KUALA LUMPUR: Menerokai pasaran tempatan secara lebih meluas, sehingga merentasi sempadan Malaysia Timur, seharusnya menjadi fokus para usahawan.
Selain menumpukan kepada pasaran di Semenanjung Malaysia, mereka digalak mengembangkan pasaran ke Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, yang juga berpotensi besar menawarkan kelebihan menguntungkan.
Susulan penularan pandemik COVID-19, yang meninggalkan kesan kepada perniagaan, penggunaan teknologi dapat membantu dalam memasarkan produk dengan cepat di Malaysia Timur.
Selain itu, pasaran produk dapat diperluas apabila usahawan atau peniaga tempatan memahami beberapa aspek merangkumi perjalanan, sikap pengguna dan evolusi pasaran di Malaysia Timur serta mempelajari teknik dan panduan daripada mereka yang berpengalaman.
Justeru, Astro AWANI | LINC membawakan siri webinar ‘Marketing Insider: Borneo Edition, Localise your product marketing and win over East Malaysians’ yang bertujuan memberi pendedahan serta peluang kepada usahawan di seluruh negara memasarkan produk dan memenangi hati penduduk di kepulauan Borneo.
Sertai diskusi secara mendalam yang dikendalikan Penyampai Astro AWANI, Dino Omar bersama ahli panel hebat, terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Sarawak, Suhaimi Sulaiman; Ketua Pemasaran dan Pegawai Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sani; Pengurus Pemasaran Daily Express, Dexter Yeh dan Pengurus Besar Astro Radio Malaysia Timur, Hafizuddin Nizamuddin.
Daftar sekarang di linc.astroawani.com dan ikutinya pada 8 Jun ini, jam 11 pagi.
Ehsan A Marisah
Thu Jun 03 2021
Borneo ialah kepulauan ketiga terbesar di dunia dan berpotensi besar menawarkan kelebihan menguntungkan kepada usahawan dan peniaga tempatan.
EAIC terima aduan kecuaian JIM lulus permohonan COM tanpa pengetahuan pengarah syarikat
EAIC mengesahkan menerima aduan terhadap Jabatan Imigresen (JIM) berhubung kelulusan Permohonan Memo Periksa Keluar (COM) tanpa pengetahuan atau kehadiran pengarah syarikat terlibat.
UK siap sedia hadapi salji lebat, hujan berais selepas catat suhu -5C
Sebahagian besar kawasan di Britain dijangka dilanda salji lebat dan hujan berais pada hujung minggu ini selepas suhu mencecah serendah -5 darjah Celsius semalaman.
Korea Selatan saksi peningkatan kelahiran buat kali pertama dalam tempoh 9 tahun
Bilangan bayi yang dilahirkan di Korea Selatan, sebuah negara antara kadar kesuburan terendah di dunia, meningkat buat kali pertama dalam tempoh sembilan tahun pada 2024.
Ibu negara Vietnam, Hanoi, bandar raya paling tercemar di dunia
Ibu negara Vietnam, Hanoi, menduduki tangga teratas sebagai kota paling tercemar di dunia pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu (AA).
Tze Yong perlu atasi trauma kecederaan - Rexy
Perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong perlu berani mengatasi trauma kecederaan bagi memulakan semula karier badminton dengan semangat baharu.
Jepun usaha jadikan budaya onsen sebagai warisan tidak ketara UNESCO
Sekumpulan gabenor Jepun berhasrat menjadikan budaya mandian air panas negara itu tersenarai sebagai warisan tidak ketara UNESCO pada 2028.
Maritim Malaysia giat kesan PATI Myanmar cuba masuk ke negara
Berdasarkan maklumat yang diterima, terdapat dua lagi bot yang dipercayai membawa PATI Myanmar berada di laut.
APMM pastikan tatakelola di tahap terbaik, lengkapkan pegawai dengan AI
APMM akan memastikan 2025 menjadi tahun pelaksanaan tatakelola yang terbaik agensi itu sama ada dalam pengurusan mahupun penguatkuasaan.
Majlis Peguam rayu keputusan Mahkamah Tinggi tolak cabar pengampunan Najib
Majlis Peguam memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk mencabar keputusan Lembaga Pengampunan yang mengurangkan hukuman terhadap Najib.
Balsam gamat, herba cenderamata istimewa pada Mesyuarat ASEAN
Produk berasaskan gamat dan herba adalah antara cenderamata istimewa disediakan buat delegasi Mesyuarat ASEAN 2025 yang akan bertandang ke Langkawi, Kedah pada pertengahan bulan ini.
Kepulauan Borneo, pasaran baharu luaskan pemasaran produk
Tidak hanya menumpukan kepada pasaran di Semenanjung Malaysia, pasaran di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan juga mempunyai potensi besar dengan menawarkan kelebihan yang menguntungkan.
Tingkat keuntungan perniagaan melalui pemasaran bernas
Usahawan atau peniaga kecil dan sederhana (PKS) yang ingin mempelajari ilmu pemasaran, ini peluang untuk anda.
Momentum Internet sasar 100,000 usahawan digitalisasi perniagaan
Program tersebut bertujuan membantu lebih ramai usahawan tempatan mencapai sasaran jualan dan terjejas akibat COVID-19.