GERIK: Seorang lelaki berusia 20-an maut selepas terbabit dalam nahas jalan raya di Jalan Kuala Rui dekat sini pada Ahad.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada jam 11.50 pagi sebelum sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) dikerahkan ke lokasi.
Katanya, setibanya di lokasi kejadian, pihak bomba mendapati kemalangan melibatkan dua mangsa yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira.
“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira yang terbabas dan terdapat dua orang mangsa yang terlibat.
“Mangsa seorang lelaki berumur lingkungan 20 tahun tersepit dan disahkan maut di lokasi kejadian.
“Sementara seorang lagi mangsa mengalami kecederaan dan telah berjaya keluar dengan sendirinya,” katanya menerusi satu kenyataan pada Ahad.
Dalam pada itu katanya pasukan bomba telah melakukan kerja-kerja mengeluarkan mangsa daripada bangkai kenderaan menggunakan peralatan khas.
“Mangsa telah berjaya dikeluarkan dan diserahkan pada pihak polis dan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan selanjutnya,” jelasnya lagi.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Kamarul Ariffin Abdul Ghani itu tamat pada jam 12.45 tengah hari.
Amirrul Rabbani
Sun Oct 09 2022
Mangsa seorang lelaki berumur lingkungan 20 tahun tersepit dan disahkan maut di lokasi kejadian. - Foto JBPM
Bau busuk bongkar skru tertanam dalam hidung
Doktor berjaya menemui objek mencurigakan berwarna hitam dalam rongga hidung kanak-kanak itu dan ia disahkan melalui imbasan CT di kepalanya.
[LAPOR LANGSUNG] Letupan baharu menggegarkan Beirut
Rakaman video menunjukkan letupan itu menerangi pinggir bandar selatan yang padat penduduk.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Letupan kuat itu bermula hampir tengah malam dan berterusan hingga Ahad.
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Oktober 2024
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Kenderaan terbabas, lelaki maut dalam nahas jalan raya di Gerik
Seorang lelaki berusia 20-an maut selepas terbabit dalam nahas jalan raya di Jalan Kuala Rui dekat sini pada Ahad.
Nahas Jeli-Gerik: Jenazah lima sekeluarga selamat dikebumikan satu liang lahad
Jenazah lima sekeluarga yang maut dalam nahas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Jeli-Gerik semalam selamat dikebumikan.
Sempat buat panggilan video bersama, sebelum ibu maut dalam nahas di Gerik - Anak mangsa
Menurut Siti Fatimah keluarganya dalam perjalanan pulang dari Kelantan ke Sungai Petani, Kedah selepas menghantar kakaknya ke sebuah pondok pengajian agama di Kota Bharu.