KUANTAN: Dakwaan kononnya agama Islam terancam dan Pahang merupakan negeri sekular merupakan kenyataan yang mencetuskan persepsi buruk serta boleh memecahbelahkan keharmonian rakyat di negeri ini.
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata sebenarnya sudah banyak yang kerajaan negeri beri peruntukan dan melaksanakan pelbagai program ke arah pengukuhan syiar Islam di Pahang.
"Selain bantuan dan sumbangan yang disalurkan kepada masjid, surau, mualaf, pengantin baharu menerusi Bantuan Prihatin Pahang, kerajaan negeri juga telah membentangkan 14 Rang Undang-Undang (RUU) atau Enakmen berkaitan agama Islam yang telah diluluskan di dewan ini.
"Seperti RUU bagi menghalang umat Islam keluar daripada agama Islam (Murtad), RUU berkaitan Wakaf kita juga telah dilaksana, RUU berkaitan Wasiat serta RUU berkaitan Tarekat bagi menghalang penyebaran ajaran sesat," katanya.
Beliau berkata demikian semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih Titah Diraja Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan negeri menerusi Yayasan Pahang sedang giat membangunkan Pendidikan Tahfiz khusus untuk anak-anak Pahang, bermula dari peringkat awal persekolahan sehingga ke peringkat Diploma.
"Tadika Tahfiz Negeri Pahang bermula dengan satu cawangan pada tahun 2018 sekarang kita mempunyai 25 buah Tadika Tahfiz di seluruh Pahang dengan modul pendidikannya telah mula berkembang dan digunakan di 4,000 Tabika KEMAS seluruh negara," katanya.
Sementara itu, beliau memaklumkan sebanyak 34 kes tangkapan telah direkodkan bermula Januari sehingga kini antaranya melibatkan kesalahan pencerobohan tanah kerajaan mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (Akta 828) dan melombong tanpa pajakan Seksyen 158 Enakmen Mineral Negeri Pahang 2001.
Beliau berkata Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) juga telah menyelesaikan tindakan pemusnahan struktur binaan dan tanaman di atas tanah kerjaan yang diceroboh seluas 122.2 hektar (302 ekar) di seluruh Pahang, melibatkan tanah milik Perbadanan Setiausaha Kerajaan (PSK) dan anak syarikat kerajaan negeri.
"Selain itu, saya menyeru agar kita semua menjunjung titah Sultan Pahang, supaya menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan yang mengetepikan semakan kehakiman pekebun durian Musang King di daerah Raub, baru-baru ini," katanya.
Wan Rosdy turut memaklumkan Tabung Pahang4Palestine yang telah dilancarkan pada 28 Okt lepas telah berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM1.5 juta dalam tempoh hampir tujuh bulan.
"Insya-Allah pada 20 Mei ini iaitu Isnin depan saya akan melancarkan penghantaran bantuan dalam bentuk barangan seperti ubat-ubatan, selimut dan makanan 'ready to eat' ke Gaza dengan kerjasama Wisma Putra menerusi program Ops Ihsan," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 13 2024

Wan Rosdy berkata sebenarnya sudah banyak yang kerajaan negeri beri peruntukan dan melaksanakan pelbagai program ke arah pengukuhan syiar Islam di Pahang. - Gambar fail
Keselamatan: pastikan kenderaan perdagangan selamat digunakan - Loke
Syarikat pengendali kenderaan perdagangan berpotensi digantung operasi oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sekiranya kenderaan milik mereka yang terlibat kemalangan gagal proses audit Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Kemalangan maut: Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Seorang lelaki maut selepas kereta Perodua Myvi yang dipandunya merempuh belakang sebuah lori treler 40 kaki dalam satu kemalangan di Lebuhraya Damansara menghala ke Puchong awal pagi, pada Selasa.
Letupan Sungai Golok: PGA perketat kawalan sempadan, halang suspek masuk Malaysia
Pasukan Gerakan Am (PGA) memperketat kawalan di sempadan Malaysia-Thailand bagi menghalang suspek yang dikaitkan dengan insiden letupan bom di Sungai Golok, selatan Thailand daripada melarikan diri ke Malaysia.

