Pelaksanaan kepolisan moden amat penting bagi Malaysia untuk memastikan kerjasama antara negara anggota INTERPOL dalam memerangi segala bentuk jenayah antarabangsa dengan lebih berkesan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Beliau berkata perlakuan jenayah antarabangsa kini semakin kompleks seperti jenayah siber, keganasan dan jenayah rentas sempadan, yang didapati kegiatan tersebut saling berkaitan.
Katanya penguasaan teknologi adalah penting untuk membolehkan polis berada di hadapan dalam memerangi jenayah antarbangsa.
"Biometrik cap jari adalah bahan bukti utama bagi memastikan setiap pesalah berkenaan dapat dijejaki segera. Sistem pengenalpastian wajah perlu kerjasama dengan negara-negara INTERPOL," katanya kepada media Malaysia selepas menghadiri majlis perasmian Perhimpunan Agung Ke-86 INTERPOL di Pusat Konvensyen Antarabangsa China, di sini, hari ini.
Turut hadir pada sidang media itu ialah Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Duta Besar Malaysia di China Datuk Zainuddin Yahya.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata usaha mewujudkan keamanan antarabangsa perlukan program jangka panjang seperti perkongsian maklumat rekod dan data antara negara anggota INTERPOL.
"Kita berpuas hati dengan kerjasama erat (Polis Diraja Malaysia) PDRM dan INTERPOL, keberhasilan jejak penjenayah dari luar negara atau penjenayah Malaysia di luar negara dijejaki dengan segera dan berkesan," katanya.
Beliau berkata peranan INTERPOL semakin penting kerana perkongsian data dengan PDRM adalah secara masa sebenar seperti kes kecurian dan Kehilangan Dokumen Perjalanan (SLTD), cap jari, senjata api, kenderaan curi dan senarai orang dikehendaki.
Mengenai SLTD, Ahmad Zahid berkata berdasarkan pangkalan data ibu pejabat INTERPOL di Perancis, daripada 76 juta pasport hilang seluruh dunia, 192,402 adalah pasport Malaysia.
Beliau berkata pasport Malaysia merupakan antara yang terbaik di dunia kerana ciri keselamatannya dan diterima oleh lebih 150 buah negara tanpa perlu visa.
Muhamad Fuzi berkata untuk tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, sebanyak 52,459 rakyat Malaysia kehilangan pasport mereka dan direkodkan dalam pangkalan data INTERPOL.
"Kita memandang serius perkara ini kerana kemungkinan pasport Malaysia dicuri atau dicari oleh sindiket untuk mendapat pasport kita," katanya sambil menambah di pasaran gelap harga satu pasport Malaysia adalah antara RM100,000 hingga RM250,000.
Beliau berkata sebanyak 59 rakyat Malaysia di luar negara yang dikehendaki PDRM disenaraikan sebagai notis merah INTERPOL kerana terbabit dalam jenayah bunuh, Macau Scam, keganasan, kes berkaitan dadah dan senjata api.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 26 2017
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa mengadakan sidang media bersama wakil media Malaysia selepas menghadiri Perhimpunan Agung INTERPOL Ke-86 hari ini. - Foto BERNAMA
Protokol ASEAN 5 perluas akses penerbangan, ekonomi antara negara anggota - Loke
Pemeteraian Protokol ASEAN 5 mampu meningkatkan sambungan udara dan perdagangan di rantau ini.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit siap sedia hadapi banjir
60 rumah bangsal dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
TPM Zahid tiba di Abu Dhabi, lawatan rasmi pertama ke UAE
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selamat tiba di Abu Dhabi, bagi memulakan kerja ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Politeknik Port Dickson diiktiraf institusi TVET terbaik Asia Pasifik - Ahmad Zahid
Politeknik Port Dickson diiktiraf sebagai institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terbaik di Asia Pasifik.
Ahmad Zahid saran APM pelajari amalan terbaik, tingkat keupayaan
Ahmad Zahid menyarankan agar Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mempelajari amalan terbaik dari negara lain bagi meningkatkan keupayaan pertahanan awam negara.
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 perkukuh ekosistem pembangunan belia - Ahmad Zahid
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 yang dilancarkan hari ini dijangka memperkukuhkan ekosistem pembangunan belia Malaysia menjelang 2030.
Johor negeri pertama miliki majlis pembangunan bakat melalui penubuhan JTDC - TPM
Johor menjadi negeri pertama di Malaysia memiliki majlis pembangunan bakatnya sendiri melalui penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) yang dilancarkan hari ini.
Belanjawan 2025: RM10 juta untuk bina stadium e-sukan baharu - Ahmad Zahid
Sebanyak RM10 juta daripada keseluruhan RM20 juta yang diperuntukan bagi pembangunan ekosistem e-sukan menerusi Belanjawan 2025, akan digunakan untuk pembinaan stadium e-sukan baharu.
Tragedi tsunami perkukuh komitmen ASEAN mengenai keperluan kurangkan risiko bencana
Tragedi tsunami memperkukuh komitmen antara negara ASEAN tentang keperluan mendesak agar setiap usaha berterusan diselaraskan bagi mengurangkan risiko bencana.
Ahmad Zahid hadiri Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai pengurusan bencana
Mesyuarat berkenaan membabitkan wakil dari negara-negara angota ASEAN yang terlibat secara langsung dalam pengurusan risiko bencana.
TPM Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Sze Fei-Nur Izuddin juarai Terbuka Artik
Kebangkitan #FeiDin menyuntik semangat juang yang tinggi dan inspirasi buat kita semua, kata Ahmad Zahid.
Parlimen: Ahmad Zahid ingatkan MP BN bawa suara rakyat secara bertanggungjawab
Semua Ahli Parlimen BN diingatkan memainkan peranan mereka dengan berkesan pada sidang Parlimen kali ini yang bermula 14 Okt ini.