Durian Musang King atau nama asalnya Raja Kunyit, mempunyai isi berwarna kuning pekat, durinya bersegi, sementara pangkal tangkainya tidak berduri dan garisan pangsa jelas pada kulit.
Penolong Pengarah Bahagian Hortikultur Jabatan Pertanian Serdang Mohd Auzaie Komarudin berkata ini merupakan antara ciri-ciri utama durian D197 yang didaftarkan di Jabatan Pertanian pada 1993.
Beliau berkata masyarakat Cina tempatan gemar menggelarkan raja buah itu sebagai Mao Shan Wang, yang bermaksud raja kucing gunung iaitu merujuk kepada bentuk isi durian yang mirip posisi seekor kucing sedang tidur.
"Panggilan itu terus digunakan secara meluas sehingga perkataan 'Mao Shan' ditukar kepada sebutan Musang dan 'Wang' ditukar kepada King sehingga dikenali sebagai Musang King hingga kini," katanya mengenai durian itu yang banyak didapati di sekitar Raub, Pahang.
Beliau berkata untuk itu, pembeli perlu sentiasa berhati-hati dalam membeli durian Musang King supaya tidak ditipu penjual.
"Musang King yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan lebih lonjong seperti bola ragbi berbanding baka lain yang berbentuk bulat, selain mempunyai corak seakan bintang pada bawah buahnya," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Ladang Bandar Jabatan Pertanian, Serdang dekat sini hari ini.
Mohd Auzaie berkata isi durian Musang King lebih tebal ditambah rasa lemak yang sedikit pahit dan bijinya pula kecil berbanding baka lain.
"Musang King cukup diminati penggemar durian sehingga dijual agak mahal bermula RM50 sekilogram di pasaran atau 30 hingga 40 peratus lebih mahal daripada jenis durian yang lain. Malah terdapat sesetengah peniaga cuba mengaut keuntungan mudah dengan mendakwa menjual Musang King, walhal ia merupakan baka lain," katanya.
Beliau berkata pembeli perlu memeriksa ciri-ciri durian itu terlebih dahulu sebelum membelinya bagi mengelak ditipu.
Bagi mengenali baka anak pokok Musang King pula, beliau berkata pokok duriannya memiliki daun yang lebih nipis, berbentuk tirus dan sedikit beralun.
"Anak pokok ini sesuai untuk ditanam di tanah terbuka apabila sudah mempunyai sekurang-kurangnya lapan helai daun dan kebiasaannya hasil tanaman boleh mula dinikmati seawal lima tahun setelah ditanam," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 08 2017
![Kenali Musang King, elak ditipu peniaga durian Kenali Musang King, elak ditipu peniaga durian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/41512696818_durian.jpg)
BAGI masyarakat Cina tempatan gemar menggelarkan raja buah itu sebagai Mao Shan Wang. - Gambar fail Bernama
![Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721118437_FahmiFadzil.jpg)
Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi
Penambahbaikan aspek perundangan akan diteliti kerajaan, termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan dalam masa terdekat.
![Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-12/81575261818_GobindSinghDeo.jpg)
Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind
Beliau menegaskan bahawa pelaksanaan e-Invois itu akan memberi manfaat, termasuk meningkatkan pendapatan PKS.
![Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai? Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117483_KimPangon.jpg)
Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?
Bekas pengendali skuad negara itu dilaporkan sedang menjadi calon utama untuk mengisi jawatan pengurus kelab gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai.
![Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/41482504881_TamanTasikTitiwang.jpg)
Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau
Daripada keluasan itu, sebanyak 977.55 hektar tanah telah diwartakan, manakala 1,416.24 hektar tanah lapang yang berpotensi akan dan sedang dalam proses diwartakan.
Guna jawatan untuk projek pembekalan, suami isteri ditahan
Sepasang suami isteri direman enam hari dalam siasatan penyalahgunaan jawatan untuk mendapatkan projek pembekalan bernilai lebih RM200,000.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
DBKL ubah lalu lintas Jalan Sultan Ismail bermula 22 Julai
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan perubahan lalu lintas di Jalan Sultan Ismail berkuat kuasa 22 Julai ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721116604_ChongZheminDewan.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
[TERKINI] Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka kembali teguh
Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka teguh sepanjang tahun ini, demikian menurut BMI, iaitu syarikat Fitch Solitions.
![Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721102947_suspekbunuhNurFar.jpg)
Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM
Anggota berusia 26 tahun terbabit bertugas di Balai Polis Slim River di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim dengan pangkat lans koperal.
![Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117052_SaifulNizamSaharud.jpg)
Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta
Seorang perunding pelaburan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta.
![Durian, rambutan segar ‘gugur’ di benua Afrika, perluas pasaran baharu Durian, rambutan segar ‘gugur’ di benua Afrika, perluas pasaran baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721055134_tbduriannamibia.jpg)
Durian, rambutan segar ‘gugur’ di benua Afrika, perluas pasaran baharu
Para tetamu dihidangkan dengan Durian D197 yang terkenal, juga dikenali sebagai Musang King dan Rambutan Budak Sekolah.
![Eksport durian segar ke China tidak jejas pasaran tempatan Eksport durian segar ke China tidak jejas pasaran tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720254686_durian.jpg)
Eksport durian segar ke China tidak jejas pasaran tempatan
Pengeksportan pertama durian segar ke China tidak akan menjejaskan pasaran dan harga buah itu di pasaran tempatan.
![FAMA pemudah cara bantu pengusaha durian kampung eksport ke China FAMA pemudah cara bantu pengusaha durian kampung eksport ke China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71627204453_durian.jpg)
FAMA pemudah cara bantu pengusaha durian kampung eksport ke China
FAMA diminta menjadi pemudah cara dan mencari mekanisme untuk membincangkan perkara itu kerana ia merupakan peluang melebarkan perniagaan pengusaha durian di kampung.
![Pengusaha durian perlu mula tanam dalam skala besar untuk pasaran China - Mohamad Pengusaha durian perlu mula tanam dalam skala besar untuk pasaran China - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718880101_tbMohamadSabu.jpg)
Pengusaha durian perlu mula tanam dalam skala besar untuk pasaran China - Mohamad
Semua pengusaha durian tempatan khususnya golongan bumiputera perlu memulakan penanaman buah berkenaan dalam skala besar bagi membolehkan dipasarkan ke China antara lima hingga enam tahun lagi.
![Thailand anjur festival durian, tingkatkan perdagangan dengan China Thailand anjur festival durian, tingkatkan perdagangan dengan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51650887588_DURIAN.jpg)
Thailand anjur festival durian, tingkatkan perdagangan dengan China
Sambutan pesta durian pada Sabtu di selatan Thailand mempromosikan durian Thailand dan membantu lebih banyak buah memasuki pasaran China.
![Johor akan bangunkan pusat pengumpulan durian atasi jangkaan lambakan Johor akan bangunkan pusat pengumpulan durian atasi jangkaan lambakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81685083093_RAJABUAHdurian.jpg)
Johor akan bangunkan pusat pengumpulan durian atasi jangkaan lambakan
Lambakan itu dijangka berlaku berikutan penanaman durian berskala besar yang dilakukan pekebun sejak beberapa tahun lepas.
![Jualan durian meningkat dalam Shopee Live di Singapura Jualan durian meningkat dalam Shopee Live di Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51688127790_Jualandurian.jpg)
Jualan durian meningkat dalam Shopee Live di Singapura
Penjual durian di Shopee mencatat jumlah tontonan dan pesanan harian yang tinggi di Shopee Live, yang menyumbang kepada lebih 50 peratus daripada keseluruhan jualan mereka musim ini.
![Durian Pak Yas 'lubuk' peminat raja buah Durian Pak Yas 'lubuk' peminat raja buah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81686756309_TBDURIANPAKYAS.jpg)
Durian Pak Yas 'lubuk' peminat raja buah
Ilyas sering tidak menang tangan apabila tiba musim durian kerana pengunjung dari dalam dan luar negara akan tertumpu ke kedainya.
![Aliff Syukri seronok jual durian serendah RM5 sekilo! Aliff Syukri seronok jual durian serendah RM5 sekilo!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686358843_DatukAliffSyukri.jpg)
Aliff Syukri seronok jual durian serendah RM5 sekilo!
Aliff Syukri juga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada yang membeli.
![Jual sebakul durian Musang King serendah RM50 Jual sebakul durian Musang King serendah RM50](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51685862608_TBDurian.jpg)
Jual sebakul durian Musang King serendah RM50
Lambakan durian pada musim kali ini membuatkan raja buah itu dijual pada harga berpatutan dan sekali gus mampu dibeli semua golongan.