Kenaikan kadar tol Singapura yang berkuat kuasa 1 Oktober lalu secara umumnya dilihat memberi kesan kepada segelintir warga Johor yang bekerja di republik itu. Walau bagaimanapun, aktiviti warga Johor secara keseluruhannya tidak terjejas.
Tinjauan Astro Awani mendapati, laluan di Tambak Johor ke Singapura dilihat lancar tetapi laluan dari republik itu menuju ke Johor sesak dengan kenderaan.
Persatuan Penggerak Pengguna Johor, Abdul Majid Kayat berkata, golongan yang merasa tempias kenaikan kadar tol Singapura ialah ahli perniagaan dan rakyat Malaysia yang mencari nafkah di negara pulau tersebut.
Namun, dengan nilai gaji yang diterima golongan tersebut dalam mata wang dolar, perkara itu disifatkan sebagai wajar dan tidak membebankan.
Menurut Abdul Majid, bukti kadar kenaikan itu tidak begitu menjejaskan aliran kemasukan ke pintu masuk Selatan Semenanjung Malaysia itu adalah bilangan warga Singapura yang memenuhi Pasar Tani Larkin menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha.
“Tidak nampak sebarang kerugian akibat kenaikan kadar tol oleh pemerintah Singapura. Pada hari Sabtu lalu, jumlah warga republik itu yang mengunjungi pasar tani bertambah.
“Maknanya, tiada kesan bagi rakyat Singapura untuk datang ke Johor Bahru. Bagi rakyat Singapura, sara hidup keperluan di Johor Bahru amat rendah berbanding di negara mereka. kenaikan harga tol singapura tak jadi halangan utk terus datang ke johor bahru,” ujar beliau.
Pendapat itu turut dikongsi seorang pekerja swasta, Kasi Yusoff yang mendakwa rakyat Johor tidak begitu terkesan dengan kenaikan tol Singapura kerana mereka tidak memounyai keperluan untuk ke republik berkenaan.
“Kesan kenaikan kadar tol Singapura ini hanya dirasai jika rakyat Malaysia perlu melalui Tambak Johor setiap hari untuk bekerja. Jika tidak, tidak rasalah kesannya,” ujarnya.
Terdahulu, Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA) mengumumkan kadar baharu bagi kereta yang keluar dari negara itu iaitu S$3.80 (RM9.70) berbanding S$1.20 (RM3) sebelum ini.
Sementara itu, bagi kenderaan ringan seperti van, kadar yang dikenakan ialah S$5.80 (RM14.80) berbanding S$1.90 (RM4.90) sebelum ini. Kenderaan berat pula dikenakan caj tol sebanyak S$7.70 (RM19.70) berbanding S$2.60 (RM6.60) sebelumnya.
Turut dinaikkan ialah kadar tol untuk teksi iaitu S$1.90 (RM4.90) berbanding S$0.60 (RM1.50) dan bagi bas S$3 (RM7.70) berbanding S$1 (RM2.60) sebelum ini.
Langkah itu dibuat sebagai timbal balas kepada langkah Malaysia menaikkan kadar tol di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sultan Ismail pada 1 Ogos lalu.
Astro Awani
Mon Oct 06 2014
Pemerintah Singapura menaikkan kadar tol ke republik itu berkuat kuasa 1 Oktober lalu.
APM Kelantan tangkap ular sawa batik seberat 50 kg
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan menangkap seekor ular sawa batik seberat 50 kilogram di Kampung Baru Star, di sini semalam.
AWANI Ringkas: PAGS | Pemilikan Rumah | Pelaburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Selangor dinamik | Cita sempurna Malaysia MADANI
Apakah fokus dan strategi Kerajaan Negeri Selangor dalam mengurus dan meneruskan pembangunan memacu agenda ekonomi negeri serta meningkat kesejahteraan rakyat? Ikuti temubual mengenai Belanjawan Negeri Selangor 2025 bersama Datuk Seri Amirudun Shari, Menteri Besar Selangor dalam Agenda AWANI 9.00 malam ini.
#AWANIRingkas 26 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 26 November 2024
1️⃣ Fasiliti terbaharu pastikan keselamatan penumpang
2️⃣ Pelaksanaan skim RTO diteruskan - Kor Ming
3️⃣ Lawatan PM ke Korea raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
#awaniringkas
1️⃣ Fasiliti terbaharu pastikan keselamatan penumpang
2️⃣ Pelaksanaan skim RTO diteruskan - Kor Ming
3️⃣ Lawatan PM ke Korea raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
#awaniringkas
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Srettha bertemu Anwar di wilayah selatan bincang keselamatan sempadan
Srettha akan bertemu dengan rakan sejawatnya dari Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim di wilayah selatan untuk membincangkan isu keselamatan sempadan dan dwikewarganegaraan.
Sistem kod QR akan diguna pakai di CIQ BSI, KSAB mulai 1 Jun
Sistem kaedah Kod Respons Pantas (QR) akan mula diguna pakai bagi pelepasan Imigresen di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KS
Imigresen Johor cari pendekatan, formula tambah baik sistem CIQ BSI dan KSAB
Tindakan itu selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang dizahirkan baginda menerusi satu perbincangan pada Selasa.
PM Anwar bertemu PM Thailand di Sadao
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat dari Thailand, Srettha Thavisin.
Peruntukan RM168.70 juta bagi atasi kesesakan di pintu masuk negara - Fadillah
Kerajaan bersetuju meluluskan peruntukan kira-kira RM168.70 juta dalam usaha mengatasi kesesakan di pintu-pintu masuk negara.
KDN teliti cadangan buka semula jalan pintas pejalan kaki di CIQ BSI
KDN meneliti cadangan membuka semula 'jalan pintas' di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor Bahru.
PRK Pulai: 30 peratus pengundi bekerja di Singapura, beberapa kaunter akan dibuka
Usaha itu dilakukan bagi memastikan sekitar 30 peratus pengundi Parlimen berkenaan dapat pulang pada hari mengundi ini.
Pengoperasian CIQ BSI, KSAB semakin cekap - MB Johor
Pengoperasian Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri dilihat semakin cekap dan baik.
Dua lagi warga asing ditahan kencing di tempat awam BSI
Dua lelaki warga asing ditahan kerana kencing di tempat awam di dalam bangunan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Selasa lepas.
Kerajaan negeri tidak 'hangat-hangat tahi ayam' atasi kesesakan BSI, KSAB - Onn Hafiz
Onn Hafiz berkata dia sendiri telah turun padang sebanyak 60 kali ke CIQ BSI dan 14 kali ke CIQ KSAB sehingga kini.