SUNGAI PETANI: Keputusan untuk membina empangan bawah tanah di Langkawi dibuat selepas kajian intensif dijalankan oleh agensi kerajaan Persekutuan, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Beliau berkata pembinaan empangan bawah tanah itu merupakan antara inisiatif yang dicadangkan oleh Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) bagi mengatasi masalah bekalan air domestik yang dialami penduduk di pulau itu.
"NAHRIM buat kajian memang boleh dibina empangan bawah tanah di Langkawi sebab ada dua bukit, hanya satu bahagian yang perlu disekat bagi menyimpan bekalan air untuk digunakan.
"Ada agensi yang sudah buat kajian ini dan kini di peringkat akhir untuk dilaksanakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Alam Sekitar Sedunia Peringkat Negeri Kedah di Dataran Tsunami, Kota Kuala Muda dekat sini hari ini.
Beliau berkata empangan air bawah tanah yang merujuk projek di Jepun itu bakal menjadi yang pertama dibina di negara ini, sekiranya pembangunannya berjaya dilaksanakan.
Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata tiada kelulusan baharu akan diberikan untuk aktiviti pembalakan atau perlombongan, sebagai langkah ke arah memelihara kelestarian dan sumber alam semula jadi di Kedah.
"Ada permohonan ... tetapi biasanya yang mohon kemudian ini, kita tak luluskan, walaupun permohonan daripada anak-anak syarikat kerajaan negeri," katanya.
Menurut beliau, aktiviti pembalakan sebelum ini yang telah diberikan kelulusan, namun didapati berada di dalam kawasan yang sensitif dan menimbulkan isu alam sekitar akan dipertimbangkan semula untuk dipindahkan ke lokasi lain.
"Hampir 80,000 hektar tanah telah diluluskan sebelum ini termasuk projek ladang hutan dan macam-macam lagi. Nak kena selesaikan sebab komitmen, dah ada kelulusan, ada yang buat bayaran, kita tak boleh batal, mereka boleh saman kerajaan negeri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 02 2024

Sanusi berkata pembinaan empangan bawah tanah itu merupakan antara inisiatif yang dicadangkan oleh NAHRIM bagi mengatasi masalah bekalan air domestik di Langkawi. - Foto Sinar Harian

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Keputusan bina empangan bawah tanah Langkawi selepas lakukan kajian intensif - Sanusi
Keputusan untuk membina empangan bawah tanah di Langkawi dibuat selepas kajian intensif dijalankan oleh agensi kerajaan Persekutuan.