KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Mohd Na'im Mokhtar memaklumkan pihaknya akan mengemukakan isu berhubung kenaikan harga hotel di Mekah dan Madinah kepada Menteri Haji Arab Saudi.
Beliau berkata demikian menerusi Facebook susulan laporan berhubung kenaikan harga itu yang berlaku impak daripada kenaikan kos di negara berkenaan yang akan memberi kesan kepada jemaah umrah.
"Saya amat memahami perkara ini sedikit sebanyak telah membangkitkan keresahan para jemaah umrah. Sepertimana sedia maklum, perkara ini adalah di luar kawalan pihak kita.
"Ia tentunya memberi kesan bukan setakat kepada jemaah umrah Malaysia bahkan kepada jemaah negara-negara lain juga," katanya yang kini berada di Arab Saudi mewakili negara untuk menghadiri Persidangan Perkhidmatan Haji dan Umrah 2023.
Menurut Mohd Na'im beliau berharap pihak agensi umrah dapat mempertimbangkan ruang dan kaedah terbaik agar kenaikan kos keseluruhan yang dikenakan tidak melampau sehingga membebankan bakal jemaah umrah.
Semalam Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) dilaporkan meminta bakal jemaah umrah bersiap sedia sekiranya berlaku kenaikan harga pakej umrah oleh agensi pelancongan masing-masing pada saat akhir sebelum mereka berlepas ke tanah suci.
Menurut laporan itu kenaikan harga berlaku berpunca daripada kenaikan mendadak kadar harga hotel di Makkah dan Madinah pada masa ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 09 2023
![Kenaikan harga hotel di Mekah, Madinah akan dibincang dengan Arab Saudi - Menteri Agama Kenaikan harga hotel di Mekah, Madinah akan dibincang dengan Arab Saudi - Menteri Agama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61669992033_DrMohdNaimMokhta.jpg)
Mohd Na'im berkata kenaikan harga itu yang berlaku impak daripada kenaikan kos di negara berkenaan yang akan memberi kesan kepada jemaah umrah. - Fail/BERNAMA
KKM ingatkan APHM tumpu kepada pay for outcome
Pemilik dan pemain industri kesihatan swasta khususnya Persatuan Hospital Swasta (APHM) mengambil kira menyediakan perkhidmatan untuk menampakkan hasil dan bukan menyediakan perkhidmatan tertumpu kepada kemudahan semata.
Penubuhan National Health Fund bertujuan kumpul sumber pembiayaan dirancang -KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan penubuhan dana kesihatan negara dengan izin National Health Fund yang diuruskan secara telus, efisien dan berintegriti sedang dipertimbangkan untuk mengumpul pelbagai sumber pembiayaan yang dirancang.
Keperluan memperkukuh infrastuktur sumber peralihan tenaga - Pakar
Peningkatan kapasiti grid dan teknologi storan tenaga menjadi fokus utama Malaysia dalam menghadapi cabaran kestabilan tenaga dan mewujudkan landskap tenaga yang lebih berkesan. Artikel ini mengulas strategi dan inisiatif kerajaan dalam membangunkan infrastruktur yang kritis untuk menyokong pertumbuhan sumber tenaga boleh diperbaharui dan mengurangkan bergantung kepada sumber tradisional seperti arang.
Malaysia komited capai Matlamat Pembangunan Lestari PBB – NGA
Malaysia komited untuk mencapai Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDGs) serta mengutamakan kesejahteraan rakyatnya.
![WhatsApp mudahkan anda berhubung dengan rakan-rakan melalui ciri 'Kegemaran' WhatsApp mudahkan anda berhubung dengan rakan-rakan melalui ciri 'Kegemaran'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721190179_tbWhatsApp.jpg)
WhatsApp mudahkan anda berhubung dengan rakan-rakan melalui ciri 'Kegemaran'
Anda boleh melabelkan beberapa rakan-rakan atau ahli keluarga di bawah label berkenaan, dan seterusnya berhubung dengan mereka dengan lebih pantas berbanding yang lain.
[TERKINI] Jenazah Nur Farah Kartini dikebumikan di Pekan
Jenazah bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dijangka akan dikebumikan di Pekan, Pahang, pada Rabu.
![MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716607692_TBZAFRUL.jpg)
MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersedia menyokong pelaksanaan Strategi Pelaburan Hijau bagi menarik pelaburan hijau ke Malaysia dan memangkin pembangunan sosio-ekonomi lestari.
