SHAH ALAM: Kenaikan gaji penjawat awam sehingga lebih 13 peratus diharap tidak meninggalkan kesan kepada harga barang iaitu semakin meningkat.
Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Abdul Rahman Mohd Nordin berkata, harga yang ditawarkan di pasaran mestilah setara dan adil dengan pendapatan pengguna.
"Kami harap dengan kenaikan gaji ini dapat membantu penjawat awam untuk menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat. Kita mahu gaji yang selesa memandangkan sudah 21 tahun semakan gaji tidak diselaraskan.
"Sebab itu saya kata gaji naik harga barang mesti adil. Itu yang kita mahu, bukannya bila gaji naik harga barang lebih naik, harap kenaikan gaji ini dapat menampung yang di bawah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis pada Wacana Sinar edisi 439 bertajuk 'Gaji naik, produktiviti macam mana?'.
Program tersebut diadakan di Studio F Karangkraf, Shah Alam dan disiarkan di semua platform digital Sinar Harian pada jam 8.30 malam, Selasa.
Turut menjadi panel ialah Abdul Rahman Mohd Nordin dan Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh dan pakar ekonomi, Dr Baayah Baba.
Tambah Abdul Rahman, ada sesetengah penjawat awam terpaksa mencari kerja sampingan bagi menampung kehidupan dan menanggung keluarga.
"Sebab gaji mereka RM2,000 ke atas sahaja, tidak cukup untuk hidup terutamanya yang tinggal di Lembah Klang. Kawasan ini kalau nak hidup selesa pendapatan mesti lebih RM10,000 sebulan.
"Itu yang akan menyebabkan mereka bekerja di tempat lain atau terpaksa buat perkara tidak elok apatah lagi perlu membiayai komitmen seperti kenderaan, sewa rumah dan sebagainya," jelasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue May 07 2024

Wacana Sinar edisi 439 bertajuk “Gaji Naik, Produktiviti Macam Mana?” dihoskan oleh Ismail Adnan (kiri) menampilkanSyed Ibrahim (dua dari kiri), Dr Baayah Baba dan Abdul Rahman (kanan). – Foto Sinar Harian

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Kenaikan gaji akan pacu sektor peruncitan, pelancongan
Kenaikan gaji kakitangan awam akan meningkatkan perbelanjaan mereka sebanyak 6.0 kepada 6.5 peratus tahun ini.

'Kenaikan gaji minimum tahun depan dijangka rangsang sektor pengguna'
UOBKH Research berkata, kenaikan gaji seharusnya menampan perbelanjaan pengguna, lebih daripada mengimbangi kos rasionalisasi subsidi.

Pelaksanaan SSPA: PM Anwar gesa penjawat awam tingkatkan prestasi
Prestasi cemerlang diperlukan memandangkan rakyat mengharapkan perkhidmatan yang lebih baik daripada sektor awam.

Pekerja Boeing terima cadangan kontrak baharu, tamatkan mogok
Mogok oleh puluhan ribu pekerja Boeing berakhir selepas mereka menerima tawaran yang lebih baik oleh pengeluar pesawat AS itu,

Boeing tawarkan kenaikan gaji 38 peratus kepada pekerja mogok
IAM pada Khamis memaklumkan bahawa 33,000 ahlinya di Boeing akan diminta mengundi tawaran itu pada Isnin ini.

NIMP 2030 berhasil tingkat KDNK, peluang pekerjaan, gaji median - Tengku Zafrul
MITI yakin sasaran utama yang ditetapkan bagi tahun pertama NIMP 2030 dapat dicapai memandangkan tiga daripadanya telah merekodkan pencapaian memberangsangkan.

Kerajaan India luluskan kenaikan gaji penjawat awam di tengah kenaikan harga barang
Seramai 6.49 juta pesara turut menerima kenaikan sebanyak tiga peratus dalam bantuan sara hidup.

Jurutera Qantas beri amaran gangguan penerbangan susulan mogok
Lebih 1,000 jurutera Qantas di lapangan terbang di Sydney, Melbourne, Brisbane, Perth, Adelaide dan Canberra mengadakan mogok pada Isnin

Volkswagen tolak tuntutan kenaikan gaji oleh pekerja di kilang Jerman
Volkswagen juga enggan memberikan butiran lanjut mengenai kemungkinan pemberhentian besar-besaran dan penutupan kilang.

Mogok: Boeing tingkatkan tawaran gaji dan bonus
Boeing umum rancangan menyelesaikan mogok oleh kesatuan pekerja terbesarnya dengan tawaran baharu kenaikan gaji dan bonus.