ACLE: JDT anggap aksi menentang Buriram United seperti perlawanan akhir
Johor Darul Ta'zim (JDT) akan menganggap pertemuan menentang kelab Thailand Buriram United pada aksi kedua pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Elite (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim di sini seperti p
Nahas lampu isyarat: seorang lagi mangsa meninggal dunia
Seorang lagi mangsa kemalangan membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Jalan Persiaran Senawang 1 di Seremban pada Khamis lepas disahkan meninggal dunia malam Isnin.

Sabah Maju Jaya: Isu perumahan, masalah setinggan dapat perhatian
Kata Hajiji, masalah perumahan berpunca daripada kos sewa yang tinggi akhirnya menyumbang kepada lambakan perumahan setinggan.

Eropah jadi pengimport senjata terbesar AS buat kali pertama dalam 20 tahun - SIPRI
Eropah mengatasi Asia Barat sebagai pengimport senjata terbesar dari Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh 2020-2024, meraih gelaran itu buat kali pertama dalam tempoh dua dekad.

Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Industri acara perniagaan di Pulau Pinang mencatatkan anggaran impak ekonomi (EEI) sebanyak RM1.29 bilion pada tahun lepas, peningkatan signifikan sebanyak 24.8 peratus berbanding 2023.

Bertrand yakin pelantikan Ken Nee bantu skuad terjun negara
Katanya, Ken Nee tahu apa diperlukan untuk kembali meraih kejayaan dan sentiasa peka dengan perkembangan teknik dan peraturan terjun terkini.

Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Sebuah kereta Perodua Myvi telah melanggar belakang sebuah lori treler, mengakibatkan seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan.

Tiada keperluan wujud menteri khusus masyarakat bukan Islam - Wan Rosdy
Wan Rosdy berkata, kenyataan dibuat Ahli Parlimen Raub di Dewan Rakyat berkaitan isu itu seharusnya ditolak kerana boleh mencetuskan polemik.

Pahang meterai enam MoU dengan pemain industri pertanian Australia
Kerajaan Pahang memeterai enam memorandum persefahaman (MoU) dengan pemain industri pertanian, penternakan dan perikanan di Australia.

Kerajaan Pahang akan bangunkan pusat data AI
Projek yang pertama di negeri Pantai Timur itu menyasarkan produk pertanian tempatan untuk pemasaran domestik dan global.

Pahang catat KDNK melebihi pertumbuhan nasional dua tahun berturut-turut
Pahang merekodkan pertumbuhan KDNK 10.8 peratus berbanding purata nasional iaitu 8.7 peratus pada 2022.

Keluasan tanah rizab Melayu di Pahang meningkat - Wan Rosdy
Keluasan tanah rizab Melayu semasa di Pahang ialah 444,074 hektar, 12.34 peratus daripada keluasan negeri ini iaitu lebih 3,597,206 hektar.

Bayaran BKK satu bulan setengah gaji untuk penjawat awam Pahang
Kerajaan Negeri Pahang mengumumkan BKK sebanyak satu bulan setengah gaji kepada penjawat awam negeri yang akan dikreditkan pada tahun hadapan.

Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.

Perjanjian jual beli tanah di Gebeng berstatus tanah pajakan
Wan Rosdy berkata penjualan tanah ini adalah untuk tujuan pembangunan industri dan bukan perkara baharu, serta meminta rakyat tidak terkeliru dengan persepsi negatif.

Penduduk Pahang diminta bersiap siaga hadapi Monsun Timur Laut
Penduduk di negeri ini diminta bersiap siaga menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) atau lebih dikenali musim tengkujuh di Malaysia yang dijangka bermula esok sehingga Mac tahun depan.

Sekolah politik akan direalisasi segera selepas perbincangan modul - Wan Rosdy
Beliau berkata, perbincangan lanjut mengenai modul dan silibus sekolah berkenaan akan diadakan dalam masa terdekat.