Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani menyokong idea gaji minimum sebanyak RM2,700 seperti digariskan oleh laporan Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini, tetapi menegaskan kenaikan itu perlu secara berperingkat agar tidak menjejaskan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Beliau berkata PKS membentuk tulang belakang kepada ekonomi negara dan menyumbang sebanyak 65 peratus, atau 6.8 juta pekerjaan.
"Jika ingin menaikkan gaji minimum, kita perlu memastikan mereka (PKS) dapat menyerapnya. Jika tidak boleh, mereka akan menutup perniagaan dan kita akan kehilangan pekerjaan," katanya kepada pemberita selepas memperkenalkan penjenamaan baharu Asian Finance Bank (AFB), yang kini dikenali sebagai MBSB Bank, di sini pada Isnin.
Dalam Laporan Tahunan 2017 BNM, bank pusat itu berkata berdasarkan kepada kajian pada 2016, paras gaji di Kuala Lumpur adalah daripada RM2,700 sebulan bagi individu kepada RM6,500 sebulan bagi pasangan dengan dua anak.
Pada masa ini, gaji minimum di negara ini sebanyak RM1,200 bagi sektor awam dan RM1,000 bagi sektor swasta.
Johari berkata bagi gaji minimum meningkat, ekonomi negara perlu terus berkembang.
"Hari ini, saiz ekonomi kita mencatatkan RM1.3 trilion. Oleh itu, mungkin dalam tempoh lima atau enam tahun akan datang jika ekonomi kita terus berkembang, syarikat akan dapat menyerap (gaji lebih tinggi); dan kita akan dapat menaikkan gaji minimum kita," katanya.
Johari berkata langkah lain untuk menaikkan gaji minimum adalah mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dan menumpukan kepada automasi.
"Jika kita mahu memastikan negara ini mampu memberi gaji minimum yang dinyatakan oleh BNM, kita perlu memberi lebih perhatian kepada mengautomasikan semua perniagaan kita.
"Kita tidak boleh bergantung lagi kepada pekerja asing, dan kita perlu mengurangkan jumlah pekerja asing dalam semua industri yang bergantung kepada mereka," katanya.
Terdahulu, dalam ucapan, Johari berkata, hasil daripada usaha berterusan kerajaan, Malaysia kini boleh berbangga dengan kedalaman pasaran kewangan negara.
Beliau berkata sistem kewangan Malaysia sehingga Januari tahun ini mencatatkan RM5.83 trilion, atau 450 peratus, daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.
Aset perbankan berjumlah RM2.56 trilion, atau 44 peratus, daripada sistem kewangan, dengan perbankan Islam membentuk 25 peratus, atau RM640 bilion, daripada jumlah aset perbankan.
"Pasaran modal Islam juga terus berkembang dengan jumlah RM1.9 trilion pada 2017, dan Malaysia mengekalkan kedudukan utamanya dengan bahagian pasaran sebanyak 38 peratus dalam terbitan sukuk global," katanya.
Johari berkata permodalan pasaran saham berjumlah RM1.96 trilion, atau 33.6 peratus, daripada sistem kewangan, dan pasaran bon terkumpul sebanyak RM1.3 trilion, atau 22.4 peratus, daripada sistem kewangan.
Susulan pengambilalihan oleh Malaysia Building Society Bhd (MBSB), AFB kini dikenali sebagai MBSB Bank dan menjadi bank Islam sepenuhnya yang kedua terbesar di negara ini dengan saiz aset sebanyak RM43.7 bilion.
Bagaimanapun, MBSB akan kekal sebagai entiti yang tersenarai di Bursa Malaysia di sebalik langkah korporat baharu itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 02 2018
Johari berkata bagi gaji minimum meningkat, ekonomi negara perlu terus berkembang.
AS sahkan kes baharu selesema burung H5 melibatkan manusia di California
Tiada kaitan ditemukan antara kedua-dua kes setakat ini, menandakan ia kejadian berasingan penularan virus dari haiwan kepada manusia.
Mangsa banjir di PPS Perak bertambah, beberapa tempat di Selangor, Kedah dinaiki air
Di Selangor, 1,968 individu daripada 480 keluarga terjejas akibat banjir dipindahkan ke enam PPS yang dibuka pagi ini.
[LAPOR LANGSUNG] Pengganti Hassan Nasrallah, Hashem Safieddine sasaran terbaharu Israel
Angkatan Pertahanan Israel (IDF) menjadikan Hashem Safieddine iaitu pengganti pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah sebagai sasaran baharu.
