Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd pernah ditangguh pengesahan kenaikan pangkatnya sebagai Komisioner Polis (CP) pada 2016 berhubung wang AUD$320,000 (RM971,483) yang didepositkan ke akaun bank miliknya di Australia.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata penangguhan pengesahan pangkat itu dibuat bagi membolehkan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman menyiasat dari semua sudut berhubung kes berkenaan.
"Wan Ahmad Najmuddin telah ditahan (ditangguh) pengesahan pangkat untuk beberapa tempoh pada 2016 sehingga pihak JIPS selesai memperincikan siasatan berkenaan pada tahun yang sama.
"Hasil siasatan, mendapati proses jual beli rumah berkenaan mempunyai hitam putih dan melalui urusan undang-undang yang sah kemudian barulah beliau disahkan kenaikan pangkat itu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis di sini, hari ini.
Pada majlis itu seramai 21 pegawai kanan dinaikkan pangkat antaranya Pesuruhjaya Sarawak Datuk Azman Yusof yang dinaikkan pangkat dari Deputi Komisioner Polis (DCP) ke CP.
Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM Datuk Seri Abdul Ghafar Rajab.
Ketika ditanya pemberita dakwaan Wan Ahmad Najmuddin direhatkan dari menjalankan tugas, Mohamad Fuzi menafikan dakwaan terbabit.
"Dia (Wan Ahmad Najmuddin) tidak dibuktikan bersalah dan kenapa kita perlu hukum dia.
"Saya juga telah berhubung dengan pihak Polis Persekutuan Australia (AFP) dan mereka mengesahkan tidak ada unsur jenayah tetapi transaksi kewangan yang dilakukan itu mempunyai had tertentu dan dia menggunakan pihak ketiga dalam urusan transaksi berkenaan," katanya.
Pada 2 Mac lepas, akhbar tempatan Australia melaporkan AFP telah membekukan akaun bank milik Wan Ahmad Najmuddin di negara itu, selepas mencurigai kemasukan wang hingga mencapai lebih AUD$320,000.
Siasatan awal JIPS mendapati akaun tersebut pada awalnya dibuka oleh Wan Ahmad Najmuddin pada 2011 bagi memudahkan penyaluran dana pembiayaan pengajian diploma anak lelakinya di Australia, hasil penjualan rumahnya di Shah Alam.
Susulan itu, pada 6 Mac, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan berhubung wang berjumlah AUD$320,000 (RM972,000) dalam sebuah akaun bank dibekukan di Australia milik Wan Ahmad Najmuddin.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 15 2018

Mohamad Fuzi (dua, kanan) beramah mesra dengan para penerima pada Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman hari ini, 15 Mac, 2018. --fotoBERNAMA

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Wanita didakwa tipu pelaburan tidak wujud lebih RM1.6 juta
Seorang pembantu tadika mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan menipu dua individu berhubung pelaburan tidak wujud berjumlah lebih RM1.6 juta sejak 2017.

Peniaga rugi lebih RM14,000 terperdaya sindiket penipuan di Facebook
Seorang peniaga mengalami kerugian sebanyak RM14,274 akibat diperdaya oleh sindiket penipuan di laman sosial, Facebook.

Kaunter tunai STR, SARA dibuka di pedalaman Sarawak hingga 27 November ini
Kerajaaan menerusi agensi berkaitan membuka kaunter pembayaran tunai STR dan SARA di beberapa lokasi mengikut bahagian dan zon di Sarawak secara berperingkat.

Wanita warga Indonesia rugi lebih RM4 juta diperdaya sindiket pelaburan Forex
Seorang wanita warga Indonesia mendakwa kerugian lebih RM4 juta selepas diperdaya sindiket pelaburan mata wang asing (Forex) yang berpangkalan di Labuan.

Najib: Akaun bank saya digunakan bagi tujuan CSR
Najib berkata meskipun akaun semasa tersebut didaftarkan atas nama beliau, ia tidak digunakan bagi perbankan peribadi atau urusan persendirian.

Penjawat awam direman empat hari, bantu siasatan kes rasuah RM30,000
Tiga individu termasuk dua penjawat awam direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah berjumlah RM30,000.

Pasangan kekasih diberkas bersama dadah lebih RM2 juta
Polis menumpaskan sindiket mengedar dan memproses dadah selepas menahan sepasang kekasih serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM2 juta dalam serbuan berasingan.

Perancang kewangan perlu lapor kegiatan meragukan kepada pihak berkuasa
Perancang kewangan perlu memainkan peranan untuk melaporkan sebarang kegiatan mencurigakan yang menjurus kepada pengubahan wang haram kepada pihak berkuasa.

SRC alami kerugian disebabkan Najib - Bekas Pengarah SRC
Che Abdullah berkata Najib adalah pemegang saham tunggal serta penasihat emeritus syarikat dan beliau telah membuat keputusan untuk melaburkan RM3.6 bilion ke dalam syarikat itu.

Mahkamah tolak permohonan Aman Palestin untuk mulakan semakan kehakiman berhubung pembekuan akaun bank
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Aman Palestin untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman berhubung pembekuan 11 akaun banknya oleh SPRM.