Menyifatkan perbicaraan pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga pembantunya sebagai kes paling diingatinya sebagai hakim, Tun Arifin Zakaria berkata Mahkamah Persekutuan bergantung sepenuhnya pada bukti keadaan untuk mensabitkan tiga lelaki termasuk seorang bekas peguam.
Ketua Hakim Negara itu berkata perbicaraan kes bunuh Sosilawati merupakan yang kedua, selepas kes bunuh Sunny Ang Soo Suan pada 1965, yang mahkamah bergantung pada bukti keadaan untuk mensabitkan tertuduh tanpa mayat mangsa dijumpai.
"Sudah tentu, kes terakhir yang kami ada ialah kes bunuh Sosilawati. Ia diingati atas beberapa sebab iaitu melibatkan banyak tertuduh dan bersejarah dari segi ia merupakan kes kedua selepas kes Sunny Ang iaitu kami bergantung sepenuhnya pada bukti keadaan. Polis tidak menjumpai mayat (Sosilawati), sama seperti dalam kes Sunny Ang.
"Jadi, ia bersejarah dari aspek itu dan kebetulan ia juga merupakan kes jenayah terakhir dikendalikan saya," katanya semasa ditanya kes apa yang paling diingati, sebagai hakim.
Soalan itu diajukan kepada Arifin pada sidang media selepas pelancaran bukunya bertajuk 'Justice Above All, Selected Judgments of Tun Arifin Zakaria With Commentaries', oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah di sebuah hotel di sini, hari ini.
Dalam kes Sunny Ang, lelaki itu didapati bersalah membunuh teman wanitanya yang mayatnya tidak dijumpai.
Pada 16 Mac, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman mati diputuskan terhadap bekas peguam N. Pathmanabhan, 47, dan dua pekerja ladangnya, tetapi membebaskan seorang daripada perayu daripada pertuduhan membunuh Sosilawati dan tiga pembantunya kira-kira tujuh tahun lepas.
Dua pekerja ladang itu ialah T. Thilaiyalagan, 25, dan R. Kathavarayan, 37.
Dalam penghakimannya, panel lima hakim dipengerusikan Arifin berkata terdapat bukti kukuh untuk menunjukkan bahawa Sosilawati dan tiga pembantunya dibunuh di ladang milik Pathmanabhan di Banting.
Panel itu yang turut dianggotai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan tiga Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Tan Sri Azahar Mohamed dan Tan Sri Zaharah Ibrahim, sementara itu membebaskan seorang lagi perayu R. Matan, 26, atas alasan kekurangan bukti untuk mengaitkan lelaki itu dengan pembunuhan tersebut.
Pada 23 Mei, 2013, empat lelaki itu dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam atas kesalahan membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.
Sosilawati dan ketiga-tiga pembantunya itu dilaporkan hilang selepas pergi ke Banting bagi urusan tanah.
Kehilangan mereka telah menjadi topik utama di seluruh negara. -- Bernama
Bernama
Sat Mar 18 2017

Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria bergambar bersama Buku: 'Justice Above All Selected Judgment of Tun Ariffin Zakaria with Commentaries' yang disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini. - Foto Bernama
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kendali kes bunuh Sosilawati detik paling diingati buat saya - Tun Ariffin
Tun Arifin Zakaria berkata Mahkamah Persekutuan bergantung sepenuhnya pada bukti keadaan untuk mensabitkan tiga lelaki termasuk seorang bekas peguam.