadang untuk mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi pengurusan sekolah menengah tahfiz di negeri itu diambil alih oleh pusat.

Pulau Pinang akan teruskan perbincangan bekalan air dengan Perak - Chow
Pulau Pinang merancang untuk meneruskan perbincangan dan rundingan dengan Kerajaan Negeri Perak mengenai Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak (SPRWTS), bagi mengimport air mentah dari negeri jiran.

MB Perak umum senarai portfolio Exco
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad mengumumkan senarai portfolio Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Pasca PRU15: Polis nafi kekecohan ahli UMNO di Lenggong, buka kertas siasatan
Polis Perak menafikan kononnya berlaku kekecohan di hadapan pejabat UMNO yang dikaitkan dengan penggabungan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).