[TERKINI] Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis
Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, pihak Pakar Patalogi Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh memerlukan keputusan analisis makmal terhadap beberapa sampel biologi yang diambil pada mayat untuk mengenal pasti punca kematian.
[TERKINI] PM arah MOSTI senaraikan 100 saintis untuk ke 100 sekolah
Perdana Menteri mengarahkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang menyenaraikan 100 saintis dalam bidang bioteknologi untuk pergi ke 100 sekolah dan menganjurkan program di sana.
![Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720161058_TBLOGOPDRM.jpg)
Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim
Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung dalam keadaan tertiarap di Sungai Malim.
![Bella Astillah berangkat tunai umrah, doa urusan dipermudahkan Bella Astillah berangkat tunai umrah, doa urusan dipermudahkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720952011_bellaastillah.jpg)
Bella Astillah berangkat tunai umrah, doa urusan dipermudahkan
Bella juga memohon maaf kepada semua yang mengenali dirinya serta meminta urusannya dipermudahkan.
![Video ‘throwback’ momen Shuib bersama Siti Sarah di Mekah buat netizen rindu Video ‘throwback’ momen Shuib bersama Siti Sarah di Mekah buat netizen rindu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718680257_shuib.jpg)
Video ‘throwback’ momen Shuib bersama Siti Sarah di Mekah buat netizen rindu
Antara momen yang dikongsikan di video tersebut memperlihatkan pasangan itu sedang berjalan di dalam Masjidil Haram sambil berbual.
![Kumpulan pertama 282 jemaah haji tiba di Mekah Kumpulan pertama 282 jemaah haji tiba di Mekah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715726187_JemaahHaji.jpg)
Kumpulan pertama 282 jemaah haji tiba di Mekah
Tujuh buah bas yang membawa jemaah dari kumpulan KT01 itu tiba jam 5.30 petang waktu tempatan di Hotel Abraj Al Janadiriyah, Mekah.
![Mutawif pimpin jemaah 'istimewa' tunai umrah guna tongkat Mutawif pimpin jemaah 'istimewa' tunai umrah guna tongkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714278109_TBumrah.jpg)
Mutawif pimpin jemaah 'istimewa' tunai umrah guna tongkat
Menjadi impian umat Islam di seluruh dunia termasuk golongan kurang upaya untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah bagi menunaikan ibadah haji dan umrah.
![Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini… Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714087230_ForumUmrahZiarah.jpg)
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
![Jemaah uzur kini boleh lakukan tawaf menaiki kenderaan elektrik Jemaah uzur kini boleh lakukan tawaf menaiki kenderaan elektrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711771825_JemaahUzur.jpg)
Jemaah uzur kini boleh lakukan tawaf menaiki kenderaan elektrik
Difahamkan bahawa EV ini telah diperkenalkan sejak permulaan bulan Ramadan dan beroperasi di bahagian bumbung Masjidil Haram.
![MOTAC batal lesen syarikat Emraz Travel & Tours MOTAC batal lesen syarikat Emraz Travel & Tours](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695525390_MOTAC.jpg)
MOTAC batal lesen syarikat Emraz Travel & Tours
MOTAC memaklumkan pembatalan lesen itu selaras dengan perenggan 8(1)(b) dan (d) Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).
![Syarikat pelancongan, umrah mengaku salah gagal patuhi award TTPM Syarikat pelancongan, umrah mengaku salah gagal patuhi award TTPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704774267_TBFiradausAhmad.jpg)
Syarikat pelancongan, umrah mengaku salah gagal patuhi award TTPM
Mohd Firadaus Ahmad, 38, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Noor Hafiza Ishak selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.
![Tipu jemaah umrah: KPDN heret syarikat pelancongan ke mahkamah Tipu jemaah umrah: KPDN heret syarikat pelancongan ke mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702371568_DatukArmizanMohdA.jpg)
Tipu jemaah umrah: KPDN heret syarikat pelancongan ke mahkamah
Notis pendakwaan telah diserahkan kepada syarikat yang berpangkalan di Putrajaya itu selepas KPDN melengkapkan siasatan terhadap 88 kertas siasatan yang telah dibuka.
![Sabri Yunus, Angeline Tan ke Tanah Suci tunai umrah Sabri Yunus, Angeline Tan ke Tanah Suci tunai umrah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702205553_TBSabriYunus.jpg)
Sabri Yunus, Angeline Tan ke Tanah Suci tunai umrah
Pelakon dan pengarah, Sabri Yunus, 62, bersama isteri, Angeline Tan, 56, berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah.