Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF) Datuk Nasharudin Mat Isa, penerima ijazah doktor falsafah PhD daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) semalam, memilih tajuk tepat, 'Kepimpinan Wasatiyyah' dalam menyediakan tesisnya.
Menyatakan demikian, Dekan Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden UUM, Prof Madya Dr Yahya Don berkata, tajuk itu dipilihnya ketika dunia kini diancam ekstremis agama.
Tajuk itu juga sangat sesuai dengan tugas dan jawatan Nasharudin di GMMF, iaitu bagaimana melihat pengaruh wasatiyyah itu di kalangan pempimpin muda dalam mempertahankan negara.
"Hasil kajian Datuk (Nasharudin) ini kita melihat pemimpin yang ada nilai wasatiyyah ini cenderung dalam mempertahankan negara.
"Jika tidak ada idea menanganinya ia akan melenyapkan cita-cita negara untuk melahirkan pemimpin terbaik," tegas Yahya kepada Bernama di sini hari ini.
"Pemimpin yang ada itu perlu membina satu konsep baharu untuk memahami dengan sebenar-benarnya konsep wasatiyyah dalam aspek pembinaan negara," kata Yahya, Penyelia Nasharudin dalam menghabiskan pengajian PhDnya.
Beliau berkata hasil kajian Nasharudin itu sebagai panduan kepada pemimpin muda agar tidak terbabit ancaman ektremis yang boleh dikaitkan dengan militan kerana ia tidak menguntungkan negara pada masa hadapan.
Yahya berharap idea-idea dilontarkan Nasharudin itu akan terus diperjuangkan generasi pemimpin muda untuk membawa negara ke era yang lebih cemerlang dan menjadi pemimpin hebat kepada bangsa, agama dan negara.
Menyentuh penyiapan Nasharudin untuk PhDnya, Yahya berkata, "Datuk sentiasa berhubung dengan saya jika ada sebarang masalah.
"Maklumat yang diperolehi beliau untuk menyiapkan tesisnya adalah sangat baik dan ini merupakan satu kesungguhan yang saya amat kagumi".
"Jelas sekali, Nasharudin mempunyai semangat yang tinggi dalam menghabiskan pengajiannya di UUM sejak awal 2014," kata Yahya.
Yahya berkata bekas timbalan presiden PAS itu sanggup menghabiskan masanya berhari-hari di universiti bagi mempersiapkan segala tugas pengajiannya.
"Datuk seorang yang ada idea mantap dan tenang. Mempunyai pengetahuan yang tinggi dan mudah dibimbing.
"Kelebihan Datuk kerana beliau boleh memahami bahasa Arab yang buku rujukannya banyak diperolehi dari negara Timur Tengah dan ini sangat membantunya menghabiskan pengajian," katanya.
Semalam Nasharudin tampil sebagai salah seorang daripada 208 penerima PhD (ijazah Doktor Falsafah) yang disampaikan Canselor UUM, Tan Sri Tunku Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada Majlis Konvokesyen Ke-29 universiti berkenaan.
Seramai 6,737 graduan menerima ijazah masing-masing yang terdiri daripada 1,512 graduan pasca siswazah manakala bakinya adalah graduan Sarjana Muda.
Nasharudin tidak dapat dihubungi untuk komen dan dimaklumkan dalam perjalanan ke United Kingdom untuk tugas rasmi.
Beliau pernah menjadi Anggota Parlimen Yan pada 1999 dan Anggota Parlimen Bachok pada 2008 dan menjadi timbalan presiden PAS pada 2009 hingga 2011.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 13 2016

Ketua Pegawai Eksekutif GMMF Datuk Nasharudin Mat Isa, penerima PhD daripada UUM, memilih tajuk tersebut untuk tesis beliau. - Gambar fail
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

GMMF kutuk insiden serangan di Indonesia
Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF) hari ini mengutuk sekeras-kerasnya siri serangan pengecut oleh pengganas di Indonesia.

GMMF bekerjasama dengan UNESCO cegah pelampau keganasan
Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global (GMMF) akan bekerjasama dengan UNESCO bagi mengutarakan kepentingan inisiatif pendidikan dalam konteks mengatasi dan mencegah pelampau keganasan.

Pengiktirafan AS terhadap Baitulmaqdis langkah silap - GMM
Pengiktirafan Amerika Syarikat (AS) ke atas Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel adalah satu langkah silap kerana ia dilakukan tanpa mengambil kira sensitiviti rantau berkenaan.

Serangan New York: Komuniti global perlu kekal bersatu - GMMF
Serangan keganasan yang berlaku di bandar raya New York menekankan keperluan masyarakat global untuk kekal bersatu dan teguh dalam berhadapan keganasan.

'Kepimpinan Wasatiyyah' tajuk tepat ketika dunia diancam ekstremis agama
Ketua Pegawai Eksekutif GMMF Datuk Nasharudin Mat Isa, penerima PhD daripada UUM, memilih tajuk tersebut untuk tesis beliau.

GMMF kutuk serangan ganas di Nice
Tindakan itu satu jenayah dan tidak dapat dijustifikasikan dan tidak harus sama sekali dikaitkan dengan mana-mana warganegara, etnik atau agama.