Penjaga rumah amal GISB mengaku tidak bersalah dera kanak kanak
Mohd Syahid Hanapiah mengaku tidak bersalah di hadapan hakim Lailatul Zuraida Harron @ Harun di Mahkamah Sesyen Selayang pagi ini.
UNL: Kylian Mbappe tercicir dalam skuad Perancis
Mbappe terus diketepikan daripada skuad Perancis untuk perlawanan Liga Negara-Negara (UNL).
AWANI Pagi: Kenali Melayu Cocos
Sebut sahaja Melayu Cocos mungkin ramai yang membayangkan Pulau Krismas dan Kepulauan Cocos (Keeling), Australia, lokasi di mana sebahagian besar komuniti ini berada.
Namun tidak ramai yang tahu komuniti unik ini juga berada di Sabah, Malaysia terutamanya di Tawau, Lahad Datu dan Kunak. Sejauh mana adat dan budaya mereka dikekalkan di sini?
#AWANIPagi
Namun tidak ramai yang tahu komuniti unik ini juga berada di Sabah, Malaysia terutamanya di Tawau, Lahad Datu dan Kunak. Sejauh mana adat dan budaya mereka dikekalkan di sini?
#AWANIPagi
Angka korban Taufan Helene melebihi 200 di Amerika Syarikat
Sekurang-kurangnya 204 orang disahkan maut di enam negeri akibat Taufan Helene sejak ia melanda Florida seminggu lalu.
4 rakyat Malaysia di Lubnan selamat tiba di KLIA, seorang lagi petang ini - Wisma Putra
Wisma Putra sedang berusaha untuk memastikan baki 16 rakyat Malaysia bersama keluarga mereka dapat dipindahkan dengan selamat.
Pasukan pengaman PBB di Lubnan teruskan misi, bersiap sedia untuk pelbagai senario
Pasukan UNIFIL berasa bertanggungjawab terhadap mandat yang diberikan kepada mereka oleh Majlis Keselamatan.
Lubnan kemuka aduan terhadap Israel di PBB susulan pencerobohan darat
Aduan terbabit mengecam pencerobohan terhadap kedaulatan Lubnan dan kemasukan pasukan Israel ke dalam sempadan Lubnan sejak malam 1 Okt.
Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM
ABM memberi amaran bahawa penipu biasanya menggunakan taktik 'kejuruteraan sosial' untuk memanipulasi pengguna.
Bank-bank Vietnam tidak lagi sesak dengan pembeli emas selepas pendaftaran dalam talian dibuka
Beberapa bank sudah membenarkan pendaftaran pembelian emas berjenama Saigon Jewelry Company Limited (SJC) di laman sesawang mereka.
Bank berjaya sekat RM383 juta urus niaga penipuan pada 2023
Chong berkata, pencapaian 15 bank di Malaysia membuktikan komitmen mereka terhadap langkah pencegahan penipuan yang kukuh.
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil, disokong operasi BNM
Bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional, satu tender repo berbalik dan satu tender Qard.
Bank dan syarikat telekomunikasi di Singapura mungkin perlu bayar kepada mangsa penipuan
SRF menetapkan tanggungjawab relevan kepada institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi untuk mengurangkan penipuan pancingan data.
Bank-bank sambut baik ciri-ciri progresif dalam Belanjawan 2024
CEO OCBC Bank Tan Chor Sen berkata, inisiatif kerajaan berpandangan jauh dalam mencapai cita-cita Ekonomi MADANI.
Permodalan sistem perbankan Malaysia kekal kukuh pada separuh pertama 2023 - BNM
BNM berkata, nisbah perlindungan mudah tunai dan nisbah pendanaan stabil bersih agregat kekal jauh melebihi paras minimum pengawalseliaan.
Tiga cedera ringan, polis bantuan tertembak lantai bank
Tiga cedera ringan apabila seorang polis bantuan lelaki dipercayai terlepas tembakan ketika berurusan di sebuah bank di Pekan Jasin, di sini, pada Selasa.
Pertumbuhan pinjaman bank diunjur lebih perlahan jika KDNK lebih lemah daripada jangkaan - Maybank IB
Pertumbuhan pinjaman terus menjadi menyederhana pada Julai 2023 kepada 4.2% dari tahun ke tahun.
6 bank Itali jadi mangsa serangan siber
Enam bank utama Itali mendakwa menjadi mangsa serangan siber kumpulan penggodam pro-Rusia dikenali NoName057(16), lapor Sputnik memetik media Itali pada Selasa.